Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 31, berkata, dia sebenarnya sedang menanti waktu sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri ekoran jadual kerja masing-masing yang padat ketika ini.
"Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini.
"Kami berdua telah berbincang mengenai perkara ini dan berpendapat ia bukan masalah besar selagi kami berdua pandai menjaga diri," jelasnya kepada mStar Online.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha berkata, dia menyedari kelewatannya melangsungkan perkahwinan selepas setahun bertunang akan menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
Misha Omar dan Tunang |
"Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang," katanya.Tambah Misha, menguruskan perkahwinan adalah perkara besar dan memerlukan masa. Sebagai wanita dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
"Saya kalau boleh sebulan atau dua bulan sebelum berkahwin saya nak bercuti dari sebarang aktiviti lakonan dan nyanyian supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kerja kahwin," katanya.Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia semakin yakin bergelar seorang pelakon dan berhasrat untuk mengukuhkan namanya dalam bidang berkenaan.
Walaupun sibuk dengan karier nyanyian, Misha dapat membahagikan masanya dengan baik terhadap dua bidang tersebut yang menuntut tumpuan tinggi.
"Semakin lama saya terlibat dalam bidang lakonan ia memberi keyakinan dalam diri dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pelakon," jelasnya.Dalam pada itu Misha juga bersyukur apabila ‘single’ terbaharunya berjudul Angin Syurga mendapat tempat di hati pendengar manakala album penuhnya pula akan berada di pasaran sekitar Mei depan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar