Rabu, 06 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Elly Mazlein Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang

Rasanya ramai dah tahu kan pasal penyanyi popular seorang ni dah pun putus tunang dengan seorang pengarah hari tu. Namun disebalik putus, ramai lah orang nak tahu kenapa boleh putus tunang? namun, penyanyi ini tetap berkeras untuk tidak mendedahkan punca putus tunangnay itu.  Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan telah berantakan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti.

"Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas.
elly mazlein
Elly Mazlein
Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu.

Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya.

"Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.
"Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini.

"Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar