Jumat, 14 Desember 2012
Julia Perez Dipenjarakan 3 Bulan Kerana Bergaduh
Jupe (berbaju kuning) bakal dipenjarakan selama tiga bulan kerana didapati bersalah dalam kes pergaduhan bersama Dewi Perssik pada November 2010.
JAKARTA: Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.
“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,” ujar seorang sumber di mahkamah berkenaan ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.
Kes perbicaraan di antara dua penyanyi dangdut ini bermula ketika mereka menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.
Difahamhkan Dewi memfailkan kes ke atas Jupe selepas mereka bergaduh di set penggambaran filem itu.
Dalam keputusan itu, ketua hakim Dr Artidjo Alkostar dan dua hakim anggota Prof Gayus Lumbuun dan Dr Salman Luthan mendapati Jupe bersalah kerana bertindak kasar dan melakukan penganiayaan ke atas pasangan pelakonnya Dewi Perssik ketika penggambaran filem terbabit.
“Ketiga-tiga hakim memutuskan tertuduh (Jupe) bersalah. Keputusan itu diambil sebulat suara tanpa ada sebarang percanggahan atau perbezaan pendapat,” ujar sumber itu lagi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar