PELAKON berdarah kacukan Arab-Melayu, Betty Banafe atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 33, yang berkecimpung dalam dunia seni sejak lebih 12 tahun lalu bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin demi membina keluarga bahagia.
Betty mengakui lega selepas diijabkabulkan dengan lelaki kacukan Inggeris-Lubnan dari Britain, Bruce Darghous, 31, seorang perunding teknologi pada 8 Disember lalu dan dia yakin teman hidupnya itu mampu membimbingnya seumur hidup.
“Saya yakin pilihan ini tepat di mana selepas majlis pernikahan kami berlangsung dengan lancar, saya dan ahli keluarga lega dan bersyukur kepada Allah.
“Bruce dan saya yakin segala kegusaran dalam hubungan kami sebelum ini hanya ujian di mana semuanya pulih sejurus pernikahan kami,” katanya.
“Bruce dan saya yakin segala kegusaran dalam hubungan kami sebelum ini hanya ujian di mana semuanya pulih sejurus pernikahan kami,” katanya.
Menurutnya, debaran dirasakan mungkin berlebihan berbanding pengantin lain memandangkan sebelum ini iaitu sepanjang bertunang, dia pernah berfikir menamatkan hubungan mereka.
“Saya terlalu banyak berfikir sebelum ini. Pelbagai hal berlaku ketika kami bertunang hinggalah hari ini. Dalam tempoh itu, hubungan kami diduga dengan bermacam-macam ujian sehinggakan saya pernah terfikir membatalkan perkahwinan.
“Namun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi sokongan moral selain doa peminat membuatkan saya lebih kuat,” katanya kelihatan sebak sejurus tamat majlis persandingan itu.
Sementara itu, Darghous tidak akan menghalang Betty meneruskan kerjayanya dalam bidang seni kerana ia adalah pintu rezekinya.
“Lagipun, Betty sudah berada pada kedudukannya yang tersendiri dalam dunia hiburan dan saya rasa bersalah jika mahu dia berhenti. Walau apapun, saya menyokong kerjayanya selagi Betty tidak lupa tanggungjawabnya sebagai isteri dan keluarga.
“Saya yakin kami mampu menjadi pasangan serasi bukan saja dari segi paras rupa malah memahami dan sentiasa bertolak-ansur,” katanya.
Antara kenalan artis memeriahkan majlis resepsi termasuklah Wafa Abd Kadir, Datuk Aziz Sattar, Nash, Kunee, Linda Onn, Datin Noryn Aziz, Haleeda Othman, Datin Noniswara dan Datuk Maznah Zolkifli.
Menceritakan detik pertemuan mereka, Betty dan Darghous diperkenalkan menerusi teman masing-masing dalam pertemuan ringkas di ibu kota.
Hubungan mereka berlanjutan ke peringkat lebih serius apabila Darghous berani melamarnya sebagai teman wanita pada 28 Mei lalu sebelum bertunang pada 14 Jun lalu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar