Setelah 10 tahun menduda, Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan akhirnya bergelar suami semula kerana beliau telahpun selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu (15 Disember 2012) di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Seperti yang dilaporkan mStar Online, isteri Acong itu adalah peminat’nya yang dikenali pada 14 tahun lalu. Namanya Siti Zuraida Zahari (Marya) dan kini berusia 31 tahun. Merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun.
Semoga kekal ke anak cucu. |
Menurut Acong, hatinya terbuka untuk berumah tangga setelah 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri. Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain.
“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.“Sejak mengenali Marya, saya berasa selesa dengannya kerana kami berkongsi banyak persamaan dan dia memahami serta menyokong kerjaya saya,”
P/S: Acong dan Marya akan mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam. Oh-Gosip Artis berharap mereka berbahagia hingga ke anak cucu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar