Selasa, 25 Desember 2012

Bapa Leuniey Kesal Kerana Tidak Dijemput Ke Majlis Pernikahan - Gosip Artis Panas


Kenapa boleh jadi sampai begini sekali Cik Leuniey oiii... Atau Leuniey terlupa yang ayahnya adalah orang terpenting semasa majlis perkahwinannya dengan penjaga gol kebangsaan  Khairul Fahmi. Untuk menjaga hati dan pasangan, maka si ayah menandatangani surat untuk mewakilkan wali.  Apepun OGA berharap perkara ni taklah seteruk yang peminat kat luar jangkakan. OGA doakan semoga perkahwinan antara Leuniey dan Apek bahagia sampai keanak cucu. OGA terbaca artikel ni di akhbar Berita Harian sekejap tadi. Jom terjah apa yang BH (Berita Harian) paparkan. 


Kota Bharu: Bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi. 
“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. 

“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput, " katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.

“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,” katanya dalam nada sebak.

Leuniey anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu. 
Jaafar kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelaki, seorang daripadanya adik kepada Leuniey yang berusia 19 tahun.

“Walaupun (Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya, dan sepatutnya hadir pada majlis itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membatalkannya kerana perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar