Rabu, 26 Desember 2012

Leuniey Dah Jemput Bapanya Ke Majlis Perkhawinan Mereka Kata Ibu Leuniey - Gosip Artis Terkini

 Terkini OGA mendapat tahu setelah ibu Leuniey membuat kenyataan kepada akhbar yang anaknya Leuniey telah menjemput sendiri bapanya ke majlis perkahwinan mereka. Tapi apa yang terjadi lain pula kenyataan ayahnya di dada akhbar. Hurm.. biarlah mereka sendiri selesaikan masalah dalaman keluarga mereka. Kenapa kita orang luar nak jaga tepi kain orang pulakkan. Idok Gitu Yop Nye...
Apepun jom kita layan paparan kenyataan ibu Leuniey ini. Zassss.....!!!

Leuniey dan Apek bakal berkahwin jumaat ini.
 KOTA BHARU – ”Anak saya sendiri telah menjemput bapa kandungnya itu untuk menghadiri perkahwinan mereka.”
Demikian tegas Nor Laila Abu Bakar, 40, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, pada Jumaat ini.
“Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya.
“Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga,” tegas Nor Laila yang menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad terguris kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut.
 
Sumber: Kosmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar