Penyanyi yang baharu mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Alvin Anthons, 36, mengakui pembikinan klip video untuk single kedua beliau berjudul Sally menggunakan tenaga produksi dari Indonesia.
Beliau berkata, klip video itu menggunakan tenaga produksi yang sama termasuk pengarah dan model sewaktu pembikinan klip video single pertama beliau, Berdua.
Almer Lipasha bertindak sebagai pengarah untuk pembikinan kedua-dua klip video saya kerana saya senang bekerja dengan beliau.
Keadaan itu sekali gus memudahkan kerja penggambaran kerana antara klip video Berdua dengan klip video Sally, ada hubung kait atau kesinambungannya," kata Alvin ketika menjayakan program Jom Chat bersama Utusan Online di sini malam tadi. - UTUSAN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar