Sabtu, 11 Mei 2013

Emma Maembong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose

EMMA mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih Uqasha yang dikenali dengan nama Ally.



EKORAN gosip yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hujung minggu lalu yang mendakwa pelakon muda Emma Maembong dan Uqasha Senrose tidak bertegur sapa, kedua-dua pelakon itu tampil memberikan respons.

Emma turut menjawab dakwaan dia dikatakan dia merampas kekasih Uqasha.

Sementara itu, Uqasha turut tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Emma Maembong dan Uqasha Senrose yang dihubungi menerusi telefon baru-baru ini.

Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah dakwaan itu?

EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja.

Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha?

Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.



UQASHA mengakui pernah rapat dengan Emma ketika zaman kanak-kanak.
 

Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha?

Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta.

Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu?

Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami adalah sepupu.

Bagaimanakah pula dengan kehidupan Emma sekarang?

Buat masa sekarang saya hanya fokuskan kerjaya saja, tidak mahu ambil tahu soal cinta. Saya ingin berehat daripada memikirkan tentang komitmen.

Apakah perkembangan terkini karier Emma pula?

Saya baru selesai penggambaran filem Werewolf dari Bangladesh arahan Mamat Khalid dan akan membintangi beberapa buah drama. Selain itu, drama 13 episod saya berjudul Kampung Girl dan Tiga Nenek Tiga Dara masih menantikan untuk disiarkan di televisyen.

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan IZRINDA BADROLHISHAM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar