MESRA..Afiq Muiz dan Eina Azman
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.
"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.
"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.
"Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid
Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan Afiq yang meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu yang membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Afiq dikatakan derhaka kepada ibunya, Hasliza, (kanan) gara-gara sudah berubah sikap.
Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayanginya dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.
"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.
"Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.
"Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.
Kita baca pula komen dari rakan FB ini..
Afiq..Afiq...duit kamu tak boleh bwk mati dik...andai kata mak kamu mintak kamu ganti balik susu yg kamu minum dr sejak lahir dan lelah dia mengandungkan kemudian melahirkn dan kemudian membesarkan, setiap titik darah yg tumpah dan setiap urat2 halus yang putus dan setiap inci kulit dan daging yg trkoyak kemudian dijahit balik tanpa bius demi melahirkan kamu, setiap muntah dan pitam, setiap kali terjaga dr tidur akibat kaki cramp stp malam, stp urat belikat yg lenguh lemah dan sengal membawa perut 40 minggu, tak lupa juga stp kali ibu kamu berjaga malam meneman kamu yg demam panas sambil tersengguk2 menahan mengantuk, melayan kamu yg ingin bermain di saat ibu kamu tidak sihat tapi digagahkan tersenyum demi anak, setiap senyuman gembira tanda puas bila mendengar segala celoteh ank stp kali balik skolah...(eh byk lagi lah..panjang sgt nk tulih)...TIDAK MAMPU KAMU BAYAR WLAU BERJUTA DUIT YG KAMU ADA....
Gadis muda yg cantik klau bagi nasihat mmg nmpak indah, mmg nmpak penuh simpati, lagi pulak bila diselang-seli dgn bisik2 syaitan, mudah aje kamu trpengaruh... Ingatlah dik.."Ibumu..Ibumu..Ibumu kemudian Bapamu.." - Siti Diana Harun · Works at CDS GLOBAL SDN BHD
Saksikan video tergempar Afiq Muiz menangis menjawab dakwaan Ibunya. Namun, pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Afiq, Eina Azman pula dilihat seolah-olah ‘overshadow’ dalam video ini apabila dia kerap mencelah keterangan yang cuba diberikan Afiq kepada pihak media yang hadir pada majlis tersebut.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK/Admin/Kredit Video: murai
Tidak ada komentar:
Posting Komentar