Rihanna dan Chris ketika membuat persembahan bersama-sama pada tahun 2008.
HUBUNGAN Rihanna dan Chris Brown bakal memasuki fasa baru apabila kedua-dua bintang terkenal itu dilaporkan sudah kembali berbaik dan bersedia untuk tampil bersama di hadapan umum pada November ini.
Mereka yang berpisah pada tahun 2009 pernah dilihat berciuman baru-baru ini dan sedia untuk mengumumkan hubungan cinta mereka selepas Rihanna melancarkan album terbarunya yang berjudul Unapologetic pada 19 November depan.
Pasangan itu telah menamatkan hubungan cinta mereka pada tahun 2009 apabila bintang hip hop itu bertindak memukul Rihanna sehingga menyebabkan kecederaan.
Chris yang didapati bersalah melakukan kekerasan terhadap Rihanna telah diarahkan menjalankan aktiviti sosial oleh pihak mahkamah.
"Sejak akhir-akhir ini Rihanna sering menghabiskan masa di studio dan bercakap mengenai Chris.
"Setelah dia selesai merakamkan album baru mereka akan tampil di khalayak sebagai kekasih dan buat ketika ini dia mahu menumpukan terhadap kerjayanya," ujar sumber terdekat penyanyi itu kepada Contactmusic.com.
Baru-baru ini, Chris mengakui hubungannya dengan kekasihnya iaitu Karrueche Tran telah berakhir kerana hubungannya dengan Rihanna kembali terjalin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar