Kamis, 25 Oktober 2012

Ibu Leuniey Harap Apex Akan Jaga Anaknya Macam Jaga Gawang

Leuniey (kiri) bersama ibunya Nor Laila Abu Bakar 



KOTA BHARU -  Ibu kepada usahawan dan model, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 40, mengaku pernikahan antara anaknya dengan Khairul Fahmi atau Apek adalah jalan terbaik kepada mereka bagi mengelak gosip liar yang sentiasa melanda.

Menurut Norlaila, dia tahu anak sulungnya itu agak tertekan setiap kali dilanda kontroversi mengenai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan itu.

Bagaimanapun, katanya, keluarga kedua-dua pihak masih belum memuktamadkan lagi majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.

“Mereka akan bernikah tanpa mengikat tali pertunangan demi mengelakkan gosip liar yang melanda sebelum ini.

“Bagi saya, ia jalan terbaik supaya tidak lagi timbul gosip kurang disenangi dan diharapkan majlis yang dijangka berlangsung Disember ini berjalan lancar,” katanya

"Saya harap Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akan jaga anak saya dengan baik seperti dia menjaga gawang daripada dibolosi."






Apex bersama kekasih hati,Leuniey

Itulah harapan Nor Laila Abu Bakar, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, terhadap penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi, 23 yang akan berkahwin dengan anak sulungnya itu yang dijadualkan pada Disember ini.

Nor Laila, 45, turut berharap perkahwinan itu nanti bakal menutup segala kontroversi yang memalit Khairul Fahmi selama ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar