Senin, 25 Februari 2013

Hijrahnya Adam Corrie Lee bin Abdullah - Artis Peluk Islam

Alhamdulillah.. Dikesempatan ini OGA paparkan sedikit kata-kata bagaimana Adam Corrie Lee bin Abdullah terbuka hati untuk memeluk islam. Seperti yang anda semua telah ketahui beliau telah banyak berlakon dalm filem-filem dan drama tempatan. Mungkin penghijrahan ini memberi sejuta petunjuk agar beliau memluk islam..



Assalamualaikum sahabat-sahabat. 
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;
"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)
Alhamdulillah :)

Julia Ziegler Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah

Julia Ziegler



PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.

Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

 
Sharifah Sakinah


Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

"Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.

"Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya," ujar Julia.

Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.

"Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup," katanya.

Oleh KEMALIA OTHMAN

Syamsul mohon maaf kepada Yusof Haslam - Gosip Artis Terkini


Nak diceritakan kat sini, hari tu OGA adalah masukkan artikel pasal hubungan Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dan ayahnya yang dikatakan dingin katanya ada krisis dalaman gitu. Tak tahu la pula OGA pasal apa tapi dengar-dengar Hal itu dikatakan berkaitan dengan filem KL Gangster 2 yang lebih setahun tertangguh. Namun, selepas tu dengar-dengar Syamsul sudah pun meminta maaf kat ayahnya. Bagusnya la tu Syamsul. Sebagai anak ni kita kena la buang ego tu dan minta maaf kat orang tua. Tak kisah la sape yang salahkan.

Walaupun, sebelum ini Yusof Haslam telah menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan dengan anak lelakinya itu tidak baik.

Melalui laman blog miliknya, Syamsul menulis dalam artikel bertajuk Deklarasi Pada Spekulasi Maafkan Aku yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

syamsul yusof
Syamsul  Yusof
“Semalam aku bersemuka dengan papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.
“Entah mengapa, apabila aku berdepan dengannya, kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya dari muda,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Gangster Celop ini turut menangis akibat terlalu sedih ketika berdepan dengan ayahnya.
“Belum sempat aku mulakan bait pertama, air mata sudah mencurah-curah. Aku capai tangan kanan papa dan ku cium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya erat-erat.
"Saat itu, apabila kehangatan tubuhnya ku rasa, aku lemah... selemah-lemahnya. Lumpuh seketika,” tulisnya lagi.

Pengarah berusia 29 tahun ini juga memberitahu telah menerangkan segala rasa yang terbuku dalam dada kepada bapanya yang juga penerbit Skop Productions.
“Habis berterabur bait-bait kata yang kususun pada awalnya untuk ku katakan pada papa. Aku jadi sebak tak terkata.
“Aku terangkan pada papa apa yang terbuku di dada, apa yang ku simpan sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja. Papa senyap seribu bahasa. Namun dalam senyap, dia mendengar dan aku sedar air matanya bertakung,” katanya.
Tambahnya: “Papa memberikan kata-kata semangat, sekali gus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.”

Sementara itu, Syamsul juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana mengambil sikap berdiam diri selama ini.
“Buat semua rakan media, aku memohon maaf kerana ketika isu ini sedang hangat, aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut.
“Aku tidak bermaksud untuk mengetepikan kalian, jauh sekali jadi pengecut kerana lazimnya aku berdepan dan bersemuka dengan sebarang isu berbangkit tentang diriku dan karierku,” katanya.
Syamsul juga berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar kepada pembaca.

Waktu lapang Ekin dan Mawi - Gosip Artis Terbaru


Dah lama rasanya OGA tidak mendengar cerita tentang Mawi ni kan. Penyanyi ni dulu, orang berebut-rebut nak ambil macam goreng pisang panas. Namun, sejak berkahwin, nampaknya populariti Mawi jatuh dengan mendadak dan jarang sekali boleh lihat Mawi kat TV mahupun diradio.

Setiap orang mempunyai hobi dan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan pasangan romantis Mawi dan Ekin yang suka menyediakan BBQj ika berkesempatan meluangkan masa bersama.

Lebih menarik lagi, pasangan ini tidak memerlukan tempat yang jauh untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka itu, kerana Mawi dan Ekin lebih selesa jika ia dilakukan di rumah sahaja. Sementelah pula, kediaman mereka yang terletak di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi dikelilingi kehijauan alam semulajadi sudah cukup untuk memberikan 'mood' segar, ketenangan dan kedamaian.

mawi dan ekin
Mawi bahagia dengan kehidupan sekarang
Bagaimanapun, Mawi dan Ekin tidak berdua ketika BBQ kerana puteri kesayangan, Cahaya Malaika turut menemani. Keletah dan kerenah Cahaya yang sama-sama 'sibuk' ketika menyediakan persiapan serta kelengkapan barbeque, menceriakan lagi suasana.

Seronok OGA tengok keluarga bahagia Mawi ni. Dah la anak Mawi ni comel macam Ekin. Geram la pulak OGA nak cubit pipi!hehehe

Adira mengaku selesa berkawan dengan Aliff Aziz - Gosip Artis Terkini


Seperti diketahui, hubungan rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini.

Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi.

Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
adira dan aliff aziz
Adira dan Aliff selesa berkawan

Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama. Kata Adira:
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.
Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.
"Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi.

Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.

Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri?
"Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya.



Lindsay Lohan Kalah Kes Saman Pitbull - Gosip Artis Luar Negara


Pelakon bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap rapper Amerika, Pitbull berhubung penggunaan namanya dalam lagu ‘Give Me Everything’.

Dalam lirik lagu itu yang menyebut ‘I got it locked up like Lindsay Lohan’ membuatkan Lohan mendakwa lirik tersebut mendatangkan fitnah ke atas privasi dan hak publisiti selain mendatangkan tekanan emosi.

Pitbull pada mulanya meminta maaf ke atas penggunaan lirik itu namun kemudiannya memfailkan saman balik ke atas Lohan. Saman telah difailkan pada tahun 2011 selepas Pitbull mengeluarkan lagu tersebut.


lindsay lohan
Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan saman

Zul kekasih saya! - Gayatri


OGA rasa umum sudah tahu tentang hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin, 26, dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan lagi rahsia selepas Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Ini merupakan pengakuan penerbit filem itu:

zul ariffin dan Gayatri
Zul Ariffin dan Gayatri
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.
Wah! jadi sekarang ni Zul dan Gayatri memang tengah dilamun cinta la kan. Semua orang mesti nak tahu apa yang membuatkan Gayatri ni tertarik dengan Zul. Ini jawapan Gayatri:

Dia seorang lelaki yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga saya. Apabila saya sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya.

Kira mereka berdua ni tengah mengenal hati budi masing-masing la kan. Tapi kalau dah jumpa ibu bapa ni memang hubungan mereka ni nampak serius la kan. Apa yang OGA tahu Zul ni suka taste yang matang katakan. Not tua ok! So, macam kita tahu Zul dan Gayatri ni mempunyai jurang umur 4 tahun bezanya. Ini komen yang diberikan Gayatri mengenai jurang umur mereka berdua:

Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik
Jika sudah suka sama suka, kenapa sebelum ini anda dilihat seperti melarikan diri dan enggan memberi kenyataan tentang hubungan ini?
Saya bukan sombong dan tidak melarikan diri. Cuma pada waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya bercerita tentang kisah cinta pada semua orang. Saya terharu kerana dia mengaku cintakan saya dan apa yang dilakukan saya sangat hargainya.