Tampilkan postingan dengan label Norman Hakim. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Norman Hakim. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Mei 2013

Memey Ikut Langkah Abby Untuk Bertudung


 Dari kiri: Abby Abadi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza


Memey Suhaiza



JIKA sebelum ini, Natasha Hudson, Puteri Sarah Liyana dan Alyah memilih untuk mengenakan imej bertudung, kini giliran isteri kepada pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza pula.

Mula mengenakan tudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 8, dua minggu lalu, akui Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, dia mula selesa dengan imej itu.

"Alhamdulillah, akhirnya di usia ini, saya mendapat hidayah dari-Nya.

"Sebelum ini, abang (Norman) pernah meminta saya untuk bertudung ketika ulang tahun kelahirannya pada 8 Januari lalu.

"Namun, ketika itu saya masih belum bersedia walaupun niat untuk bertudung sudah lama difikirkan. Pun begitu, abang tidak mendesak dan memahami situasi saya. Apabila saya beritahu abang, dia sangat gembira dan menyokong penuh keputusan saya," katanya yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya, Mohamed Darwisz Hakim, pada 1 Februari lalu.

Selain Mohamed Danish Hakim, Memey turut mempunyai dua lagi anak tiri, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, hasil perkongsian hidup Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.

Ditanya mengenai keputusannya untuk bertudung berkait rapat dengan silaturahimnya bersama Abby Abadi, Memey tidak menafikan perkara itu.

Malah, menurut Memey, dia dan Abby pernah berborak dan Abby turut menasihatinya untuk berhijrah.

"Saya tidak kisah sekiranya ada yang berpendapat, penampilan dan penghijrahan Abby membuatkan saya terpengaruh untuk berhijrah kerana ia adalah sesuatu perkara yang baik.

"Dia (Abby) sering menasihati saya, namun ketika itu hati saya masih belum bersedia dan terbuka untuk berubah.

"Namun, saya tidak setuju jika ada yang mengaitkan saya dengan fahaman politik Abby. Walaupun saya bertudung, namun kami tidak pernah berbincang mengenai politik dan saya memilih untuk tidak mencampuri urusan politiknya," katanya yang mengakui menerima banyak tawaran sejak bertudung.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah walaupun saya tampil bertudung.

"Sebelum ini, saya sering dihantui dengan persoalan dan dilema sekiranya perubahan saya ini sukar diterima industri. Namun, saya tak sangka, rezeki saya masih ada.

"Apa yang penting, keikhlasan kita dalam membuat sesuatu keputusan dan percaya pada rezeki ALLAH SWT," katanya yang baru sahaja menjalani penggambaran rancangan, Roda-Roda KL.

Ingin hamil lagi

Walaupun usia Darwisz baru sahaja menghampiri tiga bulan, Memey terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja.

Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, namun dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu.

"Bila saya di set penggambaran, memang tak sabar-sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang, saya akan 'curi masa' sejam dua ketika rehat untuk pulang dan datang semula ke set selepas itu.

"Masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk keluar bersama dan melayan karenah anak. Walaupun saya masih muda, namun saya perlu belajar untuk menguruskan anak sendiri.

"Saya bersyukur kerana Darwisz sangat baik dan tidak mudah meragam. Malah, melihat keletahnya, saya tidak menolak untuk mengandung lagi," katanya yang turut mengamalkan penyusuan badan kepada anaknya.

Ditanya mengenai siaran drama yang diulang tayang, Memey berkata, dia tidak akan menyalahkan pihak televisyen atau penerbit sekiranya lakonan sebelum bertudung ditayangkan.

"Saya perlu bersikap open minded dan profesional dalam bekerja. Penonton sendiri boleh menilainya.

"Lagipun, sebelum ini, saya bukanlah pelakon yang seksi. Hanya tudung sahaja yang membezakan antara dulu dan sekarang.

"Pun begitu, saya tetap menjaga batas-batas sebagai wanita Muslimah dan bertepatan dengan status serta imej sekarang," katanya.

OLEH AKMALIAH RAZAK

Senin, 18 Maret 2013

Gosip Artis - Norman beri galakan Memey bersara?

Disebabkan kekangan masa, Norman Hakim, 37, akui isterinya Memey Suhaiza lebih banyak menjaga anak mereka Mohamed Darwisz Hakim yang baru mencecah usia sebulan berbanding dirinya.

Menurut Norman, Memey yang baru sahaja tamat proses pantangnya selama 44 hari kelmarin semakin biasa dengan rutin harian baru bersama Darwisz dan Memey cepat tangkap jika bab berkaitan penjagaan bayi.

“Alhamdulillah, Memey cepat tangkap jika kita tunjuk dia cara-cara yang betul ketika menjaga bayi yang masih kecil ini”
Ujar Norman lagi selepas kelahiran Darwisz rezeki untuk keluarganya semakin murah apabila Memey sendiri terpaksa menolak tawaran berlakon ketika masih berpantang.

“Memey ada juga terima tawaran berlakon dan menjalani penggambaran di Amsterdam. Kalau ikutkan peluang memang saya mahu Memey pergi tapi setelah membuat perbincangan bersama saya cakap kepadanya ‘takpelah bukan rezeki kita’”
“Pada saya biarlah ibunya yang jaga sendiri daripada orang luar sebab saya trauma sikit dengan isu pembantu rumah sekarang”
Memey dan Norman Hakim
Memey dan Norman Hakim
 Ditanya adakah ada kemungkinan Memey akan bersara dari bidang lakonan dan tumpukan sepenuh perhatian sebagai suri rumah, Norman Hakim seakan menyokong kenyataan itu menjawab.

“Kalau ikutkan memang saya nak dia bersara dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak kami yang masih kecil, yelah kalau shooting ni tak kira masa. kadang-kadang sampai subuh pun ada.”
“Tapi saya faham perasaan dia yang sama seperti saya meminati bidang lakonan, pada saya terpulang pada dirinya dan saya tidak akan menghalang”
Walaupun tidak menghalang Memey untuk bersara dari bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu perlu ada had dari segi masa ketika shooting sehingga jam 10 malam.

Sabtu, 02 Februari 2013

Tahniah! Memey Dan Norman Dapat Bayi Lelaki

MEMEY memangku bayi lelakinya, Mohamed Darwisz.
 


Kuala Lumpur: Pengalaman mengasuh anak suami yang juga aktor terkenal, Norman Hakim hasil perkahwinan pertama bersama Abby Abadi membuatkan dramatis, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 25, tidak kekok menguruskan anak sulungnya.

Memey selamat melahirkan , Mohamed Darwisz Hakim, di sebuah hospital swasta di sini, jam 9.50 malam kelmarin.

Sewaktu dihubungi, Memey berkata, dia bersyukur kandungannya sihat dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram.

Katanya, walaupun sebelum ini sewaktu mengasuh anak tirinya, Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, mereka sudah besar, ia sedikit sebanyak memberikannya pengalaman.

“Saya tak kekok apabila kali pertama memegang Darwisz dan menyusu badan. Rasa seperti sudah biasa dan bersyukur dengan pengalaman ini,” katanya.

Menceritakan pengalaman melahirkan anak sulung, pelakon berasal dari Kota Tinggi, Johor ini berkata, pada peringkat awal dia berasa sakit pinggang, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggapnya normal.



NORMAN mengucup Mohamed Darwisz.


“Saya mula terasa sakit 31 Januari lalu, dan pada sama doktor menjangka saya akan melahirkan anak pada 28 Januari. Selepas memberitahu Norman, dia turut jangka saya mahu bersalin,” katanya.

Jelas Memey, Norman yang baru pulang menjalani penggambaran jam 6 pagi kelmarin bergegas membawanya ke hospital.

“Disebabkan mahu melahirkan anak sulung secara normal, saya terpaksa tahan selama satu hari hinggalah kelmarin selepas Maghrib, doktor berkata saya bersedia untuk melahirkan,” katanya.

Memey berkata, sepanjang proses melahirkan, Norman turut berada di sisi dan mengazankan Darwisz.


Bayi itu dilahirkan dua minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Tambah Memey, dia juga bersyukur apabila proses kelahirannya tiada sebarang komplikasi lebih-lebih lagi apabila Norman berada di sisinya sepanjang tempoh masa untuk melahirkan.

"Saya rasa tenang sedikit ketika dalam keadaan sakit melalui proses kelahiran, Norman sempat memberi pelbagai nasihat.

"Dan sepanjang masa itu, saya hanya mengikut kata-katanya dan ternyata nasihat-nasihat yang diberikan banyak membantu saya melahirkan Darwisz, Alhamdulillah," tuturnya.

Sementara itu, Memey memberitahu, dia akan berpantang secara tradisional di rumahnya Kuala Lumpur selama dua minggu dan kemudian akan pulang ke kampungnya untuk meneruskan rawatan berpantangnya itu.

Pasangan itu bernikah pada 24 September 2011 di kampung halaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor

Sebelum ini, Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Minggu, 13 Januari 2013

Memey Dan Norman Tidak Sabar Menanti Kelahiran Cahaya Mata Pertama Mereka Bulan Depan

Memey dan Norman tidak sabar menanti kelahiran anak pertama mereka pada Februari depan. 



KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza mengakui tercuit hati dengan gelagat dan debaran yang dialami suaminya aktor Norman Hakim menjelang kelahiran bayi sulung mereka dijangka pada 20 Februari depan.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 27, berkata, sikap kalut Norman yang terlalu gelisah mengenai persiapan kelahiran anak lelaki mereka itu melebihi kebimbangannya sendiri yang pertama kali bakal bersalin.

“Saya okey sahaja. Tidak terfikir atau bayangkan apa-apa pun tapi abang (Norman) yang nampak lebih bimbang.

“Mungkin kerana pengalamannya bergelar bapa sebanyak tiga kali sebelum ini membuatkan dia bimbang untuk sambut kelahiran anak kami nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pasangan itu bernikah pada 24 September 2011 di kampung halaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Ditanya mengenai persiapan terakhir menjelang kelahiran itu, Memey berkata, segala persiapan pakaian dan pemilihan beberapa nama sudah disenarai pendekkan.

“Kami sudah ada dua atau tiga nama pilihan cuma belum putuskan yang mana satu sahaja.

“Abang juga sudah selidik banyak info di Internet dan buku-buku mengenai kelahiran anak kami,” katanya.

Dalam pada itu, Norman berkata, perasaan panik menjelang kelahiran itu adalah perkara lazim yang dihadapinya sejak anak pertama lagi.

“Dari anak pertama lagi saya memang berdebar dan panik. Saya rasa pengalaman menyambut kelahiran anak-anak yang membuatkan saya begitu.

“Sebab itu saya berasa tidak tenang dan takut untuk menunggu kelahiran Memey nanti kerana saya perlu bersedia,” katanya yang merancang untuk menjemput keluarga Memey menemani aktres itu pada hujung Januari ini.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Norman dan Abby Abadi dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4.

Pasangan itu bercerai pada 18 Disember 2008.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Kamis, 02 Agustus 2012

Norman Hakim Sebak Lihat Memey Dan Abby Berpelukan

Berkat bulan Ramadan telah menyatukan Abby dan Memey.


Norman bersama bekas isterinya, Abby (kiri) dan Memey kelihatan gembira selepas persengketaan yang selama ini terjadi dapat diselesaikan dengan baik. Foto kiriman Norman.

PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.

Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

"Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

"Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik!". Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," ceritanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Foto Norman dan Memey berbuka puasa di rumah Abby bersama anak-anak. Gambar petikan Twitter milik Abby.

Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.

"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," tuturnya.

Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

"Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama," tuturnya.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

"Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," katanya.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Senin, 17 Januari 2011

Isu Tinggal Serumah Norman-Memey : Statement Cover Line Kantoi Ker?



Merujuk kpd entry -->> Komen Norman Hakim Tetang Isu Memey-Norman Tinggal Serumah (click to view) adalah salah seorang reader blog personal Mak Kepochi mengomen gnie












**Credited to Deqdeq**



A'ah kan...baruuuuu Mak Kepochi teringat weh. Thank you ye Deqdeq kepochi sbb ingatkan secara tak langsung..hahaha. Sooo nih Mak kepochi tayangkan Status FB Abby sekali lagi ea.




Fokus kat tulis yg Mak Kepochi garis merah tuh ea. Dan nih plak mak kepochi tayangkan balik statement dari Norman Hakim yg terbaru nih



“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” - Norman Hakim

Baca status FB Abby...baca plak statement cover line norman....soo ape dlm pikiran uols??? Tetttt! Lu pikir lak sendiri ea anak² kepochi sekalian ^_^ Pd Norman lak...sila refer back apa yg abby tulis

...or tanya balik ape yg memey jawap, sebelum buat statement coverline ea, Abg Norman ^_- winkss winkss










Gosip Panas Mak Kepochi™

Selasa, 04 Januari 2011

O'oh..Perang Mulut Bermula Sudah : Abby-Memey (drama drama..haishh)



Ingat lg x dgn entry gosip Mak kepochi ttg Abby nyer -->> status FB tue? Well guess what...Abby express her feeling kat FB, Memey lak express her feeling kat press. Wahh...tp kan, satu je FAKTA penting yg Memey x say iyer atau tidak.

ttg statement Abby yg ke arah tuduhan tinggal serumah tue. Haaa yg tang tu Memey x ulaskan...so how? **Sambil angkat2 kening**

Pape pun...meh Mak Kepochi tayang balik ape yg abby bisingkan kat FB ek :)




Pada pagi Isnin lepas (3/1/11), Abby shout out her status kat FB status gitu2. In where Abby dh deletekan. So once hal nih sampai ke telinga Memey...so pe lagi...PC ler jawapnya...huhu.

Meh kita baca ape kata memey ea.


Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia.

Ermm...logik ker Norman x save Abby nyer fon number? Rasa cam x logik je coz...TAKKANNNN lah kan. Coz anak-anaknya Norman, Abby yg jaga. Haruslah Norman simpan Abby nyer number..tol x?

...tp utk iyerkan aje. Okeh lah...kita logikkan aje ea :) Say je Norman x save sbb takut Memey jeles ^_- winks. So bila Abby baca ttg statement Memey nih..pe lagi weh.

UP lagi status yg ala-ala...huhu





**Click to enlarge if rabun :D**


Haa bila drama-drama dh start ginie, ape lg weols yg kepochi-kepochi nih. Sure nya dok depan TV tggu melodi ahad nih ade x up kan story ttg ini...hehe. Pape pun, uols Abby dan memey...tiada jalan damai ker wat uols ek?

Tp if ai kat tempat Abby, SORRY OKEH. mmg TIADA JALAN DAMAI buat mu. PERANGG PERANGG. Eh tetiba...haha :P













Princess Redbloodsnow Copyright
<--- Nanged it if u like. Thanx :)


Haaa dr semalam lg mak kepochi nk up kan gosip panas nih. Tp x terUP UP sbb kebizian tahap super **fuhh tiup depan tudung yg kemek** Nampak gayanya, laman social FaceBook dijadikan Abbi Abadi tempat melempias amarah yg bercucu cicit di dada...**Isshhh isshhh geleng2 pala**

...Tp klo mak kepochi di tmpt abby pun, surenya anti giler kat PUNCA kemusnahan rumahtangga mak kepochi.





**Credit to Beautifulnara**


Belah pagi semlm, time buka Abbi nyer fanpage, still hado taw. Tp terlupe ler plak nk snapshot kan. Bile bukak blk time dh petang...





**Click to enlarge if rabun :P**


....nan hado lg kooo. Digantikan dgn latest FB status yg atas nih haa. Tuh yg terpaksa ambik pic abg nara nyer snapshot tuh... **hee heee sambil sengih² bg muka innocent**

Haaa...tetttttt memey-norman. Kantoi sudah. Nih gerenti kuar melodi minggu nih nnti. surenya ade2 je statement coverline nnti :P Same² kte wait and see haa....









Princess Redbloodsnow Copyright
<--- Nanged it if u like. Thanx :)

Kamis, 16 September 2010

Norman Hakim Masih Belum Bayar Wang Hantaran Kahwin Abby Abadi?


Haaa...kan dah. Kantoi sudah. Wat malu je weh. Kata macho, tp stil berhutang ngn bekas bini wang hantaran kawen. Tuh laa...lenkali if rase x mampu nk bg wang hantaran kahwing berpuluh² ribu...

...sila rondeng balik dgn bakal bini so dat leh kasi setakat mane yg mampu. Skrg tup tup terkantoi lom lunaskan dgn bini..aduhaiii. sadis ah.


“Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami - Abby abadi



dgr² lg, nafkah anak² die pun, norman bagi ala kadar n ikut suka hati. X leh lah gitu si abg woiii...tuh anak ko gak. X lah dh dpt memey, trus "yayyy aku duda x beranak" haaa gitu.

Isshh...ha memey, berwaspadalah ea. Jgn kang turn ko lak diperlakukan gni.















Princess Redbloodsnow Copyright

Selasa, 14 September 2010

Norman Hakim Dan Memey : Selamat Sudah Mereka Bertunang :)


Hamboiiii ko makcik. Sarung cincin kat bakal menantu pun pakai spec itam. Silau sgt ker permata di cincin tuh ek?..hehe






Cewahhh...sengih sampai ke tingat siottt. Okeh okeh, Mak Kepochi pahammm ssgt feeling di saat nih. Mak Kepochi dh lalui...ceaaa..hehe






Dah dah....tahu mahal :P





Seperti yg Mak Kepochi habaq mai kat uols di entry -->> INI dulu. Sooooo tadaaa!!! Bertunang sudah. Alhamdulillah....akhirnya kan.

Tp kan...memandangkan dh kenal lameeeeeeee. Why not just married je ek. Hemprhh...maybe dorg nk ikut step by step kot. Pape ler labu. Janji bahagia n happy, x gitu noks? Hehe.

Mak kepochi harap dorg bahagia hendaknya :) Aminnn...










Mulut Lazer Mak Kepochi
-->> Mak Kepochi takutttt sgt
nk bina kebahagiaan di atas air
mata org lain. Takut hukum karma
kooo noks...opsss.






Princess Redbloodsnow Copyright

Selasa, 31 Agustus 2010

Memey - Norman Hakim : Akan Bertunang Pada Hari Raya Ke-4?


Alaaa...x yah tunang² arr. Kawen terus lg senang. Bukan nyer baru² je kenal tuh. Dah bertahun dh kenal. Nak watpe tunang²..tol x noks? ^_^ hehehe.


"Semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan." - Memey/Norman


Yelah...aminnn. Mudah²an...asal jgn mengulangi lg kesilapan yg sama, sudah :)












Princess Redbloodsnow Copyright