Tampilkan postingan dengan label Datuk K. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Datuk K. Tampilkan semua postingan

Kamis, 21 Maret 2013

Gosip Artis - Hubungan Siti dan Datuk K semakin romantik

Nampaknya hubungan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjadi lebih romantik selepas suaminya itu ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu.

Siti, 34, berkata, keadaan itu berlaku sejak dia menjaga dan menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu.

"Sejak suami cedera akibat kemalangan, saya cuti beberapa bulan semata-mata untuk menjaga suami. Saya tak menyangka, kemalangan yang berlaku itu memberi hikmah besar buat saya.
"Bukan nak kata sebelum ini saya dan suami tak romantik. Dia memang seorang yang romantik dan penyayang sejak dulu lagi.
"Tetapi apabila kami lebih kerap meluangkan masa bersama, suasana romantik dan rasa sayang itu menjadi berlipat kali ganda. Berbanding dahulu, kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya.
datuk siti nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza
Tambah Siti, menjaga suaminya yang sedang sakit merupakan pengalaman yang sangat berharga dalam mengukuhkan lagi ikatan dalam sesebuah rumah tangga.

Malah beliau juga bersyukur apabila melihat perubahan suaminya yang semakin sihat dan memerlukan beberapa rawatan fisioterapi agar pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah, kejadian yang telah berlaku merupakan cabaran dan dugaan hidup. Saya sangat bersyukur kerana Allah tidak mengambil terus nyawa suami saya.
"Biasalah menjaga orang sakit ini macam-macam dugaannya. Bagi yang pernah berada dalam situasi seperti saya, mereka mesti akan faham.
"Memandangkan tangan suami cedera, banyak pergerakan yang tidak boleh dilakukannya dan hal itu membuatkan dia tak senang duduk.
"Kalau tidak... ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang perabot dalam rumah yang dirasakan tidak kena dengan cita rasanya pun hendak diubah sendiri," seloroh penyanyi jelita ini.

Rabu, 13 Februari 2013

Siti utamakan datuk K - Gosip Artis Popular


Sejak suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 53, ditimpa kemalangan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menurut Siti, beliau mengambil keputusan tersebut dengan tujuan untuk memberi tumpuan penuh kepada tahap kesihatan suaminya itu.
"Buat masa sekarang, dia (Datuk K) sihat sahaja, cuma kena selalu menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan kembali bahagian tangannya yang tercedera akibat kemalangan lalu.
“Jadi, ketika ini saya lebih mengutamakan keadaan suami daripada kerjaya. Selepas ini barulah saya akan kembali aktif," katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada Minggu Setiausaha Memorable Moments with Datuk Siti Nurhaliza, di sini hari ini.
situ nurhaliza
Siti Nurhaliza 
Disember lalu, Datuk K dilaporkan cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Siti akan mengadakan persembahan tersebut pada 11 April ini di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Siti juga memberitahu, dia kini sedikit memilih dalam persembahan setelah bertudung penuh.

Senin, 14 Januari 2013

Datuk Siti Nurhaliza Kini Bertudung Litup

Imej terbaru Siti Nurhaliza Tarudin yang bertudung litup.



PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.

"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.

"Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.

Sementara itu, Siti berkata, walaupun sudah berhijab, ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni.

Malah Siti masih lagi mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.

"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan.


Siti Nurhaliza tampak manis bertudung ketika pertama kali muncul pada majlis resepsi perkahwinan ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey di Hotel Royale Damansara pada Isnin. 

 
“Buat masa ini Rizman Ruzaini akan membantu dalam menyesuaikan gaya tudung dan imej untuk muncul di pentas.

"Siti juga selesa tampil memakai 'inner' di dalam manakala di bahagian luar pula, Siti gayakan mengikut cara sendiri dengan mendapat ilham fesyen yang terkini.

"Siti juga mengambil inspirasi daripada majalah, Internet serta melihat di YouTube dan menggabungkan gaya-gaya yang sesuai mengikut keselesaan diri. Mungkin fesyennya akan berubah-ubah juga nanti," tuturnya.

Ditanya adakah sebarang perbezaan sebelum dan selepas bertudung, kata Siti dia lebih berfikiran positif dan berharap akan menjadi lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.

"Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Siti akan berehat sehingga Mac depan untuk memberi tumpuan kepada penjagaan suaminya yang masih dirawat akibat kemalangan motosikal di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Senin, 17 Desember 2012

PANAS : Datuk K Mahukan Privasi Berikutan Isu Kemalangan - Siti Nurhaliza

Keratan akhbar semalam berhubung isu kemalangan Datuk K
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.
Siti yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.

"Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K," katanya.

Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.

Sabtu, 15 Desember 2012

Datuk K Kemalangan, Tidak Boleh Bergerak Kini Terlantar Di Hospital


Khamis lalu, Datuk K di’laporkan telah mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal kuasa besar di New Zealand & telah di’masukkan ke hospital.
Insiden itu memaksa isterinya Dato’ Siti Nurhaliza membatalkan persembahan di Indonesia untuk terbang ke New Zealand melawat suaminya di’sana & sudah pun selamat tiba.
Kosmo! pada hari ini menyebut yang Datuk K mungkin terpaksa terlantar di hospital untuk tempoh 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand — sebelum dibenarkan pulang.
Namun begitu, keputusan untuk membawa pulang Datuk K lebih awal bergantung kepada keadaan terkini ahli perniagaan itu & keputusan daripada ahli keluarga beliau sendiri.
“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” kata sumber yang turut memaklumkan Datuk K mengalami patah bahu, tangan & kaki akibat insiden itu. Kita doakan yang terbaik buat beliau.

Kamis, 13 Desember 2012

Siti Nurhaliza Batal Konsert,Datuk K Terbabit Kemalangan Motosikal

 Siti Nurhaliza bersama Datuk K.


KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, terpaksa membatalkan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya berlangsung di Banjarmasin, Jakarta, Indonesia, hari ini, selepas suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terbabit dengan kemalangan, di Queensland, New Zealand, tengah hari semalam.


Siti menerusi akaun twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam...maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua ‘team’ konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” katanya.

Menurut kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa, Siti ketika dihubungi terkejut apabila perkara itu dimaklumkan kepadanya.

“Dia meminta saya membeli tiket penerbangan ke New Zealand dan akan berbincang dengan pihak penganjur untuk membatalkan Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Jakarta,” katanya.

Siti dan seorang rakan berangkat ke New Zealand jam 9 pagi tadi.


Gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun lepas.


Zaitun berkata, kemalangan itu berlaku ketika Datuk K menunggang motosikal kuasa besar menyebabkannya patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

“Datuk K berada sejak beberapa hari lalu kerana mempunyai urusan perniagaan dan beliau bersama rakan lain menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keluarganya bersyukur kerana dimaklumkan keadaan Datuk K yang stabil. 




Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.

Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.




Minggu, 25 November 2012

Gambar Majlis Pernikahan Anak Datuk K Dan Anak Datuk Seri Hishammuddin

 


Tahniah di ucapkan kepada pasangan mempelai Anas Zawawi Datuk Khalid dan Allysa Datuk Seri Hishammuddinyang kini sah bergelar suami isteri.

Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin.

Anas mengenali Allysa  ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Minggu, 23 September 2012

Anak Datuk K Temui Rozita Che Wan Kerana Isu Kahwin

Rozita tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki berstatus suami orang. 

PETALING JAYA: Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.






Siti bersama suaminya, Datuk K pada majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Kuala Lumpur.


"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.

Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.

Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.

Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.

Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.

"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.

Minggu, 01 April 2012

Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta


**Sumber dari mStar**


“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” Rozita Che Wan

Yup! Zie sgtttt sgttt bersetuju dgn statement kak ita ni taw. Betul tu, harta leh sama-sama cari. Yg penting that person appreciate us for who we are not for what we are.

Statement Rozita Che Wan ni keluar bila dirinya konon-konon di gosipkan akan mengahwini Datuk K (husband Siti Nurhaliza) di Harian Metro pada Jumaat lepas. Aiyooo..agak-agak lah kan if nk bergosip pun.

kang Harian Metro kena sama dek Tokti kang. Baru taw :P











Gosip Panas Mak Kepochi™