Tampilkan postingan dengan label Scha Al-Yahya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Scha Al-Yahya. Tampilkan semua postingan

Minggu, 21 Oktober 2012

Scha & Awal Ashaari --- Reputasi Terjejas Dituduh Pencuri




**Sumber dari mStar**



Scha dan Awal tertekan bila nama dorg jd bualan selepas dorg di tuduh mencuri pakaian yg bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal pada September yg lalu. Menurut tuduhan lagi...dorg di kata menjual pakaian tersebut di kedai milik dorg...

...ishhh...ada bukti ke yg Awal dan Scha yg mencuri tu. Tak baik arr gitu. Muka dorg ada muka pencuri ke? tak suka lah dgn tuduhan ke atas dorg ni.


"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu..Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,"  - Scha Al-Yahya

Scha dan Awal ada berjumpa dgn penguruskan gedung tersebut utk membuat kenyataan khas utk membersihkan nama dorg. Tapi pihak tersebut tak nak buat sebarang penjelasan. Motif? Hemprhhh...jangan-jangan dorg yg tuduh kot.

Pape pun...sabar la ea Scha and Awal. If uols tak buat, kebenaran akan terbukti :)










Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 18 Oktober 2012

Scha & Awal Bengang Kerana Dituduh Curi Pakaian

Pasangan bahagia Scha dan Awal

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.

"Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya.

Scha ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, Khamis.

Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.

Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.

“Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Minggu, 12 Agustus 2012

Hidup Scha Al Yahya Lebih Teratur Selepas Menjadi Isteri

Scha Al Yahya berasa tenang menjadi isteri Awal.



PETALING JAYA: Alam perkahwinan yang dilalui aktres Scha Al Yahya sejak Mei lalu membuatkan dia lebih tenang dan mempunyai rutin hidup yang teratur.

Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, perubahan yang dialami selepas tiga bulan bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari menjadikan dia insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.

“Selepas tiga bulan menjadi isteri Awal, saya dapat rasai satu perubahan besar dalam diri berbanding zaman bujang dulu. Saya semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan hari ini.

“Sebelum ini, saya hanya jalani hidup tanpa rutin dan tanggungjawab tertentu tetapi alam perkahwinan ini banyak mengajar saya mengenai perancangan dan disiplin,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu bernikah pada 4 Mei lalu di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dekat sini.

Aktres yang mencipta nama menerusi siri Awan Dania ini berkata, status isteri orang yang digalasnya turut membuatkan dia berasa lebih selamat dan tenteram.

Scha dan suaminya, Awal ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.


“Mungkin inilah kuasa sesebuah perkahwinan. Selain ketenangan, saya akui berasa lebih selamat kerana menggalas status isteri orang.

“Saya dan Awal berkongsi dalam segenap perkara dan tiada apa yang perlu disorokkan, sekali gus menjadikan ikatan kami lebih kuat. Malah, ia menjadikan kami lebih mengenali satu sama lain,” jelasnya yang belum memikirkan soal zuriat.

Ditanya mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan sebagai isteri, Scha berkata, dia hanya terlibat dalam komitmen lakonan pada minggu pertama puasa saja.

“Saya hanya berlakon pada minggu pertama Ramadan. Untuk baki bulan puasa ini, saya tumpukan perhatian pada perniagaan kios Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita di samping suami.

“Selebihnya, saya hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Apa-apa pun, keutamaan semestinya pada hal ehwal suami dan rumah tangga,” kongsinya yang baru menamatkan penggambaran filem Dampak.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Selasa, 08 Mei 2012

Awal Ashaari Nyanyikan Lagu Sedetik Lebih Buat Scha Alyahya di Majlis Resepsi Mereka :)



Alololo...sweetnyaaa. Tetiba teringat plak masa majlis resepsi anak boss zie dulu. Dia pun nyanyikan lagu utk wife dia gak taw. Mmg sweetttt sesgt. Btw, berbalik kepada SchAwal..hehe.

Kompom terharu lentok
lah Scha dgn keromantikkan suaminya ni kan kan ^_^ Love this couple taw ^_-





So ni ler video awal tgh nyanyikan utk Scha. Comel je Scha masa wedding dia kan :)










Gosip Panas Mak Kepochi™

Minggu, 29 Agustus 2010

Awal Ashaari Akan Berkahwin Next Year?


Iye la iye laaaa...everyday is a friday night la ko awal. Ade mak kepochi kesah? Hahaha :P Haaa nih gosip terbaru mak kepochi dgr² katanya awal dn Scha Al-Yahya dah merancang ke arah tu.

Alhamdulillahhhh...niat yg baik tu :) Skrg awal berumur 29 tahun meanwhile Scha berumur 26 tahun. Ooo baru mak kepochi taw yg Scha nih seumur ngan mak...kehkehkeh.





Kata awal lg, die target umur 30 baru kawen. means tahun depan ler tuh kan...jeng jengg jenggg. Adakah majlis perkahwin uols akan setarikh dgn majlis perkahwinan mak kepochi nnti ek ek?..hahaha

Pape pun...all the best utk mereka. Pekara yg baik, better di cepat² kan ea ^_-

















Princess Redbloodsnow Copyright