Tampilkan postingan dengan label Iqram Dinzly. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Iqram Dinzly. Tampilkan semua postingan

Selasa, 16 Juli 2013

Iqram Dinzly Terkilan Dengan Pertunangan Fouziah Gous

Iqram Dinzly dan Fouziah Gous mempunyai perhubungan yang akrab.



PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung.

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.



 Fouziah dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu.


Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, dekat sini pada 1 Jun lalu.

Tambah Iqram, sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah tidak lagi berhubung.

Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.

"Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.

"Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

"Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.

"Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Kamis, 25 April 2013

Peminat Mahukan Iqram Dinzly Kembali Mengacara JJCM




Siapa yang tak tahu mengenai rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kan?

Setiap minggu pasti ada sahaja peminat setia yang sudah sedia menunggu di depan kaca tv untuk melihat rancangan kegemaran ramai itu.

Bagi musim terbaru, pelakon dan pengacara Qi Razali sekali lagi telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan rancangan popular tersebut.

Tetapi setelah memasuki beberapa episod bagi musim baharu, kebanyakan peminat masih lagi mahukan pengacara terdahulunya, Iqram Dinzly untuk kembali mengelolakan JJCM.


Antara komen-komen peminat JJCM di Facebook..


Ini kerana mereka mengatakan gaya pengacaraan Iqram lebih santai dan mesra berbanding stail mengacara yang ditunjukkan oleh Qi.

Malah sebelum ini terdengar ura-ura bahawa Iqram merajuk apabila pihak produksi tidak mahu lagi menggunakan khidmatnya bagi musim terbaru JJCM.

Bagi penulis, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya tetapi kadang kala pihak produksi perlukan juga pendapat serta komen daripada peminat setia mereka agar program itu terus diminati dan diikuti oleh segenap lapisan masyarakat.

Tak gitu?



Oleh: AUDREY LEE

Selasa, 19 Maret 2013

Iqram Dinzly 'Terasa Hati' Dengan Pihak Produksi 'JJCM'

Iqram mengaku merajuk dengan pihak JJCM kerana tidak menyambung kontraknya.

 

PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali berharap bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu Iqram Dinzly tidak berkecil hati kerana penamatan kontrak mengacara rancangan itu.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, dia tidak berniat untuk ‘mencantas’ Iqram sebaliknya sekadar memenuhi tawaran pihak TV3 yang mahukan semula khidmatnya mengendalikan rancangan itu seperti sebelum ini.

"Sejujurnya saya sendiri terkejut apabila diberitahu Iqram tidak akan muncul dalam musim terbaharu program itu namun saya tidak pasti apakah sebab-sebabnya.

"Tawaran yang datang bukan kerana saya berjumpa dengan pihak produksi dan merayu agar mereka menerima saya kembali.

"Saya terima kerana mahu kembali aktif dalam bidang pengacaraan yang telah saya tinggalkan hampir dua tahun lalu kerana memberi tumpuan kepada bidang lakonan," jelasnya kepada mStar Online.

Media sebelum ini melaporkan, Iqram terasa hati dengan pihak produksi JJCM yang tidak menyambung kontraknya untuk musim terbaharu dan menganggap pengorbanannya dipandang sebelah mata oleh mereka.

Qi pernah mengendalikan program berkenaan untuk beberapa musim terdahulu sebelum ia diambil alih oleh Iqbal Mazlan dan Shiha serta Iqram Dinzly.



Qi bakal kembali sebagai pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) menggantikan Iqram Dinzly.

 
Dalam pada itu kata Qi, dia berharap pertukaran itu tidak menyebabkan hubungan akrab mereka berdua terjejas.

"Saya dan Iqram memang berkawan dan hubungan kami masih baik dan berharap ia akan terus kekal begitu kerana kami memang tiada sebarang masalah sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Qi berkata, dia yakin pihak produksi mempunyai sebab tertentu tidak menyambung kontrak Iqram yang hanya bertahan selama satu musim sahaja.

Malah kata Qi, pertukaran pengacara bagi sesebuah program adalah lumrah dan berharap Iqram tidak berputus asa dalam mengembangkan lagi kerjayanya.

"Saya tidak boleh ulas perkara itu kerana saya sendiri hanya seorang pengacara sahaja namun sebagai seorang kawan kepada Iqram saya sentiasa mengharapkan terbaik buatnya," jelas Qi.

Tambah Qi, dia bakal membuat sedikit perubahan dari segi gaya pengacaraannya dalam JJCM dan memberitahu sudah pun merakamkan lapan episod untuk musim terbaharu itu.

Selain JJCM dia juga akan kembali mengacarakan program yang memperkenalkannya sebagai pengacara iaitu Destinasi Bajet.

Jelas Qi, kali ini dia akan menjelajah ke negara Asia seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam dengan tip-tip yang lebih padat serta bajet terhad.

"Saya teruja musim terbaharu program itu akhirnya dilaksanakan kerana saya memang gemar aktiviti melancong dan buat masa ini kami telah pun memulakan penggambaran namun tidak pasti bila ia akan ditayangkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi berkata juga akan muncul dalam dua buah filem iaitu Bencinta dan Anak Jantan selain beberapa buah drama.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Rabu, 17 Oktober 2012

Gambar Aksi Manja Fauziah Gous Bersama Iqram Dinzly



Sempena Majlis Pelancaran Program “Jelajah Janji Ditepati” di Kudat, Sabah, beberapa artis popular seperti Tomok Oiam dan Black Mentor telah turut serta mengambil bahagian bagi memeriahkan program belia itu.

Apa yang menarik, pasangan “teman tapi mesra” iaitu Fauziah Gous dan Iqram Dinzly, 31 tahun, turut menyertai program belia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak.









Menerusi laman Twitter, Iqram Dinzly melaraskan sekeping gambar untuk dikongsikan bersama peminat dimana di dalam gambar tersebut Fauziah Gous melentokkan kepala dibahunya semasa berada didalam bas untuk mengelak daripada terkena panas.
Keakraban mereka jelas terpancar dari tingkah laku mesra yang ditonjolkan ketika berada di Sabah. Adakah keakraban seorang sahabat? Atau pasangan kekasih? Apa-apa pun, nantikan ketibaan artis ini ke destinasi seterusnya iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.

Selasa, 02 Oktober 2012

Iqram Dinzly Bertekad Mahu Jadi Baik

Iqram Dinzly mahu berhijrah secara berperingkat.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Iqram Dinzly berhasrat untuk berubah menjadi insan lebih baik seiring dengan peningkatan usianya yang kini sudah mencecah 31 tahun.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, kesedaran itu mula terbit sejak beberapa bulan selepas dia melihat kekacauan yang berleluasa di merata tempat ketika ini.

"Sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata tetapi kesedaran mula terbit sejak kebelakangan ini. Saya tidak mahu mencanangkannya kerana bimbang jika khalayak tersalah anggap.

"Saya mahu mengenali diri dan berubah ke arah kebaikan. Namun, proses hijrah ini bukan perkara remeh yang boleh dilakukan secara mengejut dan drastik. Ia perlu dilakukan secara berperingkat," katanya.

Iqram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program pelancongan 'Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea' anjuran Safirgotravel.com, di sini, petang Selasa.




Iqram berkata, antara perubahan besar yang dialaminya termasuklah tiada keinginan untuk keluar bersosial, menjaga batas pergaulan dan mengawal tingkah laku.

"Saya bersyukur kerana Tuhan menarik nikmat dan keseronokan duniawi yang tidak patut ada dalam diri saya selama ini.

"Namun, saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang pernah berlaku kerana ia adalah pengalaman yang berguna untuk saya.

"Apa yang saya harapkan selepas ini agar saya menjadi insan yang lebih baik dan dijauhi daripada kesilapan lalu," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jualan & Pemasaran Safirgotravel.com Muhamad Abd Latif berkata, Iqram menjadi pilihan pakej berkenaan berdasarkan karakternya yang peramah.

"Ini adalah kali kedua Iqram dipilih untuk mengikuti pakej pelancongan kami. Pada tahun lalu, Iqram mengikuti pakej kami ke Turki dan pada tahun ini ke Korea Selatan.

"Berdasarkan pengalaman lepas, kami berpuas hati dengan sikapnya yang peramah dan rajin melayan delegasi kami. Kerana sebab itu, dia terus menjadi pilihan kami untuk pakej pada tahun ini," katanya.

Ujarnya, selain pengalaman percutian bersama aktor itu, orang ramai turut berpeluang melawati lokasi-lokasi hebat penggambaran drama Korea antaranya Incheon, Pulau Nami, Petite France dan Sungai Han.

Pakej eksklusif itu terbuka untuk 60 orang itu dan percutian akan berlangsung pada 5 hingga 10 Disember depan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.safirgotravel.com.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Senin, 22 Juni 2009

Gossip² : Iqram TIDAL "Lembut"


Bila dikatakan seseorang lelaki itu berperwatakan lembut, tanggapan pertama masyarakat, lelaki tersebut ‘gay’, apalagi jika dia terlibat di dalam industri hiburan. Atas sebab itu, tidak menghairankan mengapa ada yang beranggapan Iqram Dinzly antara pelakon lelaki tempatan yang tergolong dalam kategori itu.

Dalam perbincangan topik ‘Lelaki Lembut’ di ‘Wanita Hari Ini’ (TV3) Selasa lalu, Iqram memberitahu lelaki lembut boleh juga dikategorikan sebagai kaum lelaki yang bersopan santun, yang dijaganya tatasusila mereka, atau anak emak yang mana perwatakan mereka lembut tetapi di dalamnya masih lelaki sejati.

Diterapkan nilai bersopan-santun sejak kecil oleh ibu bapanya, Iqram tidak melihat label lelaki lembut sebagai sesuatu yang negatif, walaupun ia mengundang sangkaan yang sedemikian daripada masyarakat umum.

Mula-mula tu, terasalah juga tapi sekarang ni, saya dah lali. Kita tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak boleh kata mereka takde hak untuk bercakap. Yang penting, keluarga dan ibu bapa, dan kawan-kawan yang kenali saya kerana mereka tahu apa yang saya lakukan.

“Tapi saya bersyukur ada yang memberi perhatian pada saya kerana itu tandanya mereka sayang. Kalau sudah tidak peduli, buat apa nak cakap,”
jelas Iqram yang turut menegaskan pergaulan dengan kawan-kawan yang mempunyai kecenderungan sebegitu tidak bermakna dia juga seperti itu.

Tambahnya lagi, tiada seorang manusia yang dilahirkan sempurna dan walau apapun kecenderungan mereka, hanya Allah yang berhak menghukum.

Mengenai reaksi ibu bapanya apabila terbaca cerita sebegini tentang anak mereka di akhbar, jawab Iqram, “Tiada ibu bapa yang berfikiran buruk tentang anak mereka. Ibu bapa saya open-minded dan mereka faham. Mereka selalu ingatkan saya untuk menghormati orang, merendah diri, jangan buat benda jahat atau lupa Tuhan dan sembahyang.”

Namun jika ditanya anak kelahiran Ipoh, Perak ini, tidak dilihat dirinya sebagai lelaki lembut kerana “jika saya lembut taklah saya patah kaki naik motor, membuat aktiviti lasak”.

Jadi, bagaimana tafsirannya? Adakah mereka ingin saya bercakap kasar? Nanti orang pula kata saya panas baran, kurang ajar (seperti yang diperkatakan selepas rancangan ‘Wakenabeb’ dimana Iqram telah dipermainkan). Sebab itu saya cuba tanamkan sifat kesederhanaan, in between, lihat pada keadaan.”

Sememangnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Bagi Iqram yang sudah tidak lagi asing dengan kontroversi, apa yang berlaku itu dilihat sebagai satu permainan hidup.

“Saya pernah berputus asa, melihatkan hipokrasi di dalam industri ini. Tapi bila difikirkan balik, ini semua satu permainan hidup. Sama ada saya kalah atau ‘checkmate’. Alhamdullilah, saya banyak mendapat hidayah tentang kehidupan dalam setiap dugaan yang saya lalui, dan saya mengambil semuanya sebagai input untuk berjaya.”



Sumber dari Gua.com.my