Tampilkan postingan dengan label Fouziah Gous. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Fouziah Gous. Tampilkan semua postingan

Selasa, 16 Juli 2013

Iqram Dinzly Terkilan Dengan Pertunangan Fouziah Gous

Iqram Dinzly dan Fouziah Gous mempunyai perhubungan yang akrab.



PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung.

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.



 Fouziah dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu.


Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, dekat sini pada 1 Jun lalu.

Tambah Iqram, sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah tidak lagi berhubung.

Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.

"Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.

"Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

"Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.

"Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Minggu, 02 Juni 2013

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Zhafran




Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30.

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung.

Majlis berkonsepkan ala Inggeris dengan tatahias warna putih yang berlangsung restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala  dalam suasana yang cukup meriah dihadiri seramai 500 terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Zhafran, Puan Normah Ali menyarungkan cincin ke jari Fouziah tanda diri pelakon 'Trilogi Cinta' dan 'Cinta Bertamu di Abu Dhabi' itu kini tunangan kepada anak lelakinya. Saat manis itu turut disaksikan oleh ibu Fouziah.

Berikut foto-foto sekitar majlis pertunangan 'pasangan bird nest (sarang burung)' ini untuk tatapan anda :















Kredit Sumber: malaysiandigest.com

Senin, 27 Mei 2013

Fouziah Gous Bertunang Sabtu Ini, Kahwin September 2013

 

 Fouziah berkongsi berita gembira di laman sosial miliknya.




SETELAH kisah cintanya dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu, hari ini, pelakon cantik, Fouziah Gous mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar dan bakal bertunang, Sabtu ini.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous kerana bakal bertunang pada Sabtu ini. Bakal tunang Fouziah Gous ialah Md Zhafran Md Yusof yang merupakan pemilik syarikat keselamatan Arrow Guard dan seorang perunding kewangan. Mereka berdua hanya bertunang untuk 3 bulan dan akan berkahwin pada bulan September ini.

Menurut laman mikro Twitter pasangan ini, Fouziah dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter, Sabtu lalu.

“Di Lapangan Terbang Subang. Akan terbang tinggi dan tinggi dengan Zhafran,” tulisnya pada jam 9.46 pagi.

Pagi ini, Fouziah berkongsi gambar di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbunyi, “this lady just got proposed. Will you marry me...thanks for the sweetest memories.”




Kamis, 25 April 2013

Gambar Fouziah Gous Bersama Bakal Suami



 
Fuh ~~ Confirm ramai jejaka di luar sana yang akan menangis mendengar berita ini.

Fouziah Gous sudah pun berpunya dan bakal berkahwin tahun ini.

Lapkan air mata yang jatuh berlinangan itu. Jangan kecewa. Doakan yang terbaik buat Fouziah Gous dan si jejaka yang berjaya mencuri hatinya ini.

Gambar di atas telah dikongsikan di Instagram FouziahGous dengan caption “Our journey start here 20042013 bismillahirrahmanirrahim #deepdeepdeep“.
Nampak gaya macam pergi kursus kahwin je kan?

Kalau betul, Alhamdulillah. Itu satu langkah yang sangat penting untuk mendirikan masjid.

Buat Fouziah dan si jejaka, semoga perancangan anda untuk bergelar suami isteri pada tahun ini akan menjadi kenyataan.


Sama-samalah kita doakan. 





Kredit Sumber: Beautifulnara.com

Sabtu, 13 April 2013

Fouziah Gous Rampas Kekasih Ramona Zamzam??





Isu kekasih dirampas Fouziah Gous, apa cerita sebenarnya?

Sebenarnya saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Tak ada apa yang nak diceritakan. Ya, secara dasarnya, memang bekas teman lelaki saya sekarang bersama Fouziah. Itu sajalah.

Betul ke Ramona dah lama berkawan dengan lelaki bergelar usahawan itu? Sejak bila dan siapa dia? Kalau tak betul, apa cerita pula dengan Sahee? Sebab semua orang tahu dulu awak dengan Sahee. Habis yang usahawan ini kawan macam mana pula?

Saya dengan Sahee dah lama putus hubungan. Cuma kami sampai sekarang masih berkawan. Dengan lelaki yang dimaksudkan ini pula, kami sempat bercinta selama sembilan bulan. Dia bukan seperti yang dikatakan. Dia juga bukan orang dalam industri. Dia cuma lelaki biasa sahaja. Sahee... Sahee lah. Itu benda dah lepas. Selepas Sahee, saya hidup solo lebih kurang setahun setengah. Kemudian baru bertemu dengan lelaki ini sebelum putus dan dia kini dengan Fouziah.

Apa kes awak putus dengan dia sampai kemudian dikebas orang?

Senang cakap, saya dengan dia memang dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana.

Ramona dikatakan jenuh simpan perkara ini (rahsiakan). Kenapa takut sangat orang tahu?


 Ramona Zamzam


Fouziah Gous


Sebab saya tak sukalah. Kalau orang tanya pasal kerja, saya okey saja. Pasal kisah cinta, buat apa nak kongsi dengan satu dunia. Lagipun saya jenis yang tak berapa suka nak dedahkan semuanya tentang kehidupan peribadi saya.

Ada yang mendakwa Ramona bengang dengan Fouziah sebab dia rampas teman lelaki awak. Komen?

No comment. Apa yang saya boleh katakan, baik dia atau saya, kami berdua tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Jadi untuk dia, semoga berjayalah ya.

Betul ke orang kata Ramona cuma mahu rapat dengan lelaki berduit saja, lelaki sengkek (tak berduit) tak mahu?

Gila ke apa? Semua orang tahu saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Tak peduli dan saya memang tak kisah dengan status. Mana datangnya pula isu nak lelaki berduit dan tak nak lelaki sengkek ini? Ishhh...

Ramona selalu cakap nak fokus dengan karier dulu. Tapi timbul dengan hal-hal begini. Jadi sekarang ini, ada di kalangan orang menganggap Ramona cakap lain, buat lain.

Tolonglah... Saya pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Kerja, kerjalah. Siapa kata saya tak nak fokus pada kerjaya? Kerjaya masih berjalan seperti biasa... Jadi kenapa? Kalau jadi artis tak boleh ada isu percintaan ke? Kerja saya masih ada... berlakon macam biasa... Tak ada masalah pun. Itu dah cukup baik dan saya bersyukur dengan rezeki yang datang.