Tampilkan postingan dengan label Ana Dahlia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ana Dahlia. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Februari 2013

Ana Dahlia terluka dengan episod cerai - Gosip Artis Terkini


Sukar kami mengagak perasaan sebenar wanita ini ketika diajukan situasi sebenarnya ketika ini. Dia bertambah 'terkesima' saat disoal mengenai hal perkahwinannya yang telah kecundang beberapa bulan lalu.

Enggan mengemukakan sebarang jawapan pasti ketika itu, Ana Dahlia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka memberitahu keadaan sebenarnya. Dia mahu kekal dengan rahsia apa yang berlaku di antara dia dan bekas suami, Mohd Nadzri Redzuawan, 32, atau lebih dikenali sebagai Chef Riz.

Berselindung di sebalik senyuman manis, Ana Dahlia atau nama sebenarnya. Diyana Mastura Jaafar, 30, memberitahu bukan mudah untuk memaksa dirinya mengukir senyuman bagi menjawab setiap persoalan.

Gambar Ana Dahlia dan Chef Riz
Gambar Ana Dahlia dan Chef Riz semasa majlis persandingan
Reda dengan apa yang berlaku gelaran "janda" kali ini diterimanya dengan hati terbuka. Menjelaskan keadaan dirinya sewaktu berpisah dengan Chef Riz, Ana akui kali ini kesakitan itu lebih mendalam.
"Saya akui saya cuba menyembunyikan perasaan sebenar sewaktu itu. Bukan mahu memperdayakan orang sekeliling, tetapi tujuannya untuk menjaga hati semua pihak.
"Sebenarnya, saya akui sangat terluka dan terkesan dengan perceraian kali ini," katanya ketika hadir pada majlis resepsi pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jika dia dilihat selalu tersenyum biarpun diajukan soalan pedih, Ana menjelaskan dia bukanlah sekuat yang disangka.
"Memang bila di hadapan wartawan atau rakan-rakan saya cuba tidak berbicara dengan emosi.
"Tetapi ada ketikanya saya tidak nafikan gagal mengawal perasaan. Pernah suatu ketika masa di set penggambaran, saya menangis mengenangakan apa yang berlaku,"katanya.
Mempunyai wajah yang lembut, wanita ini menafikan sekeras-kerasnya dia tidak berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Mempercayai segalanya sudah ditakdirkan, bagi Ana dia tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
"Siapa tidak sayang, saya menang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga kami.
"Tetapi itu semua jodoh. Sekuat mana pun kita cuba kalau sudah ditakdirkan untuk tidak bersama, saya percaya jodoh saya sampai di situ sahaja," katanya.
Diminta menjelaskan punca sebenar perpisahannya, Ana sekali lagi meminta agar ia terus menjadi rahsia dirinya dan keluarga. Bersetuju untuk mengatakan dia memegang gelaran seorang selebriti, tetapi bagi Ana itu bukan lesan besar untuk pihak umum mengetahui apa yang berlaku.
"Sewaktu bertunang lagi saya sudah merasai gelombang itu. Tetapi sewaktu itu Riz dan saya yakin mampu tempuhinya dengan alam perkahwinan. Dan kami teruskan juga sampailah bernikah, tetapi siapa sangka ia tidak bertahan lama pula," katanya lembut.
Menurut pelakon kelahiran Taiping, Perak ini, kesan daripada perceraian itu amat besar bagi dirinya sehingga menjadi fobia untuk mempercayai lelaki.
"Setelah melaluinya sekali lagi, saya akui diri ini agak sukar untuk mempercayai lelaki. Malah buat masa ini juga saya agak berhati-hati untuk membuka hati saya untuk cinta. Namun saya percaya dengan percaturan Allah," katanya yang tidak menolak untuk bertemu jodoh sekali lagi.
Umum mengetahui, Ana dan bekas bapa mertuanya Datuk Redzuawan Ismail atau lebih Chef Wan mempunyai hubungan yang baik. Menurut Ana walaupun dia dan keluarga bekas suaminya kini tidak lagi mempunyai talian persaudaraan namun itu bukan bermakna dia akan membuang hubungan yang sedia ada.
"Saya dengan papa (Chef Wan) masih lagi baik, dia akan tetap saya anggap sebagai bapa sampai bila-bila.
"Malah sewaktu kami mengambil keputusan untuk berpisah juga, papa menjadi orang pertama yang tahu. Selain Papa dengan ahli keluarga yang lain juga saya masih rapat termasuk dengan nenek Riz,"katanya.
Diminta menjelaskan hubungan dengan bekas suaminya kini, Ana memberitahu tidak wujud perasaan dendam di antara mereka berdua.

Namun dia akui tidak mahu lagi menjalinkan sebarang hubungan dengan Chef Riz.
"Kami tiada apa-apa sengketa, masing-masing juga mempunyai kehidupan lain sekarang ini.
"Saya masih baik dengan ahli keluarganya dan menghubungi mereka, kecuali Riz sahaja," katanya jujur.
Langsung menolak untuk mengatakan tempoh pengenalan yang singkat menyebabkan dia dan Riz tidak serasi, Ana memberitahu tempoh perkenalan bukan alasan jika masing-masing juga berusaha untuk bersama.
"Jika ditakdirkan selepas ini saya bertemu seseorang yang lain, saya tidak kisah jika kami bercinta selepas kahwin, yang pada saya ia dilihat lebih baik.
"Dalam soal ini bukan tempoh perkenalan yang menjadi subjek utamanya tetapi kesungguhan dari kita sendiri untuk mengekalkan hubungan itu," katanya mendalam.

Sumber: Utusan




Senin, 11 Februari 2013

Ana Dahlia kemalangan jalan raya - Gosip artis Terkini


Terkejut OGA bila dan dapat tahu bahawa Pelakon popular, Ana Dahlia mengalami kemalangan. Tapi syukur la, Ana Dahlia mengalami kecederaan ringan jer. Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.
“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.
"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.
"Menurut Ana Dahli, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, beliau menggigil ketakutan dan terkejut akibat kejadian itu.
“Saya hanya mampu ingat ALLAH dan berharap tidak berlaku kejadian buruk. Rempuhan itu mengakibatkan kereta saya remuk, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

ana dahlia
Gambar kecederaan yang dialami Ana Dahlia dan kereta yang remuk teruk
Ana Dahlia berkata, beliau menerima rawatan di hospital berhampiran akibat cedera di kening dan tulang rusuk retak.
“Saya perlu jalani penggambaran telemovie atas dasar tanggungjawab walaupun dalam keadaan sakit.
“Terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan ketika kejadian,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.
“Difahamkan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu kereta Proton Iswara cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Kamis, 07 Februari 2013

Ana Dahlia doakan Chef Riz bahagia - Gosip Artis Terkini


Meskipun tidak mengenali wanita bergelar Mak Jemah yang kini menjadi teman istimewa bekas suaminya, Chef Riz namun pelakon Ana Dahlia hanya mengharapkan hubungan cinta mereka kekal dan bahagia.

Malah, Ana Dahlia berkata dia mendoakan Chef Riz dapat memberikan komitmen yang sebaiknya dalam hubungan cintanya bersama wanita berkenaan.
"Mengenai hubungannya dengan wanita itu, saya sendiri tidak tahu menahu serta tidak mengenalinya. Itu hal personal dia dan dia pun tidak bercerita dengan saya mengenai mana-mana wanita yang dikenalinya.
"Saya cuma berharap hubungannya kali ini akan kekal dan dia juga haruslah pandai menjaga hubungan cinta itu dengan sebaik mungkin."
Dalam artikel sebelum ini, Chef Riz akui gambar yang di muat naik ke dalam laman Instagram itu adalah teman wanita yang sedang dikenalinya dan hanya mahu dikenali sebagai Mak Jemah.
Ana Dahlia
Ana Dahlia
Setelah lebih kurang dua bulan bercerai, Ana memberitahu dia dan Chef Riz masih lagi berhubung dan menjalinkan hubungan seperti kawan biasa.
"Kami hanya berkawan biasa selepas bercerai dan tiada pula hendak bermusuh atau sebagainya. Saya juga tidak mahu kerap menghubunginya kerana rasanya tidak elok untuk kembali rapat selepas hubungan suami isteri kami berakhir," jelasnya lagi.

Senin, 04 Februari 2013

Ana Dahlia Serah Soal Jodoh Pada Takdir - Gosip Artis

Pelakon Ana Dahlia meletakkan soal jodoh kepada takdir selepas mengalami kegagalan rumah tangga dengan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia tidak terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya terlebih dahulu.
"Jika ada bertemu dengan sesiapa selepas ini saya anggap itu adalah ketentuan Allah dan sebagai manusia saya menerima ketentuan itu.
"Tetapi buat masa ini saya mahu beri fokus kepada kerjaya terlebih dahulu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Ana dan Chef Riz yang juga anak kepada chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu berkahwin pada 11 Disember 2011 dan bercerai 11 bulan kemudian.

Ana Dahlia
Dalam pada itu, Ana memberitahu, kehidupannya kini lebih tenang dan menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini sebagai satu pengajaran dan mempunyai hikmah disebalik.
Sementara itu, Ana menafikan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki apabila timbul gosip kononnya dia muncul dengan seseorang pada majlis persandingan pelakon Liyana Jasmay di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) malam Sabtu lalu.
"Mungkin lelaki yang didakwa itu adalah jurugambar yang mengiringi saya untuk sesi fotografi di luar dewan yang disangka sebagai teman lelaki saya.
"Saya hadir dengan rakan baik saya iaitu Zandra seorang atlet boling kebangsaan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ana kini sedang sibuk dalam penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Kerana Lelaki Itu untuk siaran TV9 selain bakal ke lokasi Nyiur Nan Setandang di samping pelakon Ezany.

Sabtu, 22 Desember 2012

Ana Dahlia Tidak Mahu Rujuk Kembali Dengan Chef Riz

 Ana Dahlia

  

KUALA LUMPUR – Kurang dari setahun bergelar isteri, pelakon wanita yang berbakat, Ana Dahlia tidak mempunyai hasrat untuk berbaik atau kembali kepada bekas suaminya, Chef Riz.

Seakan-akan fobia dalam melayari bahtera rumah tangga, Ana berfikir tidak mungkin untuk mereka berdua kembali hidup bersama kerana ingin terus maju ke hadapan dalam mencorakkan kerjaya seninya.

Namun, sekiranya sudah tertulis takdir Tuhan untuk dia kembali berbaik dengan anak lelaki Che Wan itu, Ana tidak mampu untuk menolak ketentuan Tuhan.


Chef Riz 


“Namun, untuk bersama dengan Riz semula, mungkin tidak. Tapi, jika Tuhan dah tentukan kami berbaik balik dan memang sudah tertulis jodoh antara kami berdua, saya akan terima.

“Cuma buat masa ini, mungkin tidak rasanya. Saya berazam untuk tahun baru 2013 ini, harap benda yang lebih baik berlaku dalam hidup dan juga karier seni saya,” kata Ana yang dipetik dari laporan portal Gua.com.

Bercerita sewaktu hakim meluluskan prosedur cerai antara mereka berdua, Ana mengakui perasaannya terlalu sedih dan sebak.

Ana berkata, dia kesal kerana manusia tidak pernah berusaha untuk menyayangi insan yang hadir dalam hidup mereka tetapi menyesal setelah insan tersebut hilang.

Kata-kata Ana itu seperti ditujukan kepada Chef Riz walaupun kenyataan itu dibuat secara terbuka dan tidak menjurus kepada individu tertentu.

“Saya rasa sebak, tak tahu nak gambarkan perasaan waktu itu macam mana. Cuma saya sedih kenapa manusia tidak belajar sebelum sesuatu terjadi, kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati dan kenapa dari awal tak cuba sebaik mungkin dalam mengekalkan perhubungan.

“Apapun, semua ini ketentuan serta Qada dan Qadar dari Tuhan dan saya terima dengan redha. Apa yang berlaku saya jadikan tauladan. Saya anggap ini dugaan dari Tuhan,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Rabu, 19 Desember 2012

Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu

Perkahwinan Ana dan Chef Riz gagal dipertahankan apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai.
 

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai status pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu.

Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu.

"Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah," katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium.

Keretakan perkahwinan pasangan tersebut mula dihidu pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan itu.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011.

Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Sementara itu, Ana yang dihubungi pula berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

"Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

"Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah," tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

"Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi," ujarnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Rabu, 07 November 2012

Chef Riz Sah Bercerai Dengan Ana Dahlia



 

Sedihnya bila perkahwinan dorg harus berakhir selepas 11 bulan dorg mendirikan rumahtangga :( Suka tgk pasangan ni taw. Ana Dahlia soooo pretty. Love her. Tp itulah...kesian dia. Her 2nd marriage tak work out lagi :( Harap Ana Dahlia bykkan bersabar.

Punca penceriaan dorg kerana takde persefahaman...hemprhhh :(

"saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”,"  Chef Riz
Tu lah yg susahnya if tak persefahaman :( Pape pun..turut bersimpati dgn mereka. Ada hikmah di sebalik semua ini. All the best buat dorg dan bykkn bersabar.



-- sumber dari mStar
Gosip Panas Mak Kepochi™

Sah!! Chef Riz Dan Ana Dahlia Sudah Bercerai

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia pada 1 Disember tahun lepas di Taiping, Perak hanya tinggal kenangan.

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

Oleh Yusman Awang

Senin, 05 November 2012

Ana Dahlia Kesal Kerana Kahwin Terburu-Buru

Ana enggan mengulas mengenai laporan kononnya dia dan Riz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia tidak berasa bimbang dengan konflik rumah tangganya dengan Chef Riz kerana masalah itu mendapat sokongan daripada keluarga mertuanya iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, menjelaskan suaminya lebih mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.

"Saya bersyukur kerana dalam keadaan sekarang saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga saya dan mertua terutama Papa (Chef Wan) yang sentiasa berada di belakang saya.

"Malah hubungan saya dengan Papa masih rapat dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya.

"Dalam hal ini, Riz lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangga kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama slot Akasia berjudul Cinta Itu Milikku di sini pada petang Isnin.

Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan itu kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.

Dalam pada itu, Ana enggan mengulas mengenai laporan kononnya dia dan Riz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.

Menurut Ana, dia percaya cerita sebenar di sebalik gosip rumah tangga mereka akan dapat dihidu sendiri oleh pihak media suatu hari nanti.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu dan rasanya pihak media sendiri akan tahu sama ada perkara itu benar atau pun tidak," jelasnya.

Bagaimanapun kata Ana, dia mengakui kesal apabila mengambil keputusan terburu-buru berkahwin dengan Riz selepas tiga bulan berkenalan tanpa berfikir panjang.

"Saya akui tempoh perkenalan kami singkat dan terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi apa yang membuatkan saya bersetuju adalah kerana keluarganya cukup baik dengan saya," jelasnya.

  
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.

Sementara itu, Ana berkata, dia sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan terhadap rumah tangganya yang dibina tidak sampai setahun itu.

Dia juga yakin telah melakukan yang terbaik sebagai isteri namun masih menyimpan hasrat agar ia akan berakhir dengan baik.

"Saya mohon jangan menilai diri saya hanya dengan penyebaran cerita yang tidak benar kerana itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

"Bagaimanapun saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun saya berharap ia akan dapat diselesaikan dengan baik.

Berikut adalah beberapa soalan yang diutarakan oleh pihak media kepada Ana mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya:

1. Sejauh mana kebenaran kononnya rumah tangga Ana dan Riz dikatakan sedang bermasalah?

Saya mengakui rumah tangga kami mempunyai masalah tetapi rasanya saya tidak perlu memberikan butiran mengenainya kerana ingin menjaga aib diri saya dan suami.

2. Sejauh mana kebenaran Ana dikatakan curang?

Saya tidak pernah mendekati mana-mana lelaki atau pun curang terhadap suami saya. Riz lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.

3. Benarkah Ana dan Riz ada ke mahkamah untuk mengambil borang permohonan cerai?

Saya tiada komen mengenai perkara itu dan rasanya pihak media akan mengetahui sendiri sama ada cerita itu benar atau pun tidak.

4. Apa kata bapa mertua Ana iaitu Chef Wan mengenai pergolakan rumah tangga anda berdua?

Papa (Chef Wan) adalah seorang yang cukup bijak dan pemikirannya sangat tajam walaupun dia kadang-kadang agak lantang bersuara.Mengenai masalah kami berdua, saya boleh katakan Papa berada di belakang saya dalam menghadapi kemelut ini dan saya sangat bersyukur keluarga berada di sisi saya.

5. Apakah status Ana dengan Riz buat masa ini? Masih suami isteri?

Saya tiada komen mengenai perkara itu. Ia adalah peribadi.

6. Ana sudah bersedia sekiranya masalah ini akan terbongkar kelak?

Ya saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun saya berharap ia akan dapat diselesaikan dengan baik.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Selasa, 30 Oktober 2012

Rumah Tangga Chef Riz Dan Ana Dahlia Sedang Bergolak

Chef Riz dan Ana melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember tahun lalu.
 

PETALING JAYA: Chef selebriti, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengakui perkahwinannya dengan aktres jelita, Ana Dahlia yang belum mencapai usia setahun kini sedang bergolak.

Chef Riz dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo! pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas tentang dakwaan kononnya mereka berdua telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor baru-baru ini.

"Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

"Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Menurut Chef Riz, beliau sebaik-baiknya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai kisah rumah tangga mereka kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan.

Sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak apabila Ana dikatakan telah berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang menganggap ia sebagai kontroversi yang tidak dapat dielakkan dalam dunia hiburan.

Chef Riz, bernikah dengan Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, pada 11 Disember 2011.

Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana merupakan seorang janda.

Jumat, 19 Oktober 2012

'Demi Allah Saya Tak Curang’ – Ana Dahlia



PETALING JAYA – Pelakon Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.

“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja.

“Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami.

“Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.

Ditanya mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan hidup masing-masing.

“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir.

“Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.

“Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?” soalnya.

Kata bekas peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama ini, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu kerana kebenaran sesuatu perkara terletak hanya diketahui oleh Allah.

“Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang.

“Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.

Dalam perkembangan lain Ana berkata, dia mengalami demam dan sakit tekak kerana kurang rehat ekoran komitmen pada penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Itu Bukan Milikku arahan Emi Suffian Sabhe yang pernah mengarahkan Vanila Coklat sebelum ini.

“Saya tidak sihat dan hilang suara sekarang. Mungkin kerana saya kurang rehat dan banyak menjerit untuk babak-babak saya diserang histeria dalam drama terbaru Cinta Itu Bukan Milikku.

“Penggambaran drama ini masih berlangsung sehingga hujung bulan hadapan. Insya-Allah ia akan ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 pada awal November nanti,” katanya. – MStar