Tampilkan postingan dengan label Akhil Hayy. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Akhil Hayy. Tampilkan semua postingan

Selasa, 07 Agustus 2012

Akhil Hayy Tidak Mahu Artis Yang Baru ‘Berhijrah’ Dipergunakan Oleh Ahli Politik

Akhil Hayy
 

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Minggu, 26 September 2010

Wheeda Halang Maizawati Jumpa Anak²nya?


Hermppphh....lom lg over ea krisis di antara dorg dua nih ek. alahai... :( sedih tgk artis² nih bergaduh sesame sendiri. Tp x baik la camtuh kan, halang ibu jumpa anak die sendiri. dah rampas suami die, sudah lah. X yah arr dgn anak² sekali di rampas.


"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak" - Maizawati


Dgr² lg, Akhli dan Waheeda halang Maizawati jumpa dgn anak²nya sbb nk anak² tumpukan perhatian dgn pembelajaran. Adoiyai...sgtttt lah x masok diakalan alasan tuh weh. Agak² la jugak. Ko tuh ustaz, Akhli. Ko lebih arif bab² hukum nih...hemprhh


"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau. Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain." - Maizawati



Ouchh...pedas dan panas wooo sindiran tuh.Adeh....
















Princess Redbloodsnow Copyright

Senin, 30 Agustus 2010

Akhil Hayy + Waheeda = 1 Tahun Sudah


Pd 16 Ogos 2010 yg lalu, genaplah sudah rumahtangga akhil n waheeda setaun. Alhadulillahhh... Peduli lah ape org lain nk kate, ape yg penting...uols halal utk each other, tol x akhil/waheeda? :)

...jodoh di tgn ALLAH SWT. Sumanya adlah ketentuaanNYA ^_^





"Saya kagum dengan Waheeda kerana selepas berkahwin dengan saya, dia sanggup ambil keputusan yang agak mendadak dengan meninggalkan dunia glamornya demi saya dan keluarga" - Akhil Hayy



...Alhamdulillah. Begitu lah hendaknya Waheeda :) Eh..bebaik nyudu kek kat mulut hubby tuh. Kang sudu punyer sudu, tersudu hidung. X ke comot t...haha :P













Princess Redbloodsnow Copyright

Selasa, 16 Juni 2009

Gossip² : WAHEEDA - "Biarlah Dia Terus Memburukkan Saya"


Kehangatan kes Maizawati Zainal-Akhil Hayy-Waheeda memasuki hari keempatnya. Walaupun watak lelaki utama terus mendiamkan diri, yang dituduh “orang ketiga” akhirnya tampil berhadapan media selepas pekung yang tersimpan di dada si isteri selama dua tahun dibuka seluas-luasnya untuk jamuan semua.

Jika Maizawati merasakan dirinya berada di pihak yang benar, begitu jugalah sentimen yang dikongsi Waheeda.

Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Waheeda tetap dengan pendiriannya selama ini untuk bersabar dan sebenarnya, enggan diulas tentang apa yang sedang berlaku. Baginya, walau apa yang diperkatakan, hukuman sudah dijatuhkan ke atasnya sebagai bersalah. Lagipun menurutnya, yang membuka cerita adalah isteri Akhil jadi “biarlah dia hendak kata apapun”.

Jika Maizawati memberitahu kesabarannya sudah sampai ke penghujungnya, Waheeda pula memberi amaran jangan sampai kesabaran dia pula yang hilang.

“Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu.”

Dalam temuramah itu juga, Waheeda menyangkal tuduhan yang dia sudah berkahwin serta dakwaan Maizawati yang walaupun dia sanggup bermadu namun Waheeda yang tidak boleh menerimanya.

“Itu semua tidak benar. Kalau kita baca kembali apa yang dikatakannya itu, itu semua adalah andaian dia semata-mata. Sebenarnya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan pada saya, tanyalah pada orang yang rapat dengannya.”

Ditanya jika ingin bersemuka dengan Maizawati untuk menyelesaikan masalah ini, Waheeda menjawab, “Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?”



~ Source dari www.gua.com ~








Princess Redbloodsnow Copyright©