Minggu, 12 Agustus 2012

Aweera Tidak Meniru Cara Nyanyian Awie

     

"Memang saya minat Awie. Sejak dari sekolah lagi saya minat dia. Apa yang saya maksudkan ialah saya mengidolakan dia. Saya bukan tiru dia," Saya cuma menjadikan dia sebagai idola.  saya", itu kata vokalis kumpulan Mojo, Aweera, 21, kepada MD ketika di temui sewaktu previu tayangan filem Leftwings, baru-baru ini.

Sekaligus menjawab isu berhubung dia didakwa sengaja meniru penyanyi Rock, Awie. Baru-baru ini tercetus kontroversi ekoran laporan sebuah akhbar mingguan minggu lalu, telah disalah erti sehingga menimbulkan salah faham dikalangan peminatnya dan penyanyi rock terbabit.

Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham ni turut menegaskan yang dia tidak pernah memberitahu meniru cara nyanyian Awie ketika ditanya mengenai persamaan yang berlaku di antara mereka sebaliknya mengagumi dan menjadikan penyanyi itu sebagai idola sejak dari zaman persekolahan lagi.

Di samping itu anak kelahiran Kangar, Perlis, ni berkata dia tidak pernah berniat untuk menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya itu sebaliknya sekadar menjawab soalan wartawan apabila ditanya pelbagai soalan.

"Tiada siapa yang boleh tandingi nyanyian juga kredibiliti dia. Saya cuma menjadikan dia sebagai idola. Kalau nak kata saya tiru suara dia, saya ada minta pendapat peminat-peminat saya dan mereka kata, mereka dapat bezakan suara kami", ujarnya yang turut menyatakan rasa terkilan dan kecewa dengan kecaman yang diterima namun tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pun begitu dia mengakui, sikapnya yang suka bergurau mungkin telah menyebabkan salah faham dengan apa yang dikatakannya sehingga dipandang serius oleh sesetengah pihak.

"Bukan nak salahkan sesiapa tetapi memang tiada niat untuk cetuskan apa-apa kontroversi sebegini dan perkara ini juga saya sudah dijelaskan kepada wartawan yang menulis artikel itu. Saya juga telah memberi penjelasan di Facebook saya. saya harap peminat Awie dapat menerimanya," kata bekas peserta One In Million (OIAM3) ini lagi.

Dalam perkembangan lain, Aweera yang akan pulang beraya di kampung halamannya selama seminggu, bakal muncul dengan filem pertamanya berjudul Leftwings yang akan ditayangkan pada 30 Ogos ini.

Oleh Farahanim Rahim  

Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa Supaya Tidak Lupa Diri

Neelofa


Kenapa Neelofa ditegur? Siapa yang tegur Neelofa? Jangan terkejut kerana Datuk Yusof Haslam yang menegur Lofa supaya tidak lupa diri. Pasti ada sebab tertentu mengapa Datuk menegur Lofa sedemikian.
Rupa-rupanya Lofa ditegur kerana Lofa dikatakan tidak memberikan kerjasama bagi mempromosikan filem terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam iaiti S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) arahan Syafiq Yusof.
Ketika majlis pratonton filem berkenaan, Lofa langsung tidak menunjukkan diri.

Datuk Yusof bukan sahaja dikatakan marah namun beliau berasa kecewa dengan sikap Lofa kerana baru setahun jagung di dalam industri ini tetapi lagaknya kalah Primadona Filem Melayu, Erra Fazira. Sesiapa sahaja pasti akan marah dengan situasi seperti ini kerana Lofa apabila cuba dihubungi, tetapi tidak dilayan oleh Lofa. Sms juga tidak berbalas.

Datuk Yusof Haslam

Adakah Lofa sudah besar kepala? Adalah lebih baik kita tunggu sahaja penjelasan Lofa. Mungkin dia ada alasan yang kukuh atas kejadian ini. Dengar cerita juga, ada sumber yang mengatakan bahawa Lofa tidak hadir kerana dia cuma memegang watak kecil sahaja di dalam filem S.A.M. Betul ke?

Kebenarannya hanya Lofa yang tahu. Kita jangan terus menghentam Lofa. Kita tunggu sahaja penjelasan dia. Adakah dia sengaja tidak hadir kerana dia perasan diva ataupun kerana dia mempunyai alasan yang kukuh.

Bagi peminat filem tanah air, nantikan kemunculan filem arahan Syafiq Yusof, S.A.M yang akan menemui peminat di pawagam bermula hari khamis ini 16 Ogos ini menerusi tayangan tengah malam, diikuti tayangan serentak seluruh Malaysia pada 1 Syawal.

Hidup Scha Al Yahya Lebih Teratur Selepas Menjadi Isteri

Scha Al Yahya berasa tenang menjadi isteri Awal.



PETALING JAYA: Alam perkahwinan yang dilalui aktres Scha Al Yahya sejak Mei lalu membuatkan dia lebih tenang dan mempunyai rutin hidup yang teratur.

Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, perubahan yang dialami selepas tiga bulan bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari menjadikan dia insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.

“Selepas tiga bulan menjadi isteri Awal, saya dapat rasai satu perubahan besar dalam diri berbanding zaman bujang dulu. Saya semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan hari ini.

“Sebelum ini, saya hanya jalani hidup tanpa rutin dan tanggungjawab tertentu tetapi alam perkahwinan ini banyak mengajar saya mengenai perancangan dan disiplin,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu bernikah pada 4 Mei lalu di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dekat sini.

Aktres yang mencipta nama menerusi siri Awan Dania ini berkata, status isteri orang yang digalasnya turut membuatkan dia berasa lebih selamat dan tenteram.

Scha dan suaminya, Awal ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.


“Mungkin inilah kuasa sesebuah perkahwinan. Selain ketenangan, saya akui berasa lebih selamat kerana menggalas status isteri orang.

“Saya dan Awal berkongsi dalam segenap perkara dan tiada apa yang perlu disorokkan, sekali gus menjadikan ikatan kami lebih kuat. Malah, ia menjadikan kami lebih mengenali satu sama lain,” jelasnya yang belum memikirkan soal zuriat.

Ditanya mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan sebagai isteri, Scha berkata, dia hanya terlibat dalam komitmen lakonan pada minggu pertama puasa saja.

“Saya hanya berlakon pada minggu pertama Ramadan. Untuk baki bulan puasa ini, saya tumpukan perhatian pada perniagaan kios Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita di samping suami.

“Selebihnya, saya hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Apa-apa pun, keutamaan semestinya pada hal ehwal suami dan rumah tangga,” kongsinya yang baru menamatkan penggambaran filem Dampak.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Daripada Suaminya

 Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bersama anak-anak mereka.(Gambar fail)

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad.

Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita pada Ahad.

Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Rita menerima SMS berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami.

Dalam perkembangan berkaitan Rita menambah, selama ini Aidil juga banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting.

Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan.

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Oleh NIEZAM ABDULLAH

Sabtu, 11 Agustus 2012

Tiz Zaqyah & Nicholas Saputra Sambut Aidilfitri Bersama?


Aha! Kalau anda tertanya-tanya, siapakah Nicholas Saputra? Come on..., masa kan anda boleh terlupa pada Rangga. Karakter dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? yang mana menjadi idaman ramai gadis dunia nyata yang bukan saja di seluruh belantika Indonesia tapi juga di bumi Malaysia. Tapi... ada apa Nicholas dengan Tiz Zaqyah?

Baru-baru ni, Tiz melalui Facebook beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan bintang Indonesia itu kini sedang berada di Malaysia untuk menjalani sebuah pengambaran.

Difahamkan, pengambaran tersebut bukankalah menuntut Nicholas Saputra mahupun Tiz berlakon drama atau filem. Tetapi ianya adalah untuk pengambaran sebuah iklan baru bersempena kedatangan Aidilfitri.

Tidak dapat dipastikan keluaran siapa juga bagaimana jalan ceritanya tetapi iklan raya ini turut melibat Tiz Zaqyah, Fatimah Abu Bakar & juga Sam Bunkface.

Iklan raya Aidilfitri yang melibatkan gandingan bintang popular dua negara ni pastinya menarik! Sama-sama kita tunggu sajalah hasil yang bakal yang keluar. Sementara itu, anda boleh tatap dulu foto-foto dari Facebook rasmi Tiz Zaqyah.




*Bila tiba musim raya, terasa rindu dengan iklan-iklan Petronas hasil kreativiti Allahyaraham Yasmin Ahmad.



- mD

Rihanna Puji Kehebatan Yuna di Twitter

   
Kalau di arena sukan tanah air kita ada ada' raja dan ratu atlet' yang cukup kita  bangga, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, yang mana mereka sekarang menjadi topik perbualan hangat ramai. Tak kurang juga di persada hiburan, kita ada Yunalis Zarai @ Yuna. Anak Malaysia yang kini sedang rancak mengembangkan empayar seninya di benua Amerika. Yuna sekarang sibuk dengan konsert jelajahnya di sana.

Rata-rata pencinta muzik tanah air memang sedia mengagumi bakat serta kredibiliti yang dimiliki penghibur bertaraf antarabangsa ini. Dan bukan saja kita rakyat Malaysia, malahan Yuna sudah membuktikan dia mampu mencuri hati ramai peminat muzik tak kurang selebriti terkenal Hollywood.

Malam tadi, sekali lagi Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian daridada penyanyi antarabangsa popular, Rihanna.

Rihanna menerusi Twitter rasminya telah memuji kehebatan pelantun Terukir Di Bintang ini. Dan tak lama kemudian Yuna membalasnya dengan ucapan terima kasih.

Mula-mula ni, di Twitter lah. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di sana dan siapa tahu, salah seorangnya adalah dengan Rihanna. Mudah-mudaha ada lagi khabar membanggakn yang akan dibawa Yuna untuk kita semua.

Yuna sebelum ini pernah muncul di rancangan bual bicara popular Amerika, Conan, sekitar April lalu. Di samping lagu berjudul Live Your Life yang dimuatkan di dalam album versi Amerikanya merupakan satu di antara lima lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi beliau bersama penyanyi Rap terkenal, Pharrell Williams.



- mD

Jumat, 10 Agustus 2012

Ariel Ucapkan Terimakasih Kepada Luna Maya



Nazriel Irham atau kerap disapa Ariel hari ini, Kamis, 9 Agustus 2012, bersama rekan-rekannya yang tergabung dalam band Noah merilis sebuah buku bertajuk "Kisah Lainnya".

Dalam buku tersebut Ariel menyinggung perihal Luna Maya. Bahkan, Ariel sempat mengungkapkan rasa terimakasih karena dari Luna, ia bisa membuat lagu berjudul Dara.

Lagu Dara terinspirasi ucapan Luna ketika kami berada dalam