Tampilkan postingan dengan label Yatt Hamzah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Yatt Hamzah. Tampilkan semua postingan

Kamis, 07 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Yatt Hamzah Tolak Watak Jahat Selepas Berhijab

Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah terpaksa menolak watak wanita jahat keterlaluan yang ditawarkan kepadanya selepas membuat keputusan berhijarah dengan bertudung litup. OGA rasa bagus juga tindakan Yatt ni. Sebagai artis muslimah yang bertudungharus sentiasa menunjukkan teladan dan kesopanan  kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat hari ni.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 33, berkata, dia risau sekiranya watak seperti itu memberi impak negatif buat penonton, namun tidak menolak sekiranya watak itu mampu memberi pengajaran kepada penonton.

"Diakui dulu saya ambil watak-watak jahat yang ditawarkan. Tetapi tidak lagi sekarang melainkan watak itu tidak keterlaluan.
"Saya hanya menerima tawaran berlakon sekiranya diberi watak wanita yang baik atau yang memberi pengajaran kepada penonton," katanya.
Yatt ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss dan pengumuman Yatt sebagai duta jenama berkenaan di Hotel Flamingo by The Lake di sini, petang Khamis.

yatt hamzah
Yatt Hamzah Duta Baru Produk Felinna
Pada majlis itu pihak Felinna yang diwakili oleh Nadea Felinna Ed Fatah dan suami, Rafie Ramlie turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Dana Palestin, melalui badan bukan kerajaan, Usrah Fitrah.

Sumbangan tersebut merupakan hasil jualan yang diperoleh menerusi potongan RM1 bagi setiap produk berkenaan untuk disalurkan ke tabung tersebut.

Dalam pada itu Tambah Yatt, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dan lebih memilih mengikut kesesuaian imejnya yang berhijab.

Walaupun mengaku mula mengurangkan aktiviti lakonannya, namun dia percaya rezeki sentiasa ada untuknya.

"Rezeki yang Allah beri kepada umatnya amat luas. Alhamdulillah, walaupun banyak tawaran lakonan yang saya tidak boleh terima, tetapi saya tetap mendapat tawaran lain seperti yang saya inginkan.
yatt hamzah
Yatt Hamzah
"Bukan itu sahaja, saya juga diberi peluang untuk hadir ke sesebuah ceramah berkongsi pengalaman diri tentang penghijrahan saya," ujarnya.
Beritahu Yatt, dia juga bersyukur apabila diberi peluang untuk menjadi duta produk Felinna dengan mengikat kontrak selama setahun.

"Alhamdulillah, Allah menambah rezeki saya dengan menjadi duta kepada produk Felinna.
"Saya diberi peluang untuk mencuba produk mereka iaitu krim pelangsingan badan bernama ' InchLoss' sebelum membuat keputusan untuk menjadi duta produk mereka.
"Selepas beberapa kali memakainya, ternyata ia memberi perubahan pada tubuh badan saya.
"Dan sekarang ini Felinna bakal mengeluarkan produk pelangsingan yang lebih efektif pula iaitu XLoss," katanya.
Felinna Inch Los Lotion adalah gabungan bahan-bahan terpilih yang diformulasikan dengan tambahan 30 juzuk bacaan Al-Quran.

Jumat, 16 November 2012

Yatt Hamzah Tidak Suka Digelar Sebagai Ustazah

 

KUALA LUMPUR – Penghijrahan pelakon wanita, Haryati Hamzah, 32, atau nama singkatannya, Yatt Hamzah menjadi muslimah yang baik tidak menghentikan kontroversi dalam hidupnya.

Yatt sering dilihat hadir ke majlis-majlis tertentu dengan lengkap berpakaian menutup aurat ditambah dengan sentiasa bersarung tangan.

Ekoran berpenampilan dengan sarung hitamnya, ada pihak-pihak tertentu yang memanggil Yatt sebagai ustazah.

Dengan gelaran yang diberikan, Yatt tidak menafikan dia terasa hati dengan persepsi tersebut kerana mungkin umum tidak memahami pendirian dan perubahan yang dirinya alami.

Kata Yatt yang dipetik dari Sinar Harian, ada tujuan kenapa dia sentiasa memakai sarung tangan hitam.

“Memang saya terasa hati dengan gurauan itu. Kenapa mereka perlu melabelkan saya sebegitu? Mungkin mereka masih tidak memahami pendirian dan perubahan ini.

“Ada juga sesetengah golongan bukan muhrim yang sengaja mahu menduga saya dengan menghulurkan salam,” kata Yatt.

Walaupun dilabelkan sedemikian, Yatt ikhlas dengan perubahan diri yang dialaminya.

Dia mahu orang ramai mengerti dan memahami dirinya tetap seperti dahulu.

Cuma, pegangan hidup Yatt sahaja yang berubah sejajar dengan tuntutan syariat Islam.

“Sebab itulah saya sentiasa memakai sarung tangan untuk mengelak daripada bersentuhan. Namun, apa yang pasti, saya masih Yatt yang dahulu, hanya pegangan sahaja yang berubah,” kata Yatt.

Bercerita mengenai perjalanan kerjaya lakonannya, Yatt sekarang ini dilihat jarang membintangi drama-drama tempatan.

Ibu kepada seorang anak itu menjelaskan banyak tawaran yang diterima tidak sesuai dengan penampilan barunya ketika ini.

Pun begitu, Yatt bersyukur kerana masih lagi mampu mencari rezeki melalu bidang seni yang lain.

“Banyak watak tidak bersesuaian dengan imej dan pendirian saya. Jadi, ia secara tidak langsung mengekang diri saya untuk terus berlakon.

“Bukan tiada langsung, masih ada, tapi kurang. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu mencari rezeki dengan cabang seni lain seperti menghadiri ceramah sebagai tetamu jemputan,” terang Yatt.