Tampilkan postingan dengan label Nurul Wahab. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nurul Wahab. Tampilkan semua postingan

Kamis, 07 Juni 2012

Gambar Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp



Bagai pinang di belah dua seyyyy dorg dua ni. Eric Depp atau nama islamnya Eric Daniel Depp (47 tahun) telah pun sah bergelar suami isteri dgn bekas ister penyanyi/komposer Ajai, Nurul Wahab (35 tahun) di Duchess Place, Ampang pada 6/6/2012 yg lepas :)

...lawa seyyy pelamin dorg. warna tema majlis perkahwinan dorg pun lawa gak. sejuk mata memandang...hehe. Meh layan beberapa keping gambar² perkahwinan dorg yg di ambil oleh Red Photography











Seriously, cantik dan anggun giler ah Nurul ni. Cam anak dara je...muka and badan maintain. Nak mintak rahsia pejagaan muka dan bdn nurul ah, kalau ginie...:P Ceaa...mcm lah dpt...hehehe







Alolololo...dancing dancing seyyy. Romantik! hehehe. suka sgt dgn semua pic yg di ambil oleh Red Photography ni. Nice ^_-






FYI, hanya SEKALI LAFAZ je ea (yayy...geng my husband! pun sekali lafaz gak)....semuanya sah sudah menjadi yg halal buat each other ^_- Oh ye, lafaz akad nikah di lafazkan dlm bhs english ek :)


Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak EURO5,000 (kira-kira RM20,000). Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Perghhhh! cayalah...hantaran byk tue wooooo. Jeles ai...hehehe :P Pape pun, zie doakan buat Nurul agar perkahwinan kali ni akan kekal utk selamanya dan di anugerahkan anak² yg soleh/solehah dan comel² belaka...aminnnn :)










Gosip Panas Mak Kepochi™

Rabu, 06 Juni 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Detik Bahagia..Eric Daniel Depp mengucup dahi isterinya Nurul selepas diijabkabulkan.

Ayu Nazirah (tengah) di samping ibunya penyanyi Nurul Wahab dan bapa tiri Eric Depp pada majlis pernikahan mereka di Duchess Place di sini, Rabu.







KUALA LUMPUR: Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).

Nurul turut menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.

Pada majlis itu, emosi Nurul tersentuh dan dia tidak henti-henti mengalirkan air mata ketika memberikan ucapan kepada 200 tetamu. “Saya terlalu terharu dan bersyukur dengan perkahwinan ini. Maklumlah sepanjang lima tahun bersendirian, saya menempuh pelbagai dugaan secara sendirian sehinggalah Tuhan mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang begitu penyayang dan ikhlas. “Eric lelaki yang sangat matang dan menerima diri saya seadanya. Dia juga sangat menghormati semua ahli keluarga saya,” kata Nurul.

“Pertemuan kami terjadi di majlis rumah terbuka hari raya rakan kami, Zahidah Rafik pada September 2010. Sejak mengenali Nurul, saya mulai faham budaya Melayu dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Malaysia,” kata Eric yang ditemani ibu bapanya, Roland dan Germaine Depp.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.

Majlis diacarakan oleh pelawak Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamsiri.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.












Kredit Gambar: budiey.com

Selasa, 05 Juni 2012

Nurul Wahab Nikah Esok



Saat ini, pastinya hati insan bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul, 35, sedang berbunga-bunga, gembira bercampur gementar (MD dah macam tukang tilik la pulak...), menanti detik bahagia. Kurang lebih, 24 jam saja lagi penyanyi hitam manis ini bakal menamatkan status ibu tunggal yang telah dipegang selama enam tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Azali ni bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, 47, seorang berketurunan Perancis.

Acara ijabkabul akan berlangsung di satu majlis penuh eksklusif sekitar jam 10.30 pagi (Rabu) bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang. Dijangka seramai 200 tetamu jemputan yang akan hadir.

Lebih istimewa majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman para tetamu yang datang dari pelbagai bangsa.

Difahamkan ibu bapa bakal suaminya telahpun sampai dari Perancis pada 25 Mei lalu. Begitu juga anaknya Ayu Nazirah, 14 yang juga telah menemani Nurul Wahab bagi membuat persiapan bersama-sama sejak bermulanya cuti sekolah.

Nurul yang bakal menyarungkan persalinan indah rekaan Rizman  Ruzaini, manakala bakal suami akan menggayakan sut rekaan Bon Zainal.

Dikhabarkan juga sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

MD doakan semoga majlis pernikahan nanti berjalan dengan lancar dan selamat pengantin baru (lebih dulu), semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

- mD