Tampilkan postingan dengan label Lisdawati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Lisdawati. Tampilkan semua postingan

Rabu, 16 Januari 2013

Panas!! Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang

Fauzi Nawawi bersama isteri, Lisdawati




Kuala Lumpur: “Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” kata pelakon Fauzi Nawawi mengenai kenyataan Rita Rudaini terhadapnya.

Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama terbaru, Kerana Sarah arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Fauzi berkata, dia bersikap profesional berdepan situasi itu dan menghormati permintaan Rita kepada pihak produksi yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.

“Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Sebagai pelakon dan suami, dia berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku antara Rita dengan isterinya.

Lisdawati pula berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan komitmen pada lakonan dalam drama ini. Malah, penggambaran berjalan lancar membabitkan adegan dia bersama Rita.


Rita Rudaini 


“Kami hanya terus berlakon apabila di lokasi penggambaran. Suatu ketika dulu kami memang rapat seperti belangkas, tetapi sampai sekarang, saya tidak tahu apa punca kami bersengketa,” katanya.

Lisdawati dan Rita pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka bergaduh dalam satu adegan di kolam renang ketika bersama membintangi drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir, tujuh tahun lalu.

Akibat kejadian itu, Lisdawati membuat laporan polis kerana mendakwa dicederakan Rita ketika penggambaran di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Oleh Elrafaei Sapi

Lisdawati & Rita Rudaini Berdamai Selepas 7 Tahun Bermusuhan

 Lisdawati


KUALA LUMPUR: Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.

Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.

"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya kepada mStar Online.

Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.

Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.



Rita Rudaini


Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.

"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK & WAHIDUZZAMAN

Senin, 22 Juni 2009

Fauzi Nawawi: "Saya Akan Pertahankan Rumahtangga Saya"


“Saya akan pertahankan rumah tangga saya, menjaganya walau apapun yang terjadi. Saya tidak akan merosakkannya,” luah Fauzi Nawawi bila diminta mengulas tentang cakap-cakap nakal bahawa rumah tangga yang dibina bersama Lisdawati hampir dua tahun lalu kini mula bergolak.

Jelasnya, khabar angin itu timbul apabila dia dan isteri jarang muncul bersama di majlis-majlis. Tanpa usul periksa, andaian dibuat yang rumah tangga mereka mula menampakkan keretakan.



Tetapi ramai tidak tahu, ketika dia (Lisdawati) sibuk menjalani penggambaran ‘Matahari’, saya ada melawatnya di set. Adakalanya, saya bawa anak kami (Nur Aini Farhana Fauzi yang sudah berusia setahun) bersama.”

Tambah Fauzi yang ditemui tengah hari tadi selepas siaran Wanita Hari Ini, rumah tangga mereka tidak pernah ada masalah besar walaupun setakat bertekak kecil dan berselisih pendapat itu perkara biasa. Malah mereka kini merancang untuk menimang anak kedua.

“Kami nak dua orang anak. Kalau boleh, kami inginkan anak lelaki tetapi apa saja yang Tuhan bagi kami terima dengan rela,” katanya yang juga mendedahkan dia dan isteri sedang merancang untuk berbulan madu buat kali keduanya.

Tapi tidakkah terasa ‘tension’ dengan gosip-gosip seperti itu?



“Tension tapi kami harus menerimanya. Apabila sudah diputuskan untuk menerima gelaran ‘artis’, kami harus bersedia untuk menerima tohmahan dan cacian orang. Kita tidak boleh tutup mulut orang atau puaskan hati mereka. Tetapi akhirnya mereka akan tahu dan tengok sendiri perkara sebenar.”

Ditanya jika dia fobia melihat keadaan semasa dimana perceraian di kalangan artis seakan sudah menjadi satu ‘trend’, Fauzi menjawab, “Saya tak takut untuk diri saya, hanya pandangan masyarakat.”

Jelasnya sekarang ini terlalu banyak perkara negatif dari positif tentang artis. Dari pandangan masyarakat, perkahwinan artis seperti satu lakonan, sekejap kahwin sekejap cerai.

“Saya taknak persepsi seperti itu. Saya nak perkahwinan saya tahan sampai akhir hayat. Tapi adakalanya apa yang berlaku itu takdir. Artis pun manusia. Mungkin kerana masing-masing sibuk, sebab itu timbul masalah. Bila sudah jarang jumpa, perselisihan faham akan tercetus dengan mudah, dan jika ia melibatkan pertengkaran, perkara itu akan menjadi lebih besar.

“Sebaiknya, suami dan isteri perlu kerap menggunakan kemudahan yang ada seperti handphone, e-mail untuk berhubung. Masa bercinta tu boleh call 10, 20 kali sehari, mengapa tidak selepas berkahwin? Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak produksi kerana menawarkan kami peluang berlakon bersama kerana ia memberi peluang untuk saya dan isteri memupuk kasih sayang kami.

“Sekarang ini ada beberapa iklan yang kami lakonkan bersama (seperti Johnson’s Baby Milk Bath). Saya taknak apa yang dilakonkan itu berlainan dari realiti. Saya ingin apa yang dipaparkan itu adalah kami sebenarnya.”

Memuji lakonan isteri
Gandingan Fauzi dan Lisdawati memang disenangi banyak produksi. Selain iklan, mereka sudah tiga kali bekerjasama untuk drama TV, bermula dengan ‘Dewi Cinta’ tahun lalu, diikuti dengan ‘Matahari’ (TV3) dan baru-baru ini, telemovie ‘Buih-Buih Cinta’, arahan Osman Ali.



Saya seronok berlakon dengannya (Lisdawati). Dia seorang artis yang bagus malah pernah memenangi Anugerah Skrin (2005, Pelakon Wanita Terbaik) dan pelakon wanita harapan (Festival Filem Malaysia ke-16). Dalam ‘Buih-Buih Cinta’, dia banyak membantu saya mendalami watak saya.”

Diakui Fauzi, mereka banyak menerima tawaran untuk berlakon bersama tetapi kebanyakkannya terpaksa ditolak kerana “jika terlampau banyak orang akan jadi muak”. Tambahnya lagi, apa yang dilakonkan di depan kamera sebagai pasangan berbeza sekali dari kehidupan sebenar.

“Sebelum masuk set, kami masih suami isteri tetapi bila di dalam set, hubungan kami sebagai kawan,” jelasnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama eToyol.com (episod pertama akan mula siaran esok di TV3, jam 4.30 petang) dan ‘Kalis’ (RTM2).

Di dalam ‘Buih-Buih Cinta’, yang bakal disiarkan di TV3, Fauzi memainkan watak Sidek, seorang doktor yang tidak dapat melupakan kekasihnya Mila yang meninggal dunia apabila terlibat di dalam satu kemalangan, walaupun sudah selang beberapa tahun dan kini bergelar suami kepada Soraya, lakonan Lisdawati.




Sumber dari Gua.Com.My



Princess Redbloodsnow Copyright