Tampilkan postingan dengan label Jimmy Shanley. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Jimmy Shanley. Tampilkan semua postingan
Jumat, 02 Agustus 2013
Gambar Terbaru Zahrah Rania, Anak Jimmy Shanley
Diam tak diam anak perempuan Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley sudah pun berusia dua tahun.
Walaupun jodoh di antara Jimmy dan bekas isterinya Nursuhaila Suhaimy tidak berpanjangan namun pelakon dan pengacara ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada puteri tunggalnya itu.
Baru-baru ini, Jimmy ada berkongsi gambar terbaru permata hatinya itu di laman Twitternya dan Zahrah kelihatan semakin comel persis wajah bapanya.
Diharapkan semoga anak Jimmy membesar dengan bijak dan sihat serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
Rabu, 10 Oktober 2012
Jimmy Shanley Sah Bercerai Dengan Tebus Talak Seringgit
SUBANG - Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Jimmy, 32, sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.
Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.
Jimmy yang pernah mengacarakan rancangan Trek Selebriti juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka.
Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya.
"Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah," katanya.
Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai.
Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1.
"Sehubungan itu, pihak kami bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik.
"Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam," katanya.
Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan.
Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.
Sa'adiah berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
"Pihak-pihak telah tidak tinggal sebumbung selama 720 hari dan tidak pernah melakukan hubungn kelamin sejak itu," katanya.
Perkara itu diakui peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh.
Abd Halim kemudian mengarahkan pasangan itu membaca lafaz khuluk sebelum membenarkan jatuh talak satu bain subra serta mengarahkan Nursuhaila bersuci edah tiga kali.
Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Kamis, 21 Juni 2012
Jimmy Shanley Tidak Mahu Selesai Kes Di Luar Mahkamah
Nursuhaila Eliani Suhaimy
KUALA LUMPUR: Isteri kepada pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy telah bertemu dengan suaminya secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes penceraian mereka supaya dapat diselesaikan di luar mahkamah secara baik.
Suhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy agar dapat berpisah dengan baik selain hubungan mereka kekal menjadi seperti sahabat.
"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah.
"Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu.
Bagaimanapun kata Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Dalam pada itu, Suhaila mempersoalkan tindakan Jimmy yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Shanley sedangkan dia tidak pernah menghalang suaminya itu daripada menjenguk kanak-kanak itu.
Jimmy dan Suhaila.
Suhaila mendakwa, Jimmy jarang berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini untuk bertanya khabar mengenai anak tetapi ibunya iaitu Datin Muniroh Kassim yang sering membawa Zahrah bertemu dengan Jimmy.
"Pintu rumah saya sentiasa terbuka luas untuk Jimmy. Dia boleh datang menjenguk anak tetapi hanya sekali, dua sahaja dia berbuat demikian. Namun tidak dinafikan saya memang tidak membenarkan anak bermalam dengan Jimmy kerana dia masih menyusu badan," ujarnya.
Sementara itu, Suhaila berkata, dia tidak dapat menghalang Jimmy daripada mengeluarkan pelbagai kenyataan sama ada di dalam mahkamah atau kepada media mengenai rumah tangga mereka.
Suhaila memberitahu, dia tidak akan membalas sebarang kenyataan Jimmy kerana enggan mengaibkan suaminya itu dan akan terus berdiam diri.
"Seperti yang saya katakan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan dia boleh kata apa sahaja mengenai diri saya," katanya.
Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.
Kes melibatkan kedua-dua pasangan ini sedang berlangsung di Mahkamah Syariah dengan permohonan permohonan nusyuz terhadap Suhaila selain hak penjagaan anak (hadanah).
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Minggu, 10 Juni 2012
Datuk Suhaimi - "Jimmy Shanley Tidak Layak Jadi Menantu Saya"

**sumber dari BeautifulNara**
Siapa yg tgk Melodi ahad lepas, sure ada tgk keterangan Datuk Suhaimi ni ttg pergolakkan masalah rumahtangga anaknya, Suhaila dan jimmy Shanley. Zie lak terlepas tgk melodi coz dok sibuk tgk DVD secara marathon..hehehe :P
...but, zie tak missed baca BeautifulNara taw. So zie tak ketinggalan ler dlm dunia gosip nih..lalala :P
Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.
Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus - Datuk Suhaimi
Tu la pasal, kan. setuju gak dgn apa yg di kata oleh Datuk Suhaimi ni. Kalau dh bini sebegitu, nak buat apa lg utk di peristerikan. Lagipun jalan damai pun dh tak kelihatan. dua² dorg (Suhaila-Jimmy) masing² buka aib masing².
...pape pun, weols sbg org luar ni. Ikut je la perkembangan. Jgn tuding jari siapa yg salah siapa yg tak. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya terjadi. Walaubagaimana pun, zie harap lepas ni takde lg kuar statement kat media...
aib yg dlm kain pun terkeluar lg. All the best buat Jimmy dan Suhaila.
Gosip Panas Mak Kepochi™
Selasa, 15 Mei 2012
Jimmy Shanley Dakwa Isteri Akui Mengandung Anak Luar Nikah

**Sumber dari BeautifulNara**
SMS daripada isterinya yang diterima oleh Jimmy Shanley berbunyi:-"Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung."
Jimmy kemudian membalas SMS tersebut dengan bertanya anak siapakah yang dikandungi. Kemudian isterinya membalas:-"Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah"
Mengucap pjg zie baca SMS dorg laki bini. Part yg paling zie sedih bila Suhaila kata "Anak haram"...oucch! kesian sesgt dgn anak dorg yg tak berdosa apa² di chop anak haram gitu. Anak tu tak haram, tp perbuatan mak pak dorg tu lah yg haram...hemprrhhh.
...nampak cam mmg dh takde penyelesaian yg baik utk kes tuntutan isteri kembali taat dgn suami yg di failkan oleh jimmy ni. Semakin lama...semakin byk aib terbuka. Hemprhhh...
Gosip Panas Mak Kepochi™
Kamis, 03 Mei 2012
Jimmy Nafi Sindir Ibu Mentua Dalam Drama Tanah Kubur

**Sumber dari mStar**
Apalah masyarakat ni. Dah pun DRAMA TV mestilah jln cerita takde kaitan dgn yg hidup ataupun yg sudah mati, apa. Ni tak...hemprhhh. Aritu tu, kat drama pengajaran "Tanah Kubur", Jimmy ada ler berlakon dlm drama tu ttg balasan manusia yg jd gijolo.
Ada ka patut Jimmy dikatakan menyindir ibu mentua dia??? Hey, HELLO! Its just a drama lah beb. Jgn keruhkan lg keadaan family problem dorg arrr. Ngoks betul mereka yg berkata gitu. Ada ka patut.
“Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir.
“Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” Jimmy Shanley
Entahnya org yg berspekulasi bodoh tu. Kang nnti tak pepasal mak mentua dia mengamuk Jimmy. Please la....drama je pun tu. Lain la if mak mentua dia "makan cili terasa pedas". Yg itu lain cerita lah kan. But i dont think so emak mentua dia bergijolo bagai. Tuduhan ke atas Jimmy tu seolah² mengatakan secara halus yg emak mentua dia bergijolo bagai.
...uols ni punnnnn lah. Tak baik taw gitu. Dah lah fitnah ke atas jimmy, fitnah secara tak langsung ke atas mak mentua dia plak. hishhhh!
Gosip Panas Mak Kepochi™
Kamis, 28 Juli 2011
Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley TANPA Kehadiranya :(

Majlis cukur jambul Zahrah Shanley, anak kepada Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani berlangsung di rumah keluarga sebelah Nursuhaila di Sungai Buluh, malam tadi. Seramai 100 jemputan yg hadir termasuk pihak media.
kelibat Jimmy Shanley tak kelihatan :( Tp dgr khabar, Jimmy dtg bila berakhirnya majlis itu pada pukul 11 malam (27/7/2011).








Kesiannnnnn sesgt bila mak kepochi tgk dlm pictures takde gamba Jimmy Shanley :( It supposedly Jimmy yg sepatutnya berdiri di sebelah Suhaila n berbaju sedondon dgn Suhaila...bukan ayah suhaila..hemprhhh.
Cam tersisih dan di sisihkan ler plak Jimmy...adoiyaiii. Dgr²...suhaila dh upah peguam utk uruskan proses suhaila mintak cerai :(
Kenapa perceraian menjadi pilihan suhaila? :( Hemprhhhh...
Gosip Panas Mak Kepochi™
Rabu, 27 Juli 2011
Isteri Jimmy Shanley Buka Pekung Di Dada :(

Kalau selama ini kita dgr luahan hati dari sebelah pihak je, which is dari Jimmy je. Haaa nahh...skrg bini dia dh tak nak berdiam diri sudah. Menurut Suhaila, jimmy terlalu mengongkong dan memukulnya.
...part mengongkong to leh di terima. but part MEMUKUL...??? Cam tak caya je Jimmy gitu :(
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.." - Suhaila
Seriously uols...hard utk Zie percaya. Tp itu lah, rumahtangga org. Maybe Jimmy buat gitu bersebab. If tak bersebab...gilo apo pukul perempuan.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Yg tang tak benarkan kuar bersama kwn² tu...alaaa, adat ler kalau dh bersuami. For sure punya suami tak akan benarkan kita ke tmpt lepak yg merosakkan akhlak ar. Or bergaul dgn kawan² yg sosial.
...dh tentu suami tak suka, tol tak uols? tp itu lah...if kwn²suhaila tak gitu, then mmg x sepatutnya Jimmy kongkong gitu lah.

Meh kita baca maklum balas dari Jimmy ttg kes pukul memukul tu. Kena dgr dari dua² pihak ^_-
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” - Jimmy Shanley
Seee...ai told u noks, for sure punya BERSEBAB. Tu la..kalau tak nk kena tampo, jgn degil...hehe. Pape pun, zie doakan hubungan mereka kembali spt sedia kala. Jgn sampai terjadi perceraian ar.
...namo ar cerai². All the best for them n baby Zahrah :)
-- Sumber gosip dari mStar --
Gosip Panas Mak Kepochi™
Rabu, 25 Mei 2011
Isteri Jimmy Shanley Dijangka Bakal Melahirkan Pada Julai
"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani)

**sumber dari mStar**
Alahaiii...kesian lah baby yg bakal di lahirkan nnti, tanpa kehadiran seorg ayah. Ye lah...mak pak duduk tak sebumbung selepas 20 hari berkahwin pd tahun lepas. Seriously, kesian zie tgk jimmy shanley.
...FYI, jimmy lama dh memfailkan permohonan nusyuz dan kembali taat kepada isterinya. Hemprhh, zie doakan jodoh di antara mereka still kuat...Amin. Kesian kat baby nnti...
Gosip Panas Mak Kepochi™
Senin, 10 Januari 2011
Pekahwinan Jimmy Shanley - Suhaila Sdg Di Landa Badai Ker Ek?

Uiii...sdg bergelora ker rumahtangga jimmy ek? Alaaa...namo arr gitu. Baruuuuu je kawen taw. X sampai lg setahun :( Dgr khabar, jimmy dilihat muncul di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, Isnin.
Apa sebenarnya yg berlaku ea? Jimmy eggan mengulas lebih lanjut ttg pekara nih coz ingin menjaga nama baik mentua n certain people.
Pape pun jimmy, hope both of u can make it through :)
Gosip Panas Mak Kepochi™
Minggu, 03 Oktober 2010
Majlis Persandingan Jimmy Shanley Dan Suhaila

Wahhh...best ah Jimmy n wife tuh. Tokti n Tok K yg turut menepung tawar..vavavava curlass noks! ^_^ Hehehe. majlis resepsi Jimmy & Suhaila nih berlangsung kat Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Bertemakan “timeless white romance"...wahhh best ah tema uols. jeles mak noks..hehehe

Pape pun...Mak Kepochi doakan uols bahagia sehingga ke aher hayat ^_^ Aminn....
Princess Redbloodsnow Copyright
Langganan:
Postingan (Atom)


