Tampilkan postingan dengan label Irma Hasmie. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Irma Hasmie. Tampilkan semua postingan

Selasa, 09 Juli 2013

Irma Hasmie Dan Suami Bergilir-Gilir Jaga Anak

Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer bersama putera sulung mereka, Redza Syah Irfhan.


Walaupun tiada pembantu rumah juga pengasuh, namun tidak menjadi masalah besar buat pengacara Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer untuk menjaga anak sulung mereka yang kini mencecah usia tiga bulan. Sebaliknya Irma dan Redza bergilir-gilir menjaga bayi mereka yang diberi nama, Redza Syah Irfhan.

"Kami tiada pembantu, setakat ni. Redza yang minta supaya tidak ambil pembantu. Jadi kami ambil keputusan untuk menjaga Irfhan secara bergilir-gilir. Pagi seawal jam 6 pagi saya dah keluar rumah kerana program saya, Assalamualaikum bermula jam 8 hingga 10 pagi. Jadi waktu pagi, ayah dia akan jaga. Selesai tugasan di studio saya pula akan mengambil alih tugas menjaga Irfhan.

"Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah . Lagipun Irhfan kecil lagi, tungguah dia besar sikit, InsyAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan", kata Irma Hasmie kepada Malaysian Digest.com ketika di temui pada majlis sidang media Baby & Ekspo 2013 di PWTC, petang semalam.

Irfhan dilahirkan pada 29 Mac lalu secara pembedahan. Menarik, anak sulung Irma ini berkongsi tarikh lahir bersama anak sulung pelakon Ayu Raudhah.

Menurut Irma lagi, selain mengacarakan program di saluran TV Al-Hijrah, Assalamualaikum yang bersiaran setiap pagi Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di sepanjang bulan Rmadan ini dia akan mengendalikan program khas bertemakan Ramadan Satu Perjuangan.

Selain itu, Irma juga baru menceburi dunia perniagaan busana muslimahnya, Debumas sejak awal Jun lalu.

"Baru secara kecil-kecilan. Ini pun kerana atas permintaan ramai. Sebab ramai yang datang kepada saya dan beritahu mereka suka jubah yang saya pakai, mereka tanya saya beli di mana. Saya kata saya design sendiri.

"Jadi sejak dari itu saya terdetik untuk buka perniagaan. Saya design dan kemudian hantar pada tukang jahit. Setiap design eksklusif dan hanya ada tiga warna sahaja. Setakat ni, Allhamdulillah dua dress-jubah rekaan saya dapat sambutan yang mengalakkan. Harganya sekitar RM100 hingga RM200. Kini kami masih dalam proses untuk mengeluarkan stock baru", katanya.


  Irma Hasmie

Dalam masa sama, Irma bersyukur kerana buku berjudul Smile, nukilannya bersama penulis Zambri Mohd sudah dua kali dicetak dan difahamkan sambutan terhadap jualan buku itu cukup memberangsangkan.

Istimewa, bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut, sempena Baby & Raya Expo 2013 pada 27 dan 28 Julai ini, kunjungilah booth Irma Hasmie di Dewan Tun Razak 3, PWTC. Selain buku Smile, koleksi terbaru jubah rekaan Irma juga turut dijual.


Kredit Sumber:  mD

Kamis, 28 Maret 2013

Tahniah!! Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Gambar cahaya mata sulung Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer


    
Pelakon yang semakin ayu berhijab, Irma Hasmie Ibrahim telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami Irma, Redza Syah Azmeer di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdulilah, Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51 pagi, berat 3.93 kg”.

Malah Redza juga sempat berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.


Gambar Irma Hasmie semasa sedang hamil. 

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 29 Jun tahun lalu di Dewan Persidangan Putrajaya dan majlis resepsinya berlangsung di MAEPS, Serdang.

Tahniah diucapkan buat Irma dan suami dan semoga anaknya nanti menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.


Kredit Foto: Instagram Redza Syah Azmeer

Kamis, 14 Februari 2013

Irma & Redza bakal timang anak lelaki - Gosip Artis Terkini


Setiap hubungan perkahwinan yang dibina pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga.

Bagi pelakon terkenal, Irma Hasmie, dia sangat bersyukur kerana tidak perlu menunggu lama untuk bergelar ibu.

Bakal menyambut kelahiran pertama pada Mac depan, Irma dan suami, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, teruja menanti kehadiran si kecil.

Menurut Irma, 30, ketika menjalani ujian imbasan doktor mengesahkan dia bakal menimang anak lelaki.

“Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina. Yang penting, kandungan sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah.
“Alhamdulillah, setakat ini, kandungan saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja.
"Lagipun, sepanjang tempoh kehamilan, saya tidak mengalami alahan yang teruk,” katanya yang masih lagi terlibat dalam pengacaraan program, Assalamualaikum, di TV AlHijrah.
Menurut Irma sepanjang kehamilan dia selalu membaca al-quran. Alhamdulillah. Insyaallah semoga diberikan anak-anak yang soleh dan solehah.
irma hasmie
Irma Hasmi dan suami bakal menimbang cahaya mata
tidak lama lagi
Masa terluang yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membaca buku, Al-Quran dan amalan sunat ketika mengandung.
“Setiap hari, saya akan baca Al-Quran dan buku-buku tentang kehamilan. Maklumlah, ini anak pertama saya dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
“Dari buku itu, saya lebih mengetahui tentang ragam ketika mengandung, persediaan, proses kelahiran dan penjagaan bayi selepas dilahirkan.
“Selain itu, saya turut mengamalkan pemakanan sunnah seperti minum air Zamzam dan makan kurma untuk tenaga dalam badan,” kata duta tudung, D’Haja ini.



Jumat, 29 Juni 2012

Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer Selamat Diijabkabulkan


BAGAI PINANG DIBELAH DUA… Pelakon Irma Hasmie,30, akhirnya bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan,31, dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana. Mereka diijabkabulkan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Jumaat yang dihadiri kira-kira 300 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai. Pada majlis itu pihak lelaki memberikan tiga dinar emas (RM2,222) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan. Perkahwinan ini amat bermakna buat Irma selepas kegagalan cintanya yang lalu bersama pelakon Farid Kamil dan pelawak Nabil.



PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.





Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Selasa, 19 Juni 2012

Kad Kahwin Irma Hasmie :)



Inilah dia Reza Syah Azmeer anak Datuk Mohd Redzuan, tunang kepada Irma Hasmie. Handsome dan macho kan...kalah seyyy Nabil Raja Lawak. Eh opsss! Tak baik taw zie...hehehe :P Pape pun, pertemuan dorg di hadapan kaabah mmg di restui ALLAH SWT kan kan :)

...Irma dan Reza akan melangsungkan perkahwian dorg pd 29 Jun bulan ni ^_-






Inilah dia wedding card dorg :) Pada hari pernikahan nanti, Irma akan mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.

...kompom kelassss ah Irma nanti. Sdgkan dia time pertunangan dia lg, dia kelihatan gorgeous! Tak sabar nk tgk...hehe. Congrats in advance, dear ^_-








Gosip Panas Mak Kepochi™

Selasa, 27 Maret 2012

Gambar Tunang Irma Hasmie ^_-




**Sumber dari BeautifulNara**



Congrats Irma di atas pertunangannya dgn Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan pada 24/3/2012 yg lalu :) Sgttttt berkenan seyyy dgn baju tunang irma tu. soooooo lawa! well, what can i say...its designed by Hatta Dolmat youuu.

...Kelassss kau, Hatta! Hehe




Oh ye...inilah dia gmbar tunang Irma Hasmie yg berumur 31 tahun. Tak nampak cam 31 tahun kan. Sorg ahli perniagaan :) Zie doakan hubungan dorg akan berkekalan ke jinjang pelamin dan berakhir utk selamanya. AMINNN :)

...seriously, Irma sgttt cantik on her engagement day. Ailike!










Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 26 Mei 2011

Irma Hasmir Hasilkan Jubah



Wahhh..melangkah setapak utk bergelar artis/usahawan nampak yu, irma...hehe. bagus, bagus. Gitu la...jgn bergantung hidup dgn income jd artis je. Kena pandai berbusiness sendiri ^_- winkss..

Dgr² jubah yg berjenama Irma Hasmie nnti adalah hasil kolaborasi dgn pereka fesyen Ezuwan Ismail :)


"Idea itu datang secara tidak langsung ketika saya duduk berborak bersama dengan Ezuwan dan dia juga menyambut baik cadangan itu. Niat saya adalah untuk membantu memudahkan pemakaian wanita Islam selain itu ia juga sesuai dengan trend semasa," - Irma Hasmie

Haaa..bgs lah gitu irma :) Harga jubah itu nnti sekitar RM599 sepasang. Errkss...parkinson tetiba ^_^ Hehehe...









Gosip Panas Mak Kepochi™

Sabtu, 19 Maret 2011

Gaya Muslimah Irma Hasmie Di Majlis Rafflesia



If Miera Liyana berpenampilan seksi bertaraf Hollywood time menghadiri diri di majlis Rafflesia. Sebaliknya plak utk pelakon/pengacara Irma Hasmie ni. Sejukkkkkk je mata memandangkan :)






Irma telah mengambil keputusan utk bertudung setelah kembalinya dia mengerjakan umrah. Alhamdulillah Irma. Dan kpd Nabil Raja Lawak --> Kamu telah TERLEPAS calon isteri yg baik :) Titik.











Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 17 Maret 2011

Irma Hasmie Dah Bertudung? Alhamdulillah....



Alhamdulillahhh Irma, Akhirnya...terbuka jugak hati utk bertudung. Syukur sgt2. Haaa, kan ke molek gitu ^_^ Penghijrahan Irma Hasmie telah diumumkan sendiri oleh Wardina Safiyyah dalam twitternya...

“Tahniah Irma Hasmie kerana berhijab, welcome on board! Let’s be better Muslims… Mesti coooomeeellll sgt dan menjadi rebutan ibu2 mertua.”

Yup! Zie argee dgn wardina...hehe. Bangga Mak Kepochi tgk artis-artis yg dari free hair berhijrah ke bertudung.








Gosip Panas Mak Kepochi™