Tampilkan postingan dengan label Artis Bertudung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis Bertudung. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Juni 2013

Manisnya Fiza Elite Bila Bertudung




Ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011 yang lalu, Fiza Elite ada meluahkan hasrat beliau untuk berubah ke arah diri sendiri yang lebih baik & salah satu niatnya adalah untuk berhijab.

Setahun sembilan bulan selepas itu, Fiza Elite nampaknya telah berjaya menunaikan hasrat beliau itu dengan tampil bertudung penuh pada 6 Jun 2013 yang lalu — dan di’umum melalui akaun Instagram.


“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.

Berikut beberapa keping imej berhijab terbaru Fiza Elite — 

manis ‘kan?






Kredit Sumber: Rotikaya

Jumat, 22 Maret 2013

Gosip Artis - Puteri Sarah Kini Berhijab Penuh

Jika sebelum ini OGA ada memasukkan entri tentang pelakon Puteri Sarah yang cuba membiasakan diri untuk bertudung penuh. Khabar terbaru yang singgah dalam blog sebuah hiburan memaklumkan bahawa Puteri Srah kini tampil dengan imej bertudung sepenuhnya. Alhamdulillah...Akhirnya Tuhan telah buka pintu hati Puteri Sarah untuk mengenakan tudung sepenuhnya. So, bila dah bertudung ni semua batas kena la jaga kan terutamanya yang bersangkut-paut dengan halal dan haram.

Sekarang ni OGA tengokkan artis kita yang dulu seksi tapi sekarang dah berubah ke arah kebaikan. Harap-harap lepas ni akan ramai lagi artis kita yang lain akan ikut jejak Puteri Sarah ni. Memang ayu sangat Puteri Sarah bertudung.

So, bagi nak dapat pengesahan, Puteri Sarah telah mengesahkan perkara tersebut dan melahirkan rasa syukurnya;

"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."
Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas.

Gambar Puteri Sarah bertudung
Gambar Puteri Sarah bertudung

Senin, 18 Maret 2013

Puteri Sarah bertudung bukan kerana putus cinta


 Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.

"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung.

"Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Bagaimanapun jelas Puteri Sarah, dia berniat untuk bertudung bukan disebabkan kecewa putus cinta dengan pelakon Ammar Alfian akhir tahun lalu.

puteri sarah
Puteri Sarah 

Hubungan pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi ini berakhir selepas lima tahun bercinta akbiat tiada keserasian.

"Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan.

"Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga," katanya.

Namun, dia juga kesal apabila segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya ketika dalam tempoh percubaan ini.

"Saya belum sepenuhnya bertudung, mungkin di media sosial saya lebih selesa mengunakan imej bertudung tapi ia masih dalam tempoh saya untuk mencuba atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia sering meminta pendapat cara pemakaian tudung daripada pelakon jelita Natasha Hudson (Tasha).

"Saya sering bertanya dengan Tasha tentang gaya pemakaian tudung, dia gembira saya sudah kearah itu, dia beri banyak tip untuk tampil lebih bergaya biarpun bertudung," katanya.

Selain itu juga, pelakon filem Lu Pikir La Sendiri ini juga sedang mempertimbangkan hasrat untuk berundur daripada dunia lakonan sepenuhnya.

Minggu, 17 Maret 2013

Puteri Sarah Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta

 Gambar terbaru Puteri Sarah yang diambil di laman Twitter miliknya.


PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.

"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung.

"Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Bagaimanapun jelas Puteri Sarah, dia berniat untuk bertudung bukan disebabkan kecewa putus cinta dengan pelakon Ammar Alfian akhir tahun lalu.

Hubungan pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi ini berakhir selepas lima tahun bercinta akbiat tiada keserasian.

"Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan.

"Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga," katanya.

Namun, dia juga kesal apabila segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya ketika dalam tempoh percubaan ini.

"Saya belum sepenuhnya bertudung, mungkin di media sosial saya lebih selesa mengunakan imej bertudung tapi ia masih dalam tempoh saya untuk mencuba atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia sering meminta pendapat cara pemakaian tudung daripada pelakon jelita Natasha Hudson (Tasha).

"Saya sering bertanya dengan Tasha tentang gaya pemakaian tudung, dia gembira saya sudah kearah itu, dia beri banyak tip untuk tampil lebih bergaya biarpun bertudung," katanya.

Selain itu juga, pelakon filem Lu Pikir La Sendiri ini juga sedang mempertimbangkan hasrat untuk berundur daripada dunia lakonan sepenuhnya.


Oleh KEMALIA OTHMAN

Selasa, 12 Maret 2013

Gosip Artis Terbaru - Puteri Sarah kini berhijab?

OGA ada terbaca dalam blog hiburan mengenai artis seksi, Puteri Sarah yang mengenakan tudung dalam twitternya. So, Puteri Sarah memang dah bertudung lah sekarang? Alhamdulillah, kalau berita ni memang betul. Tiada orang kat atas muka bumi ni tak nak berubah kan. Ermmm..

Bagi yang mengikuti pelakon cantik ini di Instagram dan Twitter miliknya, pasti perasan akan perubahan pada gambar profilnya di mana memaparkan Puteri Sarah dengan imej berhijab.
Malah, dia juga menerima banyak pertanyaan akan hal tersebut.  Dan ketika dihubungi MH Online, Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah memberitahu;

"Jujurnya, saya belum berhijab penuh lagi.  Gambar yang ada sekarang itu saya jadikan sebagai motivasi diri untuk berubah dan berhijrah.  Kiranya, buat masa sekarang saya bermula dengan memakai selendang dahulu dan 'step by step' memakai tudung penuh. 
 "Niat untuk berubah dengan berhijab sudah lama iaitu sejak tahun lepas lagi.  Bukan apa, saya dapat rasakan kehidupan saya seperti ada yang tidak kena dan hati saya sentiasa tidak senang.  Terfikir dan tertanya-tanya apakah perkara yang kurang itu.
 "Jadi, masuk tahun 2013 saya berazam untuk berubah.  Saya mula dengan cukupkan solat lima waktu dan mula memakai selendang.  Alhamdulillah, segala apa yang saya buat dipermudahkan oleh-Nya.  Malah, saya juga semakin gembira dan rasa lebih tenang."
 Ditanyakan adakah perubahannya itu atas dasar mengikut kehendak dan kemahuan orang tuanya, jawab Sarah lagi;

"Memang dari dulu lagi pun ibu bapa selalu tanya dan suruh.  Tapi, saya sendiri yang tidak buat lagi.  Tapi, perubahan ini adalah atas kesedaran diri saya sendiri dan bukannya ikut kehendak orang lain atau 'trend' masa kini.  Selain cuba berhijrah dengan berhijab penuh, saya juga mula mengikut ibu pergi ceramah-ceramah agama." 
puteri sarah bertudung
Puteri Sarah dengan imej bertudung dalam twitter


Rabu, 09 Januari 2013

Rossa Mengaku Keberatan Untuk Membuka Tudungnya

Rossa




SEBELUM ini, penyanyi Ayat-Ayat Cinta, Rossa menarik perhatian ramai apabila sejak pulang dari menunaikan haji, penyanyi itu tampil dengan imej bertudung.

Namun,semalam penyanyi asal Indonesia itu dilihat tidak menggenakan tudung dalam satu sidang media.

Rossa mengaku keberatan untuk membuka tudungnya yang sudah dipakai sejak ke tanah suci.

Namun begitu, Rossa mengatakan dia mempunyai alasan sendiri.

"Saya ada alasan sendiri... untuk saat ini, saya ada kaitan dengan pelbagai pihak, dan pada perjanjiannya saya belum bertudung... saya belum boleh. Kalau nanti Allah menggerakkan hati orang-orang itu, saya akan pakai tudung.

"Masing-masing mempunyai keputusan sendiri, yang penting saya berkelakuan baik," katanya.

Banyak pihak yang tidak setuju dengan keputusan Rossa itu.

Namun, penyanyi itu tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Baginya, sesiapa pun boleh menilainya.

"Itu urusan saya dengan Allah," katanya.

Meskipun sudah tidak bertudung sekarang, Rossa mengaku lebih memilih pakaian-pakaian yang tertutup.

Kamis, 26 Juli 2012

Artis Bertudung Tidak Perlu Mengeluh


Tahniah buat Abby Abadi kerana berani untuk berubah.Semoga Abby Abadi akan terus tabah menempuh segala dugaan hidup untuk menjadi seorang hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.

PETALING JAYA: Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.

Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata, sekiranya ada di kalangan artis yang baru bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

Sheila Rusly

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

"Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya.

Malah terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej selain turut menyertai parti politik pembangkang.

Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.

Aida Khalida

“Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya.

Bersifat sementara

Aktres berpengalaman Aida Khalida pula berkata, senario tawaran lakonan yang terjejas selepas bertudung hanya bersifat sementara kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman itu ketika mula bertudung kira-kira empat tahun lalu.

“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertudung empat tahun lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.

“Berkat keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita. Tawaran kerja yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” katanya.

Menurut Aida, rezeki daripada pendapatannya menjadi lebih berkat berbanding sebelum bertudung dulu kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung. Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada.

“Susah saya hendak jelaskan sebenarnya tetapi itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.

Bekas pelakon dan pengacara yang kini bergelar aktivis bebas Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmo (Wardina) mengakui menerima impak negatif dan diskriminasi daripada industri seni ketika dia berhijrah sekitar 12 tahun lalu.

 Wardina Safiyyah




“Namun saya sudah meletakkan sasaran untuk berundur diri daripada lakonan dan beralih ke bidang pengacaraan ketika itu. Tidak saya nafikan, impak diskriminasi saya alami ketika mula-mula bertudung tetapi ia hanya perkara kecil dan sementara.

“Lama-kelamaan, penggiat seni dan peminat semakin terbuka dan menerima penghijrahan saya. Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

Ujar Wardina, jika seseorang artis wanita itu berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni selepas bertudung, dia harus bersabar dan percaya pada rezeki yang ditetapkan Allah.

“Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik.

“Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik,” katanya.

Oleh WAHIDUZZAMAN