Ayu Raudhah kini sedang hamil dua bulan.
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.
Malah Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
"Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.
"Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya.
Bagaimanapun tambah Ayu, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.
Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu.
Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi.
"Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak).
"Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.
"Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal muncul di layar perak menerusi filem Untuk Tiga Hari yang akan ditayangkan pada 20 September ini.
Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Tidak ada komentar:
Posting Komentar