Kamis, 03 Mei 2012

Rita Rudaini Mahukan Alasan Kukuh Kenapa Aidil Zafuan Inginkan Perceraian




“Allah dah tetapkan perkara ini cuma saya nak tahu atas sebab apa dia menuntut penceraian ini. Jika betul dia nak bercerai, kenapa tunggu sampai empat bulan. Sebenarnya hati saya dah kebas dan lali kerana sebelum ini pun perkara ini pernah berlaku, namun siapa tak nak perkahwinan mereka kekal, siapa yang nak kan penceraian. Saya sayangkan perkahwinan dan anak-anak saya,”

“Ini kali ketiga dia keluar rumah. Sepatutnya saya yang perempuan lari balik rumah emak, tapi ini dia. Dulu masa awal-awal kahwin kami susah dan kena macam-macam, kenapa boleh berbincang, tapi bila nak cerai, kena lari-lari. Buat apa saya nak nasihat dia dan nak atur hidup dia. Bagi saya dia ada akal, dah besar dan dah ada dua anak,

“Jika benda ini tak ada campur tangan, ia tak akan jadi macam ini. Sebelum dia keluar, dia terkantoi dengan saya apabila beritahu kakak sulungnya telah mengatur rumahtangga dia. Dulu masa nak terima dia, dia dah janji dan sumpah depan saya serta ibu yang dia tak akan bagi lagi keluarga masuk campur. Sebagai suami, dia perlu bertanggungjawab dan kena selesaikan masalah dalam rumah. Bagi saya, dia tak ada pendirian tetap, itu yang buat saya kecil hati" - RITA RUDAINI

Kesian ssgt zie dgn nasib rumahtangga Rita dan Aidil ni. Betul gak apa yg rita kata tu, if nk cerai...kenapa perlu tunggu 4 bulan utk bercerai. Ermm...maybe Aidil sdg fikir semasak²nya kot. Tp utk Rita, di berhak tahu asalan kukuh Aidil inginkan perceraian di antara mereka.

...sabar lah ea Rita. Bukan senang tu dpt SMS cerai dari husband time hari jadi dia. Pape pun, zie harap Rita sabar n tabah harungi semua dugaan ini :)









Gosip Panas Mak Kepochi™

Tidak ada komentar:

Posting Komentar