Alhamdulillah...sah dah dorg nih suami isteri. Satu lagi "masjid sudah bina" ^_^ Kira-kira jam 11.30 pagi (10/10/10) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya...
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos.
Dorg telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lettenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali di hadapan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Dato’ Haji Che Mat Che Ali dengan mas kahwin RM80 tunai.
Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Wedding kek mereka :) Roket yuuu...hehehe.
Pengantin lelaki telah membawa sembilan dulang hantaran sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan, pengantin perempuan telah memberi sebelas dulang hantaran.
Kedua-dua gubahan hantaran yang berkonsep moden dengan sedikit elemen angkasa ini menggunakan warna biru dan putih sebagai warna dominan.
Princess Redbloodsnow Copyright
Tidak ada komentar:
Posting Komentar