Tampilkan postingan dengan label putus tunang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label putus tunang. Tampilkan semua postingan

Rabu, 06 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Elly Mazlein Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang

Rasanya ramai dah tahu kan pasal penyanyi popular seorang ni dah pun putus tunang dengan seorang pengarah hari tu. Namun disebalik putus, ramai lah orang nak tahu kenapa boleh putus tunang? namun, penyanyi ini tetap berkeras untuk tidak mendedahkan punca putus tunangnay itu.  Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan telah berantakan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti.

"Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas.
elly mazlein
Elly Mazlein
Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu.

Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya.

"Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.
"Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini.

"Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly.

Kamis, 21 Februari 2013

Bekas tunang Fizz Fairuz mengaku sudah berkahwin - Gosip Artis Terkini

Dalam satu temubual eksklusif Berita Harian dengan Fizz Fairuz yang disiarkan akhbar tersebut hari ini, Fizz Fairuz telah menjawab kenyataan Azlyn yang dia berbohong tentang status perkahwinan Azlyn juga di akhbar yang sama semalam. Fizz memberitahu yang dia ada meminta penjelasan dari Azlyn mengenai dakwaan seorang lelaki yang Azlyn ialah isteri keduanya, dan Azlyn juga mengakui hakikat itu.

Selepas bertemu lelaki itu, saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama. Cuma mereka perlu mendaftar dalam negara untuk mendapat sijil perkahwinan yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan.

fizz fairuz dan Azlyn Massiela
 Azlyn Massiela dan Fizz Fairuz
Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang. Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga.


Fizz turut menyatakan yang bapa Azlyn seolah-olah tahu apabila diajukan persoalan tentang perkahwinan Azlyn sebelum ini, tetapi alasan yang diberi ialah Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu. Fizz tidak dapat menerima alasan tersebut, baginya dilarikan atau kahwin lari, mereka ialah pasangan suami isteri yang sah mengikut syarak.
Fizz mendakwa melihat nama Azlyn pada sijil nikah yang ditunjukkan lelaki tersebut, dan tidak melihat tarikh dan butiran lain kerana terlalu kecewa.
Fizz berkata yang dia sudah banyak menanggung dosa dengan berkenalan dan bertunang dengan wanita itu, dan tidak mahu terus menanggung dosa.

Oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan wanita itu Ahad lepas.
Mengenai dakwaan sihir, Fizz berkata yang dia tidak menuduh Azlyn melakukan sihir terhadapnya, dia cuma berkata keadaan dirinya seolah-olah seperti terkena sihir. Fizz mendakwa tidak mempunyai selera makan dan jika makan dia akan muntah. Dia juga berasa was-was ketika ingin melangsungkan pertunangan dengan wanita itu, tambahan pula tangannya tersimbah air panas dan keretanya rosak sebelumnya, tetapi diteruskan juga pertunangan itu kerana majlis telah dirancang.

Mungkin Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada Fizz. Memang benar kata Ustaz Wan Akashah sebelum ini, majlis pertunangan perlu diuar-uarkan kerana dikhuatiri tunang dipinang orang lain. Dalam hal ini, keadaannya terbalik pula, kerana Fizz pula terpinang isteri orang.

Minggu, 17 Februari 2013

Elly Mazlein Putus tunang? - Gosip Artis Terkini


OGA dah lama tak dengar cerita Elly Mazlein. Dengar khabar dia dah putus tunang, betul ke? Kita tunggu jer lah jawapan daripada tuan badan sendiri. 

 Elly Mazlein tunggu masa sesuai untuk jawab spekulasi hubungan dengan pengarah, Azmi Md Hatta putus di tengah jalan

Biar ramai berteka-teki mengenai status pertunangannya, Elly Mazlein hanya membuka mulut andai tiba waktu sesuai apatah lagi membabitkan khabar kurang enak. 
elly mazlein
Elly Mazlein
Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu - berbanding menyingkap kisah peribadi. 
Bagi pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, sejak mempertaruhkan bakat dalam industri hiburan 15 tahun lalu, seboleh-bolehnya cerita sedih cuba ditutup untuk diri sendiri. 

“Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang. 
“Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan,” katanya penuh tertib saat ‘dijolok’ soal ikatan pertunangannya dengan pengarah, Azmi Md Hatta pada Mei 2011. 
Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu. Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu. 


Tak kisah anggapan orang

Tidakkah bimbang dengan tanggapan insan sekeliling? Kali ini, dia tertawa kecil sambil menuturkan sebaris ayat penuh bermakna. 

“Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan,” ulasnya ringkas.

Fizz bertunang, saya yang kena - Almy


Panggilan telefon daripada teman-teman pada malam Ahad minggu lalu membawa kejutan dahsyat dalam hidup Almy Nadia. Ketenangannya terganggu. Sejak Isnin, telefon bimbitnya tidak henti-henti berdering. Ada yang dijawab bahkan ada juga yang dibiarkan putus asa dengan sendiri.

Kepada setiap wakil media yang menghubunginya, pelakon yang terkenal menerusi drama Dunia Baru itu hanya mampu memberi sepatah dua kata. Selebihnya, dia mohon agar tuan empunya badan yang harus dicari, bukan tanggungjawab dia untuk menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi dihamburkan ke telinganya.

"Sebenarnya saya tidak mahu memberi komen dan maklum balas berkenaan pertunangan Fizz Fairuz. Dia yang bertunang kemudian hilang, tetapi saya yang kena menjawab. Saya pula yang jadi mangsa keadaan.
"Lagi pun saya tidak mahu dihentam nanti. Saya pun sedar, ketika ini ramai yang sedang memerhatikan saya, ramai yang hendak dengar apa pula yang bakal keluar daripada mulut saya. Lebih baik saya tidak bercakap banyak sebab sebelum ini pun, saya yang dilihat banyak cakap," luah Almy Nadia Shaiful Khairil, 27, ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.
Mengalih topik agar emosinya tidak terlalu didesak oleh kehancuran cinta yang sedang dialami, pelakon yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cermin Kasih Amira diajak bercerita tentang hari esok. Meminjam kata orang lama, barang yang lepas usah dikenang jika dikenang meracun diri, Almy reda dengan ujian yang harus ditelan ini.
almy nadia
Almy Nadia
"Mungkin Tuhan sayangkan saya, sebab itulah Dia berikan saya ujian ini. Kami pun baru bercinta-cinta, bukannya suami isteri. Cuma satu sahaja yang benar-benar ingin saya katakan, apa yang terjadi ini ibarat memulangkan paku buah keras. Berani kerana benar," lentur Almy yang mengakui dia juga lemah seperti wanita lain yang berdepan saat putus cinta.
"Siapa yang tak menangis. Hanya Tuhan sahaja yang mampu memahami perasaan saya ketika itu. Mula-mula dapat tahu hal itu pun daripada teman-teman. Terduduk juga saya apabila dapat tahu orang yang selama ini dipanggil kekasih tiba-tiba bertunang dengan orang lain.
"Puas menangis barulah saya sedar, hidup harus diteruskan. Tak guna saya hendak menangis sedangkan dia (Fizz) sedang gembira. Saya doakan yang terbaik untuk Fizz dan tunangannya, untuk keluarganya dan bakal keluarga mertuanya," ujar Almy sedikit beremosi.

Tambah Almy lagi: "Fizz juga tidak jelaskan apa-apa terhadap saya tetapi saya ada menghantar SMS kepada Fizz minta dia tampil memberi kenyataan supaya bukan saya seorang sahaja yang perlu dengan berdepan semua persoalan ini. Jawab Fizz ringkas sahaja, katanya 'ya,' dia akan beri kenyataan. Itu sahaja."

Putus setelah masuk tahun ketujuh menyulam cinta, akui Almy tidak mudah untuk menyembuhkan hati dan jiwa yang telah hancur berkecai.
"Ibu dan anak angkat saya, Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia empat tahun sahajalah kekuatan saya ketika ini. Ibu tempat saya mengadu dan anak kecil itu semangat untuk saya terus hidup. Terima kasih kepada teman-teman yang banyak memberi semangat. Saya belum sempat pulang bertemu ibu di Pulau Pinang kerana sibuk di lokasi. Mujur juga, kalau tidak, saya hanya seorang diri di Kuala Lumpur," kata Almy.
Ahad lalu, Fizz Fairuz mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita di Kuantan, Pahang, Azlyn Massiela Mohd. Nazar. Antara beberapa keping gambar pasangan itu yang tersebar di internet, Fizz dikecam kerana dilihat menyarungkan cincin ke jari Azlyn Massiela.

"Saya tidak mahu sentuh hal itu. Saya sudah kenal Fizz selama tujuh tahun, saya juga kenal keluarganya. Saya kenal lebih banyak kebaikan berbanding keburukannya. Banyak jasa baik Fizz kepada saya selama ini," ujar Almy reda dengan status Fizz yang kini bergelar tunangan orang akan berkahwin tidak lama lagi.

Senin, 04 Februari 2013

Ezad putus tunang kerana masalah kewangan? Gosip Artis

Ezad Exist

Antara rahsia Allah kepada kita adalah soal jodoh pertemuan. Walau sekuat manapun kemahuan kita untuk disatukan dengan insan tersayang, tanpa keredaan-Nya, ia mungkin tidak terlaksana. Itu merupakan kenyataan yang harus diterima lelaki berusia 34 tahun ini. Mengakui melalui fasa yang paling perit didalam hidupnya apabila perkahwinan yang dirancang terpaksa dibatalkan, Ezad Exist tetap merasa akan hikmahnya kini.

Meneruskan kehidupan dengan sisa kekuatan yang masih ada, lelaki ini percaya masih ada ruang untuknya mencari kebahagiaan. Menurut Ezad setelah setahun meletakkan kariernya di belakang, dia kini mahu memberi nafas baru buat dunia nyanyiannya.Menurut Ezad:

"Selepas putus tunang saya akui, saya melalui fasa yang menakutkan. Hidup saya kosong, tidak bermakna.
"Mungkin setelah empat tahun ditemani, bila berseorangan tanpa teman di sisi, ia agak lain. Apa yang boleh saya kata ia memang banyak memberi kesan kepada diri saya," katanya kepada Hits.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk berkongsi punca keretakan hubungan dengan bekas tunang, Ezad memberitahu ia terlalu peribadi untuk diceritakan.

"Saya memang tidak mahu berkongsi mengenai hal ini. Cukuplah kalau saya katakan setiap yang berlaku melibatkan banyak pihak, maksud saya keluarga masing-masing. Jadi adalah lebih baik untuk saya menjaga hati mereka," katanya.
Ezad juga menolak khabar angin yang mengatakan dia sebenarnya mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa membatalkan urusan perkahwinan, Ezad sekali lagi menegaskan itu bukan punca sebenar.

"Perkahwinan yang saya rancang ini, mengambil masa selama setahun. Jadi saya memang cukup bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
"Duit bukanlah sebab utama mengapa kami berdua membatalkan perkahwinan kami, bukan itu, " katanya tegas.
Meneruskan cerita, Ezad sempat berkongsi cara dia melupakan perkara yang menyakitkan ini. Menurutnya bagi mengelakkan dia terlalu berfikir, dia mengambil lebih peluang untuk pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

"Saya bukan tertekan sebab malu, tetapi kerana tidak percaya ini semua berlaku tanpa dijangka.
"Keluarga saya banyak membantu, malah beberapa bulan lepas juga saya banyak berada di kampung untuk bersama keluarga," katanya.
Meneruskan kehidupan sendiri kini, Ezad bagaimanapun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk menguruskan kariernya sendiri.

"Seperti yang semua tahu bekas tunang merupakan pengurus saya sebelum ini,
"Namun selepas apa yang berlaku saya memilih untuk menguruskan diri saya sendiri. Dan ternyata ia bukan sesuatu yang mudah," katanya yang turut mengakui sudah tidak berhubung dengan bekas tunangnya itu.
Percaya perkahwinan mampu melengkapkan kehidupannya sebagai lelaki, Ezad secara terbuka memberitahu dia kini bersedia untuk menerima orang baru didalam hidupnya.

"Prinsip saya kini kehidupan harus diteruskan.
"Dan saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cumanya jodoh belum sampai," katanya tersenyum.