Tampilkan postingan dengan label model. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label model. Tampilkan semua postingan

Rabu, 20 Maret 2013

'Isteri saya masih belum mengandung lagi' - Apek

Selepas isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha diusik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman twitternya, ramai menyangka bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan yang senang disapa panggilan Apex menegaskan bahawa isterinya itu masih belum mengandung lagi.

"Isteri saya masih belum mengandung lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakannya. Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini nanti. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki lagi.
"Apapun, terus-terang, kami memang menginginkan anak cepat. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang mendoakannnya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan lanjut mengenai berita ini, Apex tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggapan bahawa Leuniey sedang hamil ketika ini.

Apek dan Leuniey natasha
Apek dan Leuniey Natasha
Sebaliknya, Apex menganggap ini sebagai satu doa yang dari peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, sangkaan ini timbul selepas isteri saya diusik Ezuwan Ismail. Saya tahu, semua orang menantikan berita gembira ini. Begitu juga saya dan Leuniey serta keluarga.
"Apapun, saya akan umumkannya kepada semua jika benar isteri saya sudah mengandung," jelasnya.
Difahamkan, Apex yang dilantik sebagai duta IM4U bakal menyertai kempen IM4U yang bakal diadakan di Putrajaya Ahad ini mulai jam 7 pagi. Oleh itu, Apex menyarankan peminatnya untuk turut serta program yang turut disertai Perdana Menteri Malaysia.

Rabu, 06 Februari 2013

Tengku Fiella : Nazmi balik sebab gaji, bukan cinta - Gosip Selebriti

Model jelita, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, yang juga bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor menafikan kepulangan pemain muda itu ke negara ini dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Nurshufilla atau lebih dikenali sebagai Tengku Fiella bagaimanapun menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.
"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.
"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Nazmi, 19, yang membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia sehingga namanya meniti bibir peminat bola sepak tanah air.
tengku fiella
Tengku Fiella
Harapan peminat untuk melihat anak muda ini berjaya dalam arena bola sepak menjadi lebih cerah apabila dia menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar yang beraksi di Divisyen Satu Portugal.

Bagaimanapun, jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Kepulangan Nazmi ke negara ini segera menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya malah pemain itu sendiri sehingga sekarang masih cuba berahsia.

Pada masa sama, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengejutkan tanah air, baru-baru ini.

Ini berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Sementara itu, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.
"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.