Tampilkan postingan dengan label artis veteren. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis veteren. Tampilkan semua postingan

Jumat, 22 Februari 2013

Tujuh Artis Saman Persatuan Seniman - Gosip Artis


Lapan individu, termasuk tujuh artis veteran, memfailkan saman terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta tujuh yang lain kerana mendakwa Mesyuarat Agung persatuan itu tidak sah dan terbatal.

Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd Tap, Jamaliah Mohd Dahan, Azizah Ab Aziz dan Roslinda Buang memfailkan saman itu pada 25 Januari lepas.

Selain Seniman, mereka menamakan presiden persatuan ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari, Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang ketika itu pemangku timbalan presiden persatuan sebagai defendan.
Harun Salim Bachik
Harun Salim Bachik
Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Kes itu disebut pada Jumaat dalam kamar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dengan dihadiri peguam Mohd Azmi Talib dan Asmadi Abu Bakar yang mewakili plaintif serta peguam Bazlinda Bahrin dan Dalina Hanim Daim bagi defendan.

Mohd Azmi memaklumkan kepada pemberita defendan akan memfailkan penyataan pembelaan dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan untuk pengurusan kes.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah terbatal dan tidak sah.

Sehubungan itu, mereka mendakwa pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.

Selain ganti rugi am, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, mereka menuntut agar Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa menanggung atau membayar RM56,000 kepada persatuan.

Minggu, 17 Februari 2013

Hajat Kuswadinata Bercuti Di Pulau Kapas Tidak Kesampaian - Gosip Artis Terkini

Sebelum itu, OGA nak ucapkan takziah kepada keluarga Kuswadinata. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita pergi. 

Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini.
Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.
kuswadinata
Gambar arwah Kuswadinata
Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

"Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata.
Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

"Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya.
Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

"Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya.
Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok.
Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.