Tampilkan postingan dengan label Zila Bakarin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Zila Bakarin. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Desember 2012

Tak Kisah Penampilan, Yang Penting Suami Suka – Zila Bakarin

Pergh..!! boleh tabik spring le dekat suami Zila Bakrin. Dengar tajuk je, dah boleh bayangkan yang suami Zila Bakarin sporting tahap dewa. Hurm.. apepun tajuk ni dipetik dari akhbar Berita Harian.
Oh Gosip Artis mengupas cerita disebalik ke sportingan nya itu..



Malah Zila Bakarin tidak segan silu mengakui yang dia memang suka menunjukkan keseksian badannya. Mentang-mentanglah body power. Abang Nara rasa Zila sengaja menimbulkan kegeraman terhadap suaminya kot. Mungkin nak anak lagi? Kata Zila:-
Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurang. Zila tak kisah apa orang nak cakap pasal penampilan. Yang penting suami suka. Kalau Zila bertudung dan bertutup, tetapi hati tak baik dan mulut masih lancang, tak guna juga.



Untunglah suami Zila Bakarin dapat isteri pandai bergaya seksi. Pasti bertambah-tambah sayang dibuatnya. Diharap Zila Bakarin dapat buka kelas teknik seksi kepada isteri-isteri di luar sana. Kalau anda pergi belajar, sila praktikkan teknik yang diajar hanya di dalam rumah sahaja ye. Jangan mengada-ngada seksi kat tempat awam pulak!!!

Selasa, 18 Desember 2012

Zila Bakarin Menyesal Suntik Bibir - Gosip Artis

Gambar Sila semasa dulu dan sekarang
 Pelakon wanita yang sering kali diberi jolokan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir.
Zila telah melakukan  suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.
Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya.
Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.
“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal.
“Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.
Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan kecantikan.
Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.
“Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu,” katanya.
Bercerita mengenai perjalanan seni lakonannya, Zila sudah dilabelkan sebagai pelakon wanita yang berjaya membawa watak jahat atau antoganis.
Wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan itu mengakui lebih selesa membawa watak seorang perempuan yang jahat dan tidak kisah sekiranya dipanggil pelakon sterotaip.
“Biarpun orang label saya sebagai pelakon stereotaip, tapi pada saya, saya rasa lebih selesa membawa watak perempuan jahat. Saya suka pada watak yang menjadi pencetus kepada segala masalah dalam sesebuah cerita.
“Pernah saya menjayakan watak ibu yang baik, namun akhirnya saya ditegur pengarah kerana katanya, gaya saya seperti mahu memikat anak saya pula. Malah kadangkala saya jadi tertekan kerana perlu mengawal segala tindak tanduk, kawalan suara, reaksi muka dan banyak lagi,” terang Zila.
source:mynewshub