Tampilkan postingan dengan label Uji Rashid. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Uji Rashid. Tampilkan semua postingan

Minggu, 20 Januari 2013

Yuna Anggap Isu Uji Rashid Selesai

Yuna memberitahu isu melibatkan penyanyi Uji Rashid tidak perlu lagi dipanjangkan kerana menganggap ia telah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan untuk menjernihkan suasana.

Uji Rashid
 

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna menganggap kemelut yang berlaku membabitkan penyanyi veteran Uji Rashid yang kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi menggantikan dirinya pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) pada 6 Januari lalu selesai.

Yuna, 27, berkata, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan selepas pihak TV3 memberikan penjelasan dalam program Melodi yang disiarkan pada Ahad (semalam).

"Rasanya perkara itu tidak perlu lagi dipanjangkan kerana saya rasa ia telah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana.

"Malah saya tidak mahu melihat perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang negatif dan pastinya ada hikmah disebalik," ujarnya ketika ditemui pada majlis kesyukuran lagu Terukir Di Bintang yang dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 27 pada Ahad malam.

Sebelum ini, pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat dan Uji mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.

Dalam pada itu, Yuna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi lagu Ku Ingin Di Samping Mu itu malah katanya dia ada berhubung dengan Uji untuk bertanya khabar.

Malah Yuna memberitahu, dia ada menjemput Uji ke majlis kesyukuran itu namun penyanyi berkenaan tidak dapat hadir kerana mempunyai undangan nyanyian.



Yuna teruja dengan pembikinan album terbarunya di Amerika Syarikat selain dapat bekerjasama dengan gitaris kegemarannya iaitu Mike dari kumpulan Incubus.
 

"Sebelum ini saya ada berbual-bual dengannya untuk bertanya khabar dan kami berbual seperti biasa tanpa sebarang masalah.

"Malah dia memahami kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan saya kerana tiada di Malaysia," jelasnya.

Tambah Yuna, pada awalnya dia memang memilih Uji untuk menyanyikan lagu tersebut di AJL 27 kerana menyukai suaranya yang mempunyai elemen klasik namun terpaksa akur dengan situasi dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusnya, Wawa dan pihak TV3 untuk mencari pengganti Uji pada saat akhir.

Sementara itu, Yuna berkata, dia kini sedang dalam proses awal merakamkan album pertamanya bersama syarikat rakaman The Verve/Universal Music dan memberitahu teruja dapat bernaung di bawah sayap komposer dan penerbit terkenal, David Foster.

Menurut Yuna, menerusi syarikat rakaman barunya itu, dia berharap dapat memperluaskan lagi kerjaya seninya apabila album tersebut dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini di seluruh dunia.

"Sebenarnya David telah lama ingin mengambil saya bernaung di bawah label itu tetapi ketika itu dia bukan presiden syarikat berkenaan namun apabila beliau mengambil alih The Verve, hasrat itu terus disampaikan ke pihak pengurusan saya selepas mengetahui kontrak saya bersama The Fader telah pun tamat.

"David memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya dan menentukan genre muzik yang ingin saya bawa dan setakat ini saya telah merakamkan tiga buah lagu ciptaan sendiri," jelasnya.

Yuna turut memberitahu dia mengikat kontrak dengan label tersebut untuk tiga buah album dan menyangkal dakwaan sebelum ini bahawa dia dibayar USD1 juta (RM3 juta) untuk bersama syarikat tersebut.

Tambahnya lagi, dia juga cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengan gitaris kumpulan Incubus yang cukup diminatinya sejak dibangku sekolah iaitu, Mike Einziger untuk album berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Yuna berkata, dia juga baru selesai merakamkan sebuah lagu runut bunyi untuk filem animasi terbitan Dream Works iaitu The Croods berjudul Shine Your Way.

Filem berkenaan dibintangi oleh Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone, Clark Duke, dan Cloris Leachman dan akan ditayangkan pada Mac tahun ini.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Rabu, 16 Januari 2013

Uji Rashid Kesal TV3 Masih Tidak Memohon Maaf

Uji Rashid 




KUALA LUMPUR: Penyanyi Uji Rashid menganggap tindakan pihak di stesen televisyen TV3 yang masih tidak memohon maaf kepadanya berhubung isu digugurkan daripada membuat persembahan semasa Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari lalu sebagai satu tindakan yang kurang sopan.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata, tidak kira stesen TV atau mana-mana pihak, sewajarnya mereka harus mempunyai adab jika ingin membuat keputusan terhadap sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan seseorang itu berkecil hati.

"Memang kalau nak cakap secara kasarnya, pihak itu (TV3) agak kurang sopan. Mereka tidak patut membuat saya atau sesiapa pun begitu.

"Sepanjang 38 tahun saya berada dalam industri muzik tempatan, peristiwa ini antara kejadian paling teruk yang pernah saya hadapi.

"Dan setakat ini, pihak mereka belum membuat sebarang permohonan maaf kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.
 
 
Lagu Terukir Di Bintang yang dinyanyikan Aizat bagi menggantikan Yuna diumumkan sebagai Juara Lagu AJL27.
 

Uji yang popular era 70-an dan 80-an itu disingkirkan daripada menyertai AJL27 dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung bagi menggantikan tempat Yuna yang berada di Amerika Syarikat menerusi lagu Terukir Di Bintang.

Tempat Uji itu telah diambil alih oleh Aizat yang dipilih oleh penganjur pada saat-saat akhir.

Insiden itu turut menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut TV3 memohon maaf secara terbuka kepada wanita itu.

Sementara itu ditanya kesan akibat kontroversi itu Uji berkata terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana dia mula mendapat perhatian daripada pihak penganjuran majlis yang mahu mengundangnya membuat persembahan.

"Kadang-kadang saya geli hati juga dengan apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba nama menduduki carta pertama di beberapa kolum gosip.

"Pada masa sama, Tuhan membuka luas rezeki saya lagi di mana saya menerima lebih banyak undangan persembahan. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam pada itu pihak TV3 yang dihubungi bagi mendapatkan reaksi terhadap komen Zed Zaidi dan Uji itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Sabtu, 05 Januari 2013

AJL 27: Uji Rashid Sepatutnya Ganti Yuna, Bukannya Aizat !!





Pasti semua maklum akan penarikan diri Yuna di AJL 27 ahad ini.

Dan semalam semua juga sudah maklum, Aizat adalah pengantinya.

Ini sekaligus menafikan hak Uji Rashid sebagai penyanyi asal yang direstui sendiri oleh Yuna dan ahli keluarganya sebelum disingkirkan saat akhir.

Apa Sudah Jadi, Benarkah?

Di bawah kami siarkan luahan hati pengurus Kak Uji merangkap jurumekapnya yang dikirimkan oleh seseorang kepada kami.

Che Wan
Ni che nak cita sikit ni.. Ramai yg dah tau.. Dan ramai gak yg x tau bahawa uji rashid akan menggantikan yuna pada juara lagu hahad ni.. Kerana record company dia di US tidak benarkan dia utk apply cuti lagi.. Yuna sekeluarga telah berjumpa dgn uji sendiri beberapa minggu lepas utk menyatakan hasrat dorg tu memandangkan list pengganti yg dorg buat keluar paling sesuai ialah uji rashid.. Atas dasar jenis irama dan suara yg paling tepat.. Kak uji menolak beberapa kali kerana x berani utk pikul tanggungjawab yg terlalu besar ni.. Tapi pihak yuna bertegas tetap mahukan dia.. So memandangkan pihak yuna begitu beria2 & mengharapkan kak uji, kak uji pun setuju dgn syarat jgn dihebahkan kepada sesapa.. Che pun terbabit utk merahsiakan perkara ni..

So kita org pun pegi ler rehearsal dgn band yuna.. Pegi jumpa Hatta Dolmat buat baju.. Pegi tv3 shooting montage utk sebelum iklan.. Kelmarin pegi bukit jalil utk rehearsal dgn orkestra dgn ramli ms.. Ke san ke mari lah kita org.. Minggu lepas kak uji di masukkan ke wad ampang kerana kekurangan oksigen dlm paru2.. Antara sbbnya terlalu stress.. Stress sbb ajl lah kot.. Ini pun che terpaksa rahsiakan atas permintaan kak uji.. So lepas rehearsal dgn ramli rm kelmarin, uji rashid dipanggil utk meeting.. Kat bukit jalil.. Che pun ikut ler masuk bilik meeting tu.. Che dpt rasakan sesuatu yg berat akan berlaku.. Dgn intro yg sikit oleh Kelly penerbit ajl tahun ni, tiba2 che dengar.. We decided to drop u off… Ha??!!! Muka kak uji masa tu tergamam.. Che pun sama..

Uji rashid tanya kenapa.. Dorg pun bg lah alasan.. Kita org pun keluar dgn hati yg terkejut & marah.. Che ingatkan nak suruh uji rashid buat betul2 ke.. Nak nasihatkan apa2 ke.. Mintak kebenaran utk carik pengganti ke.. Ni tidak.. Terus gugurkan mcm tu jer.. Habis tu penat lelah sampai masuk wad segala tu sapa nak tanggung??!!! Come on ler.. X der cara lebih berperikemanusian ke??!! Hanya pentingkan show awak sampai x pk perasaan org??!! Uji rashid tu dah berusia.. Che x paham kenapa org x boleh terima dia sebagai wanita yg dah berusia?? Byk kali che tgk org anggap dia ni mcm muda dan moden.. Ya.. Dia mmg masih sihat.. Dia mmg moden dari dari segi fesen dan penerimaan dia dlm sesetengah topik.. Tapi hakikatnya dia mmg dah berusia..

So kena handle dia mcm org yg dah berusia.. Bukan boleh ckp mcm ckp dgn org2 muda.. Hati dia gerenti tersentuh.. Yg itu org x prihatin..
Yg mengerankan lepas kita org keluar dari meeting tu terus ramai org bgtau yg aizat bakal menggantikan uji rashid.. Statement diblog2.. Ditulis beberapa jam sebelum kita org masuk meeting tu..

So ni bermakna kak uji adalah org terakhir diberitahu yg dia akan disingkirkan dan akan digantikan oleh aizat dlm ajl tu nanti.. Apo??!! Dia org pertama diberitahu yg yuna x boleh menyanyi tapi dia org terakhir diberitahu dia akan disingkirkan.. Eeemmmmmmm….. X tau nak ckp apa.. Itu lah industri hiburan negara ni.. Favouratism.. Kroni.. Politik.. Pilih bulu.. Nak buat camno.. Org2 mcm ni yg pegang stesen tv.. So ikut suka dorg jer lah.. Yg jadik mangsa org2 yg x pandai berpolitik.. X der kroni.. X masuk geng.. Tapi tv3 mmg mcm tu.. Kejar rating.. Feeling.. Manakala sejak dlm media prima dah jadik mcm kampeni along.. Collect duit sesaja.. Keluar x der.. Staff terabai.. Eeeemmmmmmm… Ikut ler..

Yg penting sapa nak tanggung persediaan che dah beli barang2 mekap baru khas utk ajl tu??!! X per lah.. Terpaksa lah che mekap pengantin dgn glitter2 segala bagai.. Nak buat camno.. Glamor ler pengantin2 che.. X pun che jer lah mekap meletops.. Lepas tu buat show.. Lagu? X reti2.. Terukir di burit ler.. Gitew.. 


(Buahmulut.com)