Tampilkan postingan dengan label Ning Baizura. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ning Baizura. Tampilkan semua postingan

Rabu, 06 Februari 2013

Ning Baizura Jawab Isu Pasal Nama Anak - Gosip Artis

OGA (Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa rata-rata mempersoalkan mengapa penyanyi berkenaan memilih nama Ryan Sky Dalton untuk bayinya itu yang disifatkan terlalu kebaratan. Namun, Ning Baizura menerusi fanpage Facebook miliknya telah menerangkan secara terperinci alasan dan maksud sebenar nama yang menjadi pilihan dia dan juga suami tercinta.

Seperti yang diterangkan Ning Baizura menerusi status 'fan page' Facebook miliknya, nama Ryan atau Rayann diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud kearifan atau kebijaksanaan. Malah , ia juga adalah nama pertama yang diberikan kepada lelaki dalam dunia Islam.

Ning turut menambah, dalam bahasa Parsi juga, Rayann membawa erti haruman berasaskan herba dan herba haruman manis yang turut dipraktikan dalam bahasa Arab dengan panggilan Rayhaan. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Rahman, ayah 12; dan Surah Waqi'ah, ayat 89.

ning baizura
Ning Baizura


Manakala perkataan Sky (langit) yang terbit selepas Ryan adalah simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa dan mendongak ke atas iaitu langit sebagai rasa syukur serta memikirkan Allah.

Berikut adalah keterangan Ning Baizura di dalam Facebook berkenaan nama buah hati pengarah jantungnya, Ryan Sky Dalton. Ini komen Ning Baizura: 
"MasyaAllah , for those who are wondering if our baby's name is too English katanya, actually it's more Islamic than u think. Try googling ok! We thought long & hard for a precious & meaningful name.
"Considering my Arabic & Chris's English background "Rayann in Persian and Arabic Ray in Persian means 'wisdom' (which comes from Middle Persian verb Raynitan) and Rayann means 'wise' and is a first name given to males in the Islamic world.
"[1] In the Persian language it also means 'fragrant herb' or 'sweet scented herb'. In Arabic, 'sweet scented herb' is Rayhaan.
"Rayhaan is found in Surah Rahman, ayah 12; and Surah Waqi'ah, ayah 89.
"[2]Rayan or Rayyan is the name to one of Islam's Heaven gates through which only the observers of Ramadan would enter on the Day of Resurrection.
" Which comes from Allah every time we look at the SKY we think of Allah kan," jelas Ning Baizura

Jumat, 01 Februari 2013

Ning Bersama Cahayamata Yang Baru - ARTIS MALAYSIA

Ning Baizura
Ning Baizura bersama suami.

Tahniah Oh Gosip Artis ucapkan buat Ning Baizura sempena kelahiran cahayamata baru. TARIKH 31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda buat penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif apabila menyambut anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Ning selamat melahirkan anak lelaki jam 3.06 pagi tadi.

Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, kedua-duanya dalam keadaan sihat.

"Ning telah selamat melahirkan anak lelaki, hari ini pada jam 3.06 pagi.

"Kedua-duanya dalam keadaan sihat," katanya dalam satu kenyataan.

Aylwin juga memberitahu hari ini merupakan hari istimewa pasangan itu.

"Hari ini juga hari istimewa Ning dan Omar yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima," katanya yang mengucapkan terima kasih bagi pihak Ning atas doa daripada peminat-peminatnya.

Pasangan ini bernikah pada 31 Januari 2008 lalu.

Rabu, 30 Januari 2013

Ning Baizura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Ning bersama suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.
PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.

Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, bayi seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

"Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik. Ning sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi ini (Khamis)," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.

Bagaimanapun katanya, Ning hanya akan berkongsi gambar anaknya itu dengan peminat dalam masa dua minggu lagi.

Turut berada di sisi Ning semasa beliau bersalin ialah ahli keluarganya dan juga suami.

Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, berkahwin pada 31 Januari 2008.

Kamis, 13 September 2012

Ning Baizura Sahkan Beliau Sedang Hamil

Ning dan suaminya,Omar Sharif


Tahniah diucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura yang mengakui dirinya telah hamil.
Dipetik daripada portal hiburan Murai, Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.