Tampilkan postingan dengan label Nas-T. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nas-T. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Juni 2013

Nas-T Tetap Sayangkan Nabila Huda

Gambar Nabila Huda dan Nas-T semasa bercuti di Sydney, Australia. 


 Abil menulis pengakuan yang mengejutkan di Instagram... NAS-T menegaskan dia memahami dan boleh menerima hakikat Nabila yang sedang dilanda emosi sekarang ini.




HUBUNGAN cinta antara pelakon Nabila Huda dan Nas-T bulan lagi rahsia selepas mereka secara terbuka mengumumkan cinta yang terjalin pada April lalu.

Bahkan gambar-gambar mesra antara mereka boleh ditatap umum di laman Instagram masing-masing.

Bagaimanapun pagi semalam, Nabila menulis pengakuan yang mengejutkan di Instagram dengan memberitahu, hubungan cinta mereka telah berakhir.

Kata Nabila, mereka berdua lebih sesuai menjadi sahabat baik berbanding sebagai pasangan kekasih.

Sungguhpun begitu, ujar Nabila menerusi Instagram lagi, mereka berdua akan kekal sebagai sahabat baik walaupun sudah tidak bercinta. Itu luahan Nabila.

Bagaimanapun, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar ketika dihubungi Kosmo! di set penggambaram telefilem Anak Imam Argentina semalam mengakui dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.

Kosmo!: Adakah benar, Nas-T dan Nabila telah putus cinta?

NAS-T: Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi.

Kalian berdua sedang bergaduh?

Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini.

Apakah perasaan anda apabila Nabila menulis secara terbuka tentang hubungan kalian di Instagram yang boleh dibaca oleh orang ramai?

Terkejut juga tetapi saya sudah lama kenal dia sejak kami kecil lagi. Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu.

Nabila ada menulis yang kalian lebih sesuai sebagai sahabat baik daripada pasangan kekasih. Komen?

Memang saya sayangkan dia sejak kami berkawan sehinggalah bercinta dan perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila walaupun apa jua status hubungan kami kelak. Kami akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Bagi pihak saya pula sebenarnya saya lebih suka dia menjadi seorang kekasih kerana dia melengkapi diri saya.

Apakah masa depan hubungan kalian di mata anda?

Saya sendiri tidak boleh ramal. Kami selesa bersama sebagai sahabat baik serta kekasih. Dia faham saya dan saya juga amat memahami dia. Jika jodoh antara kami kuat, mungkin kami berkahwin tetapi jika tidak, saya tetap akan ada dalam hidup Nabila sebagai sahabat baiknya sampai bila-bila.

Oleh HARYATI KARIM

Senin, 15 April 2013

Gambar Nabila Huda Dan Nas-T Bercuti Di Bali


 
Pelakon yang baru saja mengenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Nabila Huda Suhaimi dan kekasihnya, Nas-T sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Percutian selama tiga hari dua malam itu mungkin merupakan salah satu cara untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi selain bertujuan untuk meraikan kemenangan Nabila pada majlis Anugerah Bintang Popular yang lalu.

Nabila memang dikenali sebagai seorang yang suka mengembara malah pada tahun lalu dia sudah melancong ke pelbagai tempat menarik seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom dan Itali.

Semoga hubungan yang semakin mekar berkembang ini bakal dimeterai dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi memandangkan pasangan ini dilihat serasi serta sangan sepadan bersama.






 
Foto: Instagram Nabila dan Nas-T