Tampilkan postingan dengan label Artis Bollywood. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis Bollywood. Tampilkan semua postingan

Jumat, 22 Maret 2013

Pelakon Sanjay Dutt Dihukum Penjara Lima Tahun

Gambar Sanjay Dutt diiringi oleh anggota polis semasa hadir perbicaraan di Mahkamah.




NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood, Sanjay Dutt.

Dutt didapati bersalah kerana menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah yang terbabit dalam siri serangan bom terburuk di India pada tahun 1993.

Sebelum ini, aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu pernah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

"Dia akan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan lagi. Kami akan menunggu salinan penghakiman mahkamah dan kemudian memutuskan tindakan yang selanjutnya," kata peguam Dutt, Satish Maneshinde.

Pada tahun 2007, Dutt dibebaskan daripada terlibat dalam satu siri serangan bom itu.

Bagaimanapun, dia didapati bersalah kerana memiliki sepucuk raifal AK-56 dan pistol.



Sanjay Dutt mulanya dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan memiliki sepucuk raifal automatik dan pistol yang diberikan kepadanya oleh sekumpulan lelaki yang kemudiannya didapati bersalah kerana terbabit dalam beberapa siri serangan bom di Mumbai.

Pelakon itu bertegas menyatakan dia tidak tahu menahu mengenai rancangan pengeboman itu dan meminta senjata itu untuk melindungi keluarga selepas menerima ancaman ketika rusuhan kaum di Mumbai. Ibu Dutt beragama Islam sementara bapanya, Hindu.

Dia menjalani hukuman penjara 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada 2007 sementara menanti keputusan rayuan. Ini bermakna dia masih mempunyai baki tiga setengah tahun untuk menjalani hukuman itu.

Aktor yang berusia 53 tahun itu kini menjalani pengambaran filem terbaharunya, Policegiri.

Dutt yang merupakan anak pasangan legenda Bollywood, Sunil dan Nargis Dutt berkahwin dengan kekasih lamanya, Manyata pada Februari 2008.

Dia dikurniakan anak kembar dan seorang anak perempuan, Trishala daripada perkahwinan pertamanya.

Pelakon itu tidak berada di mahkamah ketika keputusan tersebut diumumkan.

Adik Dutt, Priya yang merupakan seorang ahli parlimen kecewa dengan keputusan itu.

Priya enggan bercakap dengan pemberita selepas dia keluar dari mahkamah. - Agensi

Jumat, 01 Februari 2013

Salman Khan Hadapi Tuduhan Membunuh

Salman Khan


 

MUMBAI: Aktor Bollywood, Salman Khan menghadapi tuduhan cubaan membunuh kerana terlibat dengan kemalangan maut dalam kejadian lebih sepuluh tahun lalu.

Jika sabit kesalahan aktor itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.

Peguam kepada Salman iaitu Deepesh Mehta berkata, mahkamah telah menerima permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Salman kerana membunuh dan bukannya kes menyebabkan kematian kerana kecuaian yang hanya memperuntukan penjara maksimum selama dua tahun.

Dalam kejadian pada September 2002, seorang lelaki terbunbuh sementara tiga lagi cedera apabila Salman didakwa merempuh keretanya ke dalam kumpulan orang gelandangan yang tidur sekitar kaki lima di Bombay.

Perbicaraan kes tersebut akan diadakan pada 31 Mac ini selepas sekian lama tertunda di mahkamah India yang terkenal dengan kes-kes tertangguh. - AP

Senin, 17 Desember 2012

Hrithik Roshan Dinobat Sebagai Lelaki Asia Paling Seksi!


 Hrithik Roshan




Hrithik Roshan dinobatkan sebagai Lelaki Asia Paling Seksi menerusi Anugerah Hit Agneepah, di London.

Aktor yang berusia 38 tahun ini, bagaimanapun meluahkan rasa agak malu ketika menerima anugerah tersebut. 

“Apa sekalipun, saya tetap menghargai dan bersyukur dengan anugerah yang diterima.

“Anugerah ini juga, sekurang-kurangnya dapat menaikkan nama industri perfileman India di persada dunia,” katanya.

Selasa, 30 Oktober 2012

Pelakon Dan Penyanyi,Sheryln Chopra Tampil Berbogel Dalam Majalah 'Playboy'




Model, pelakon dan penyanyi, Sheryln Chopra menimbulkan kontroversi hangat apabila dia tampil berbogel bagi kulit majalah Playboy, baru-baru ini.

Sheryln Chopra menjadi orang pertama dari India yang muncul sebagai penghias kulit majalah yang cukup sensasi itu.

Menerusi Murai.com, Sheryln memberitahu gambar bogelnya itu akan muncul pada hujung tahun ini atau paling lewat awal tahun depan.



Sheryln Chopra bersama Boss 'Playboy' Hugh Hefner




“Ramai yang tanya saya, bila gambar bogel saya itu akan muncul dalam Playboy.

“Saya diberitahu bahawa ia mungkin akan muncul sekitar penghujung 2012 atau pun awal 2013.

“Tak tahu bila tarikh sebenarnya, tapi tunggu sajalah,” katanya.








Tambahnya, dia menganggap peluang untuk muncul di majalah Playboy ada penghormatan terbesar buat dirinya.

Nampaknya, Sherlyn bakal mengikuti jejak langgah beberapa artis Hollywood seperti Charlize Theron, Marilyn Monroe, Drew Barrymore dan ramai lagi yang telah bergambar bogel untuk majalah berken
aan.

Selasa, 16 Oktober 2012

Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Sah Bergelar Suami Isteri

Gambar pertama Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor selepas secara rasmi bergelar pasangan suami isteri setelah melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.

MUMBAI - Bintang utama Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor melangsungkan perkahwinan mereka, yang dilaporkan dinanti-nantikan dalam dunia filem India, hari ini.

Perkahwinan pasangan itu, yang berkenalan sejak lima tahun lalu, telah didaftarkan di rumah Saif Ali di Bandra di sini, petang semalam.

Laporan media menyebut kawan rapat dan anggota keluarga menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Sebaik sahaja ucapara perkahwinan berakhir, kedua-dua Saif Ali dan Kareena muncul di luar rumah sambi melambai ke arah peminat masing-masing.

Parti perkahwinan diadakan di hotel Taj Mahal Palace.

Saif Ali merupakan anak kepada bekas kapten pasukan kriket Mansur Ali Khan Pataudi dan Sharmila Tagore, yang juga bekas aktres.

Kareena, 32, pula merupakan cucu pelakon dan penerbit filem Raj Kapoor dan anak saudara kepada pelakon Rishi Kapoor.

Kedua-dua ibu bapa dan kakak Kareena juga berkecimpung dalam dunia filem.

"Ia majlis perkahwinan yang diadakan secara pendaftaran dengan tiga saksi iaitu bapa Kareena, Randhir Kapoor, ibunya Babita dan ibu Saif Ali, Sharmila Tagore," lapor Press Trust of India yang memetik Pendaftar Perkahwinan, Surekha Ramesh.

Rishi berkata, majlis resepsi akan diadakan Delhi dalam waktu terdekat.

Pasangan itu meminta agar pendaftaran diadakan di rumah mereka dan dikenakan caj.

Saif Ali, 42, pernah berkahwin dengan aktres Amrita Singh dan mempunyai dua anak yang sudah pun remaja manakala bagi Kareena, ini adalah perkahwinan yang pertama.

Saif Ali telah berlakon lebih 40 filem manakala Kareena pula sekitar 50 filem.

Senin, 16 Juli 2012

Katrina Kaif Dinobatkan Sebagai Wanita Paling Seksi Di Dunia




PELAKON terkenal Bollywood, Katrina Kaif dinobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia menerusi undian daripada pembaca majalah FHM India.

Bintang berusia 27 tahun ini telah mengalahkan nama besar artis Hollywood kela a lain seperti Angelina Jolie, Megan Fox dan Blake Lively.

Gelaran tersebut telah dipegang oleh Katrina selama empat tahun berturut-turut.

Katrina pernah bercinta dengan aktor Salman Khan.



"Saya sangat gembira dengan perkhabaran terbaru ini kerana pembaca tidak hanya membuat undian semata-mata kerana rupa tetapi melihat kepada keseluruhan.

"Seksi itu bukan kerana soal baju yang dipakai atau solekan tebal tetapi mempunyai maksud yang lebih besar daripada kecantikan fizikal semata-mata," katanya seperti dilaporkan Digital Spy.

Minggu, 08 Juli 2012

Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam



Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.

Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.

Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.

“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today

Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah

Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagore yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan

Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.

Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.

Kredit Sumber: Kosmo

Sabtu, 26 Mei 2012

Aishwarya Rai Tidak Kisah Badan Gemuk

 AISHWARYA RAI bergaya di depan kamera pada Festival Filem Cannes di Perancis kelmarin.

CANNES, Perancis - Tidak seperti selebriti lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan, aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang.

Heroin filem Dhoom 2 itu berada di Festival Filem Cannes di sini untuk acara karpet merah sebelum menghadiri lelongan amal bagi memerangi AIDS anjuran Sinema amfAR.


Kemunculan Rai, 38, sememangnya dinantikan oleh peminat yang tidak sabar melihat sama ada bekas Ratu Cantik Dunia itu kembali kurus selepas melahirkan anak pada tahun lalu.

Namun, Rai berkata, dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya.

"Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan," kata Rai.

"Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah," tambahnya lagi.

Rai yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing.

"Saya gemar makan dan tidak pernah mengamalkan diet yang ketat," tegas aktres tersebut. - Agensi

Rabu, 23 Mei 2012

Aishwarya Rai Dikritik Kerana Tembam

Ramai yang terkejut melihat kemunculan Aish selepas bersalin.


Gelaran Ratu Cantik Dunia 1994 yang pernah dianugerahkan kepadanya sedikit masa dahulu kini dipertikaikan.

Mana tidaknya, rupa paras serta susuk tubuh yang dulu layak menerima gelaran wanita tercantik dunia itu kini berubah menjadi wanita tembam yang mengalami kesukaran menurunkan berat badan selepas melahirkan anak sulungnya, Aaradhya November lalu.

Mungkin jika Aishwarya Rai atau mesra disapa Aish dulu bukan pemenang Ratu Cantik Dunia, hal ini tidak akan dijadikan isu besar.

Tetapi disebabkan sang ratu ini dikenali di peringkat antarabangsa, maka masalah berat badannya ini dipandang sebagai perkara penting buat peminatnya juga rakyat di India.

Malah, aktres ini juga dikritik kerana gagal dapat kembali potongan asal badannya seperti selebriti lain yang pernah melahirkan anak.

Hampir enam bulan masih lagi kekal dengan tubuh badan berisi, Aish mula dikritik peminat apabila gambarnya yang ketika itu dengan dagu berlapis tersebar di internet.


Foto yang terpampang di laman sesawang itu kini dilihat sebanyak 500,000 kali dengan pelbagai komen negatif dan kecaman terhadap kemunculan terbaru aktres itu.

Tidak kurang juga salah seorang peminat meninggalkan komen yang bertulis, “Sebagai aktres Bollywood adalah menjadi tugasnya untuk tampil menarik dan cantik.”

Penghantar komen turut membandingkan aktres itu dengan beberapa selebriti Hollywood lain seperti Angelina Jolie, Victoria Beckham dan Beyonce yang berjaya mendapatkan susuk tubuh asal selepas melahirkan anak dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, ada yang mendesak Aish mengupah pelatih profesional yang dapat membantu mengembalikan potongan badan asal seperti zaman bujangnya.

Memaluka negara?

Sebagai ratu cantik juga, Aish dianggap memalukan negaranya kerana hadir di khalayak ramai dengan potongan badan sebegitu.

Baru-baru ini, Aish yang merupakan duta Longines dijemput menyampaikan anugerah Most Elegant Lady yang dimenangi Carolyn Coe di acara Dubai World Cup.

Tindakannya yang hadir ke acara-acara penting tanpa sebarang rasa malu membuatkan ramai peminat memperkatakan mengenai aktres ini.

Namun, aktres berusia 39 tahun ini juga seperti tidak menghiraukan cakap-cakap orang mengenai dirinya dengan tampil di khalayak ramai.

Terbaru, Aish juga dijangka bakal memeriahkan Festival Filem Cannes 2012 yang kini berlangsung di Perancis Biarpun belum lagi berjaya menurunkan berat badan, namun undangan daripada pelbagai pihak yang menjemputnya hadir ke acara-acara
penting tidak berkurangan.

Berpegang kepada prinsip tidak mahu tertinggal menikmati saat bergelar ibu, Aish terbuka menerima kritikan.

Malah, Aish membalas komen peminat dengan memberitahu dia kini sedang menikmati saat-saat bahagia bergelar ibu.

Sementara itu, seorang yang pakar dalam industri hiburan di India, Shohini Ghosh berkata, masyarakat di India dibesarkan dengan pemikiran untuk menikmati kehidupan mereka bergelar ibu.

Namun, terdapat perbezaan antara wanita biasa dengan kehidupan aktres di negara itu.

“Ramai orang keliru kerana mereka tidak tahu sama ada untuk menyanjung Aishwarya yang ingin merasai kehidupan barunya bergelar ibu atau pun mengutuk kerana dia (Aish) gagal menunjukkan contoh yang baik sebagai role model,” katanya.

Masih punya peminat setia

Walaupun menerima banyak komen negatif, namun Aish masih disokong peminat-peminatnya yang lain.

“Dia (Aish) seperti perempuan lain yang punya keinginan menjaga anak. Kita seharusnya ambil berat mengenai kesihatan dan kegembiraannya.

“Bukannya seperti negara Barat yang hanya mementingkan penurunan berat badan. Jika dia berdiet, apa akan terjadi kepada bayinya,” kata peminat.

Salah seorang peminat yang lain memuji Aish kerana tidak mementingkan diri semata-mata untuk kecantikan.

“Aish berbeza dengan selebriti di Hollywood kerana tidak mahu ketinggalan rasai pengalaman sebagai ibu dengan menyusukan anak. Negara Barat hanya melihat yang cantik sahaja tanpa ambil kira perasaan orang lain,” katanya.

Aish sebelum ini kerap muncul di karpet merah acara gemilang dengan menggayakan pelbagai fesyen menarik dan mendapat perhatian media.

OLEH NURUL NAZRAH NAZARUDIN