Sabtu, 23 Februari 2013

Kate Middleton tertekan - Gosip Selebriti Terkenal


Nampaknya Duchess of Cambridge, Kate Middleton semakin tertekan kerana suaminya, Putera William terlalu bimbang akan kesihatannya.

Kerisauan suaminya itu disebabkan Middleton pernah dimasukkan ke hospital kerana alahan teruk dan tiada selera makan.

Namun kini, Middleton dikatakan tidak lagi muntah malah semakin kuat dan ceria semula sehingga mampu untuk bercuti bersama William di sebuah pulau.

kate middleton
Kate Middleton
“Kate gembira dapat berehat sebelum kelahiran anak pertama mereka, tetapi William sangat paranoid kerana khuatir Kate dijangkiti penyakit melalui makanan yang dimakannya.
“Jadi, William telah membawa pengawal keselamatan tambahan untuk mengawasi dan menyelia kakitangan dapur supaya buah, sayur, ikan, ayam dan sebagainya dibersihkan dengan betul,” kata sumber.
OGA: Macamana erk agaknya muka anak Kate tu nanti. Mesti kacak dan lawa macam William dan Kate kan. Untunglah Kate, William betul-betul ambil berat pasal dia. Kalau OGA ni, sapelah nak ambil berat..ermmmmm 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar