Perlu sedia hadapi jika Norman curang
Seperti biasa, bila ditanya mengapa tidak berkahwin saja dengan Norman dan menutup semua kata-kata orang, Memey memberitahu bukan lagi masanya. Fokusnya masih pada kerjaya. Ditambah pula, bukan mudah untuk mengalas tugas sebagai isteri.
“Saya perlu betul-betul bersedia, perlu 100% yakin bahawa diri saya mampu untuk memikul tanggungjawab itu. Tapi saya tak tolak andai jodoh itu sudah sampai.”
Jika ditakdirkan jodoh Memey adalah dengan Norman, tidakkah Memey bimbang jika apa yang berlaku ke atas Abby Abadi berulang pada dirinya?
“Soal jodoh, saya hanya mampu harapkan yang terbaik. Saya berharap itu tidak berlaku tetapi semuanya berbalik kepada fitrah manusia. Lagipun soal jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Jika itu yang berlaku, ia lumrah hidup yang perlu saya bersedia untuk hadapi. Tapi saya harap dijauhkan itu semua.”
Sumber dari Gua.Com.My
Princess Redbloodsnow Copyright
Tidak ada komentar:
Posting Komentar