Senin, 17 Agustus 2009

Al-Fatihah Buat Ustard Asri Rabbani


Berita yang baru GUA terima sebentar tadi, Ustaz Asri Rabbani, 40, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai selepas jatuh pengsan di RTM, Angkasapuri pada jam 10.30 pagi tadi.

Allahyarham yang dipercayai mendapat serangan jantung sedang memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah'.

Kali terakhir GUA bertemu dengan Ustaz Asri ialah ketika sesi temuramah untuk program Sembang Selebriti sempena Ramadhan di pejabat urusan kumpulan itu kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri tersayang Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.

Berita terkini:
Jenazah allahyarham akan dibawakan pulang ke rumah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan selepas Maghrib setelah dimandikan dan dikafankan di hospital. Ini untuk membolehkan keluarga mertuanya yang berada di Johor memberikan penghormatan terakhir.






Princess Redbloodsnow Copyright